Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, August 12, 2019

Watermelon smoothie

Asalamualaikum dan selamat pagi...

 dah puas beraya dan berkorban, meh kita sejukkan tekak dengan watermelon smoothie yang sangat sedap nih.. mudah jer nak buatnya dan bahan pun sangat minima. yang penting ianya sangatlah soothing aitekak dimasa2 musim panas membahang macam sekarang ni... jom lets check camner nak sediakan minuman sedap nih..

Bahan:

500g tembikai
200ml susu segar
100ml plain yogurt
3 sudu besar gula
sedikit hirisan tembikai utk hiasan
sedkit chocolate chips utk hiasan (kak rose x letak)
Daun pudina utk hiasan

Cara-cara

Potong dadu tembikai selebih kurang saiz ais kiub dan buang bijinya. Frozen tembikai tadi lebih kurang 4-5 jam.
Masukkan tembikai yg dah difrozen ke dalam mixer/blander. Masukkan juga susu segar,yogurt dan juga gula. Kisar sehingga jadi bentuk smoothie.
Tuangkan ke dalam gelas yg sesuai dan hias dengan hirisan tembikai, chocochips dan juga daun pudina.
Sedia utk diminum :)