Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, August 22, 2019

Kek Pisang

Salam khamis kawan2...

 isnin lepas kak rose ade beli 3 sikat pisang kat kebun komuniti dekat rumah kak rose ni... separuh dah bawak g mengaji petang tu dan ade banyak lagi berbakinya... so meh lah buat kek pisang yang macam lamaaaaa sangat dah tak buat ni...boleh jugak bawak g kelas mengaji petang semalam... jom kak rose kongsikan resepi mudah ni kat sini..

 Bahan2

1 3/4 tepung gandum
1/4 caw tepung jagung
1 caw gula
3 biji telor
4 biji pisang
1 caw minyak
1 cmt soda baikabonat
secubit garam
pisang yang dibelah nipis untuk hiasan..

cara:

Lenyek pisang. Pukul telor dan gula hingga kembang, masukkan tepung gandum, tepung jagung yang telah diayak bersama soda. sebatikan, masukkan pisang, garam dan minyak, sebatikan. tuang dalam loyang dan hiaskan dengan silces pisang tadi. Bakar dengan api kecil lebih kurang 1 jam....

moist n gebus gebas... sepatuh loyang dah bawak g kelas mengaji petang semalam... yang ni untuk kami minum petang. tu pun ada berbaki lagi...

1 comment:

Norlaili A Wahab said...

Ooo....ada tepung jagung juga ye Kak Rose.
Produk-produk pisang ni memang favourite I lah hehehe 😆