Asalamualaikum dan salam hujung minggu..
kisah semalam kami2 yang diberikan nama grup Al-Kahfi Bidadari oleh ketua muslimat kami... sebab setiap hari jumaat kami akan bergader2 membaca surah Al-kahfi bersama2 dan juga diberikan tugasan mingguan untuk memabaca satu juzuk setiap orang... dan semuanya jadi 60 orang untuk dua grup mengaji... so ini adalah kali ketiga kami mengadakan majlis khatam, walaupun dah lama selesai membacanya tapi cuma waktu macam tak menyebelahi kami semua untuk semua berada dimajlis yang macam ni..
terim kasih pada ketua muslimat kami dan juga ahli jawatan kuasa yang merealisasikan majlis yang meriah macam ni...kali ni dapat lah memakai tudung yang sedondon, terima kasih sekali lagi kepada ketua muslimat yang menyediakan tudung ni... bila dah ramai2 dan semuanya sama berpakaian jubah hitam dan tudung yang sama, nak bertegur pun asik salah orang..😊
juga terima kasih pada Datin hajah Dilla, tuan rumah yang gojes dan pemurah. semuga sentiasa dirahmati, diberikan kesihatan yang baik dan murah rezeki selalu. 3 kali khatam, dan tiga kali jugak lah datin jadi host. terima kasih sangat2..
majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Kahfi seperti biasa dan selepas tu terus bersambung pulak dengan majlis khatam quran...bersemangat semuanya...
berposing dulu sebelum majlis..
ni sebahagian grup ngaji petang kak rose... ada jer yang tak dapat join untuk bergader2 bergambar..
semuanya kyusuk membaca..
ketua muslimat dan sebahagian ajk majlis..
lagi ...
sebahagian lagi...
geng mengaji petang kami... berposing ditepi jalan sebelum bergerak balik... tengah panas pun tak per kan? Alhamdulillah... selesai sudah untuk kali ini dan sekarang sedang meneruskan pembacaan untuk minggu yang ke 8, Insya Allah...
2 comments:
Alhamdulilah...tahniah Kak ...
Terima kasih Lin
Post a Comment