Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, August 9, 2019

Mee goreng bodo2 yang sedap...

Asalamualaikum dan salam pagi jumaat, penghulu segala hari..

 pagi ni kak rose nak tepek kat sini mee goreng bodo2 yang kak rose masak dua hari lepas.. walaupun namanya mee goreng bodo bodo tapi memang sedap buat kami anak beranak. sendiri masak dan sendiri makan, sendiri jugak puji sedap... tapi memang sedap pun sampai bertambah2 anak makan. tukang masak pun akan sangat happy bila masakannya habis dimakan kan... semuanya kerana tukang  ni memasaknya dengan penuh kasih sayang untuk keluarga kecil kami..

disebabkan vit m yang banyak, tiada kerajinan nak siang udang dan ayam yang keras kejung dalam freezer, mee goreng bodo2 ni cuma ada fish cake dan telor jer untuk bahannya..dan segala mak nenek sos. Alhamdulillah sedap dan habis denagn sekali ngadap. banyaknya makan!