Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, January 6, 2018

Cek mek tak molek!

 sesuai dengan namanya, cek mek molek express kak rose ni. memang tak semenggah so tak boleh la nak letak nama molek kan... buat pun express jer, asalkan ada bentuk dan mas goreng tu tak pecah pun dah cukup syukur Alhamdulillah.  tak lah menjejes gula dalam minyak masa menggoreng tu sbbnya kak rose buat besar gedabak dan kulitnya sangat tebal... gula yang ada dalam tu pun resap dalam kulit cek mek tu... hihi.kali ni dapat beli keledek yang tak lembut sangat, so mudah lah nak membentuknya dengan cuma sedikit saja guna tepungnya.


Bahan-bahan
  • 2 cawan ubi keledek(yg telah direbus dan dilecek)
  • 1 cawan tepung gandum (kak rose guna 4 sudu besar jer)
  • gula
  • minyak untuk menggoreng
  • (kak rose tambah 1 sb tepung jagung... sbb ada baca komen kat bawah tu untuk rangupkan cek mek molek tu)

Cara-cara

  1. Gaulkan ubi dengan tepung sehingga jadi doh yang lembut
  2. Bahagikan kepada 12 bahagian. Buatkan bentuk bulat.
  3. Leperkan doh kecik tadi. Kemudian masukkan 1 sudu kecil gula- kalau tak mahu manis boleh kurangkan sukatannya.
  4. Tutup rapat-rapat supaya gula tak keluar semasa menggoreng.
  5. Panaskan minyak. Goreng dengan api sederhana sehingga masak/perang.

1 comment:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Sedapnya....lama nak buat tapi tak trbuat2 jugak..hihi