Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, January 4, 2018

Cekodok ikan bilis air panas


cekodok sempoi yang sedap dimakan hangat hangat... apa lagi kalau digandingkan dengan secawan nescafe o panas2 dihari yang sentiasa mendung dan hujan ni... memang tak sedar boleh habis sepiring.. tapi yang ni untuk kami berdua minum petang... resepinya .....

3 cawan tepung gandum
ikan bilis...basuh dan toskan* (kak rose suka kalau banyak ikan bilisnya)
1 biji bawang besar*
1 biji lada merah*
daun sup/daun bawang
kalau suka boleh tambah parutan carrot jugak.  
garam secukup rasa
21/2 cawan air panas melegak

Cara:

 1. Blend kering kasar bahan bertanda* dan gaulkan kesemunya dengan tepung
 2. Bulatkan lubang ditengah adunan
.3. Tuangkan air panas dan kacau dengan cepat. adunan akan menjadi berat dan kental
 4. Bentukkan adunan spt bebola mengikut selera..
 5. Panaskan minyak.. dan gorenglah dengan api sederhana hingga kekuningan..

1 comment:

almthalia said...


شركة المثالية للتنظيف تسعد بتقديم خدماتها لعملائها بالمنطقة الشرقية خدمات تنظيف خدمات مكافحة حشرات خدمات تسليك مجاري المياه للمطابخ والحمامات جميع الخدمات المنزلية تجدونها مع شركة المثالية للتنظيف بافضل جودة وارخص الاسعار بالاعتماد علي كافة الادوات الحديثة والعمالة الماهرة

شركة المثالية للتنظيف
شركة المثالية للتنظيف بالدمام
شركة المثالية للتنظيف بالخبر