Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, January 18, 2018

Nasi dagang kelantan


acar mentah dan gulai ikan tongkol dah tepek kat dapo maya, dan baru ni la nak kuor nasik nya pulak... masa balik kelantan ari tu dapat sekali jer makan nasik dagang ni dan kebetulan mil ada bekalkan ikan tongkol yang dah siap rebus tu... so buat lah sendiri walaupun tak de beras nasi dagang, kita buat dengan apa yang ada jer... sedap pulak tu, gulai ikan tu pun rasa sangat sedap ditekak kak rose... malah en asben dan anak pun kata sedap... kembang setaman sekejap hidung tukang masak yang tak berapa nak rajin ni. resepi kak rose amik dari fb... mekasih pada yang kongsikan resepinya ya..



 

Bahan-bahan ( 5 - 6 orang )
  • 2 cawan beras nasi dagang (kak rose guna beras jasmine pusa cream je)
  • 1 cawan beras pulut
  • 1 1/2 cawan santan sederhana pekat
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 2 sudu teh halba
  • Garam dan gula secukup rasa

 Cara-cara

  1. Satukan kedua - dua beras,rendam lebih kurang 5 - 6 jam. Toskan.
  2. Rendamkan juga halba untuk seketika saja.
  3. Sementara tu bolehlah kukuskan beras tadi sehingga separuh masak.
  4. Hiriskan bawang merah, bawang putih dan halia.
  5. Perasakan santan dengan garam dan gula. Masukkan bahan - bahan yang di hiris tadi dan juga halba ke dalam santan.
  6. masukkan beras separuh masak tadi ke dalam bekas dan curahkan santan tadi dan gaulkan sehingga benar - benar sebati.
  7. Masukkan beras tersebut lagi sekali ke dalam periuk kukusan dan kukus sehingga nasi masak
 
 sambal ikan tak terbuat, tapi makan cenggini je pun dah sedap. naik lift dan tekan butang sendiri lah gamaknya sbb dapat masak nasik dagang yang sedap nih! bila lagi nak puji diri sendiri khennn???

ni yang kak rose makan masa kat kampung hari tu... ikannya macam tak blend dengan kuah tu, agaknya cuma dicelup jer kot dalam kuah supaya tak hancur... sambal ikan tu sedap, tapi gulai tu yang buat tak kena dengan selera kampung kak rose. huh! mentang2 dah boleh masak sendiri yang  πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹ kan.

1 comment:

Warisan Petani said...

Suka makan nasik dagang dengan ikan aya tu.