Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, January 23, 2018

Nasi goreng sosej

 nasi goreng sosej yang kejadiannya pada minggu lepas... bila masak nasik sikit pun tak leh nak habis, sayang jugak nasi tu kan...so kita jadikan dia menu yang senang nak ngap, tak perlukan lauk yang beria... semua lebur dalam tu, dah siap satu hidangan... mudah kerja tukang masak kan..

bahan2:
2 mangkuk nasi sejuk
3 batang sosej- belah dua dan potong2

sedikit ikan bilis
sebiji cili api - kalau nak pedas boleh la tambah
bawang putih dan bawang merah - cincang halus
sebiji telor
sedikit kacang buncis- dipotong2

cara:

panaskan minyak dalam kuali dan gorengkan ikan bilis hingga garing, tolak ketepi kuali
masukkan bawang dan cili api yang dipotong, goreng hingga layu
pecahkan telor dalam kuali dan buat macam scramble egg
masukkan sosej dan gorengkan sekejap
masukkan nasi dan kacang buncis tadi
gaul rata dan perasakan dengan garam
gaul seketika lagi dan boleh lah padamkan api.
siap dah!



1 comment:

Norlaili A Wahab said...

mudah dan cepat. semestinya sedappp :)