Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, June 29, 2017

Kek planta

 Asalamualaikum dan selamat pagi buat semua kawan2... dah habis beraya dan kembali bertugas atau masih sambung bercuti raya... ya lah anak2 yang bersekolah masih bercuti hingga minggu depan kan... harap2 nanti bila nak balik tidaklah terperangkap dalam jem yang teramat dan dipermudahkan perjalanan... muga semuanya selamat sampai kedestinasi yang dituju... pagi syawal kelima kak rose nak kongsikan resepi kek planta zaman dulu2 ni... bahan pun mudah dan tak muak bila makan... mekasih MTQ Creations yang kongsikan resepinya..



Bahan..
2 caw tepung gandum
1 st baking powder
di ayak bersama..ketepikan dulu
1caw planta (kak rose guna daisy margerin)
1 caw gula halus
1 st esen vanilla
Satukan semua bahan dan pukul hingga kembang
3 biji telor gred A
2 sb susu pekat manis
Masukkan telor satu persatu dan pukul hingga kembang
Masukkan susu dan pukul lagi

Akhir sekali masukkan tepung dan gaul rata
Jika nak buat warna warni...bahagi kepada tiga bahagian..warna kan ikut kesukaan.
Tuang dlm loyang yg telah di lenser dgn planta
Bakar hingga masak.

2 comments:

Norhayati Mohd Isa said...

Teringat arwah mak ..
Suka buat kek planta masa raya...
Sedap sangat..

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin Kak Rose..

Jueliza Jamani said...

Alamak sedapnyaaa kak..

Selamat Hari Raya.. ;)

Jemput singgah ke blog MamaJue