Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, June 1, 2017

Iftar #5 sambal ayam udang kering

Asalamualaikum dan salam 6 Ramadhan
Bye bye May and welcome June...

 
 Selamat menjalani ibadah puasa dan ibadah malam malamnya disepanjang bulan Ramadhan buat kawan2 semua... semuga sentiasa diberikan kesihatan yang baik untuk terus beribadah untuk merebut segala kebaikkan yang Allah berikan pada bulan berkat ini... jangan lupa persiapkan diri untuk itu supaya dapat beribadat dengan sempurna, Insya Allah....

dan untuk iftar kak rose cuma sediakan sedikit kuih dan lauk yang sangat minima... untuk kuih kak rose buat cucur badak yang tembam2 ni... inti serunding kelapa berdaging yang kak rose buat hari tu ada banyak lagi, just reheat dan buat kuih ni... besar2, betul2 macam badak! makan 2 biji bersama air teh o dan sedikit buah pun dah kenyang....

 stok buah yang kena ada dalam fridge..... tak kisah lah buah apa pun, tak jadi masaalah... semua boleh buat kak rose...

 untuk lauk kak rose buat sambal ayam udang kering yang simple tapi sedap ni... kalau makan masa panas2 lagi sedap ni... tapi kak rose masak petang dan makan dekat pukul 10 malam dan dah tak kuasa nak reheat pulak...

Sambal Ayam Udang Kering
Resepi : Diana

Bahan²
900 gm ayam _ dibuang kulitnya dan dipotong kecil
1 genggam udang kering _ direndam dalam air panas, ditoskan dan ditumbuk kasar
3 ulas bawang merah _ dicincang
2 ulas bawang putih _ dicincang
1 biji bawang besar _ dibelah 2 dan dihiris
2 biji cili merah _ dihiris menyerong
2 biji cili hijau _ dihiris menyerong (tak de stok)
3 tbsp cili kering kisar
1 tsp perencah pati ayam Tumix (kak rose tak bubuh pun)
100 ml air
Garam jika perlu
Gula melaka secukup rasa (kak rose tak letak)
Daun sup _ dihiris ( boleh juga guna daun ketumbar )
Minyak untuk menumis

Bahan² Perap
1/2 tsp minyak bijan
1 tsp seasoning Maggi
3/4 tsp garam
1 tsp gula
1 tsp serbuk kari daging dan ayam Baba's
1/2 tsp serbuk cili
1 tbsp tepung jagung

 Cara²

  1. Perap ayam bersama bahan perap selama 30 minit dan goreng ayam 3/4 masak.. Ketepikan. 
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga sedikit garing.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis selama 3 minit.
  4. Setelah itu masukkan udang kering dan tumis seketika. 
  5. Masukkan gula melaka dan gaul rata..Tumis sehingga pecah minyak. 
  6. Kemudian masukkan ayam goreng dan gaul rata.
  7. Tambahkan air dan perencah pati ayam.. Bubuh garam secukup rasa jika perlu. 
  8. Setelah ayam empuk bolehlah masukkan bawang besar, hirisan cili merah dan hijau. Gaul rata dan masak seketika lagi.
  9. Angkat dan sedia untuk dihidang.
  10. Taburkan daun sup / daun ketumbar semasa menghidang.
buat sayur lemak bodo2 ni untuk dapatkan kuahnya since sambal ayam tu kering jer... kak rose ketukkan 4 biji cili api dalam ni, dah terpedas la pulak... nasib baik sambal ayam tu tak pedas, boleh la makan dengan amannya... perut masih terperanjat bila malam pukul 10 dapat nasi...susah jugak nak adapt, tapi sbb pepagi sahur memang tak boleh nak amik nasi, jadi kena makan jugak lah walau pukul  10 malam pun.... alasan apakah ini??? dah la tak berbrisk walk, bertambah kembang setamankah  selepas bulan puasa nanti... only time will tell!

5 comments:

lia ummiirfan said...

Sayur lemak mengancam! :)

Norhayati Mohd Isa said...

Sedap utk dijadikan sahur utk ayam sambal udang tu kak rose..

Selamat berpuasa dan beribadah dibulan ramadan kak rose..

P/s kak rose tart kerang boleh oder lagi tak..

Kak Rose said...

sayur lemak bodo2 pun nampak mengancam bulan puasa ni kan lia ummiirfan... hihi

Kak Rose said...

Yati, anak jer yang makan nasi masa sahur, tu pun sikitttt je.
boleh yati... pm kak rose ya.

Phong Hong said...

Cepat masa berlalu. Kejap lagi dah nak raya :)