Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, June 4, 2017

Iftar #8 Ayam peri peri ala nandos


Asalamualaikum dan selamat pagi minggu... selamat menjalani ibadah puasa Ramadhan untuk hari yang ke 9... cepat jer dah nak sampai 10 hari pertma puasa kan. ni menu berbuka kak rose anak beranak petang semalam... since semalam giliran buat moreh untuk bawak ke mesjid, jadi kak rose cuma masak ayam ala nandos ni... ada nasi baki semalam, kak rose buat nasik goreng untuk tukang makan yang nak jugak ada nasik tu...
 resepi  ayam peri peri a la nandos ni kak rose cnp dari dapo cantik Kak Noor, mekasih ya... tp kak rose kurangkan sangat cili api tu.... takut podehhhh. tp memang sangat ummmphhh!


 BAHAN NYA
1 ekor ayam di bersihkan di potong 4
6 biji cili padi (ikut kepedasan masing2 nak tambah atau kurang)
1 biji cili capsicum
1 biji lemon di perah ambil nya
2 sudu besar paprika powder
2 sudu kecil garam
1 sudu besar serbuk oregano kaknoor guna oregano fresh di cincang (kak rose guna dried oregano je)
1/2 sudu kecil serbuk cili merah
1/2 cawan minyak sayur
5 ulas bawang putih
4 sudu besar cuka
1 sudu besar lada hitam tumbuk
1/4 sudu kecil pewarna merah atau oren (kak rose tak buh kaler pun)



 CARA NYA
1.  Kisar cilipadi, capsicum, bawang putih, masukkan air lemon, paprika, garam,serbuk cili merah, cuka, lada hitam dan pewarna dalam bekas besar.
2. Kacau sebati tambahkan dengan potongan daun oregano fresh dan ayam, gaul  rata dan peraplah selama 1 ke 2 jam.
3.  Panaskan kuali tak melekat panggang lah ayam tadi sehingga kekuningan sebelah luar nya, lepas tu baru lah dimasukkan dalam oven untuk masak sepenuhnya selama 30-40 minit dengan api 170'C.
4.  Lebihan marinade tadi ditambah dengan sedikit air dan masak lah sehingga pekat.
5.  Boleh lah dihidangkan bersama ayam peri-peri ni.
 

yg ni panas2 baru kuor oben...

2 comments:

Puan Wawa said...

Ya Allah, menggoda betul haa..

Kak Rose said...

Puan Wawa... pagi2 lagi nih! sabo ya...hihi