Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, June 20, 2017

Iftar #24 seadanyaaaa...

menu berbuka yang caca marba, seadanya.  sukun pemberian kawan, terima kasih Datin Siti dan kak rose gorengkan... makan cicah dengan sambal kicap jawa...sedap, makan bagai tak hengat! terima kasih jugak pada cik google yang carikan petua camner nak ilangkan getah pada sukun tu... Rendam irisan buah sukun dalam air kapur sirih, campur air rendaman untuk menghilangkan getah, kira kira proses perendaman irisan buah sukun tersebut antara 2 atau 3 jam. Angkat irisan buah sukun kemudian cuci dengan air bersih. mudahkan...

 lepat pisang yang lemak manis ni jugak pemberian kawan yang sama... katanya orang berbudi kita berbahasa... bukan takat buah sukun dan kuih lepat ni, sayur sawi, bendi dan terung fresh petik dari kebun pun dia bagi jugak setelah kak rose tolong ajarkan dia buat tat nenas kerang tu... macam lah kak rose pandai sangat... hihi.. actually sama2 belajar lah kita kan...

 sianak beli ni lagi... suka sangat dengan menda ni. sedap katanya..

 since en asben bukak puasa dengan anak2 buahnya... buat sup ikan merah ni pun untuk kak rose makan sorang jer...meratah la jawapnya walaupun dah dekat pukul 10.30 malam... kita ternak lemak memalam biar cepat membiak!

 lauk untuk sianak... ikan tenggiri masak sambal... no kuah2 katanya tapi kicap tetap nak jugak!

naik kat weighing scale dipetang hari puasa... from day one puasa sampai dah nak akhir ramadhan, sekilo jer bezanya... itu pun bila dah bukak puasa nanti maunya berbalik to square one! ishhh!!!! stubborn betul fat yang dah sebati kat badan ni.... tak maunya dia pergi!

4 comments:

Norhayati Mohd Isa said...

Nak akhir2 ni mmg mcm tu kan kak rose..
Iftar seadanya..
Smlm tak tahu nak masak apa pi beli nasi arab kat masjid negeri.

Balik rumah en suami ajak gi berbuka di masjid negeri dan terus smpi habis witir..

Penyudah nasib arab tu buat sahur pagi tadi kak rose..

P/s tart nanas kak rose tinggal sebalang.. anak2 suka.. 😊😍

Kak Rose said...

Betul yati... otak dah tepu nak masak apa... hihi
lagi pulak makan nasi lepas terawih dan witir, mmg payah nak telan, mata nampak bantal jer dah!
mekasih, suka tat tu ya.

adda syuhada said...

sedapnyer...

Kak Rose said...

adda, puasa ni nampak signboard makanan pun dah terliur kan? ... kak rose la tu!