Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, January 22, 2015

Kesian sidaun kesom....


 selama sepuluh hari berjimba jimba di kota kinabalu, pokok2 kesayangan yang dibawa all the way dari shah alam hujung tahun lepas terpaksa ditinggalkan.... dan bila petang semalam sampai je dirumah, perkara pertama yg dijenguk adalah pokok2 ni....kesian nya...semua hampir layu sbb panas sangat. Masa dalam teksi dari airport tu tanyakan kat pemandu tu dan katanya lebih lima hari dah tak hujan kat sini....lagilah terbayang pokok2 kesayangan tu.... apa jadilah agaknya. Nasib baik jugak ada kawan2 tolong siramkan....tapi macam kurang kasih sayang dari tuannya je....

Dan pagi ni kena tinggal lagi.... kali ni ke KL pulak.... Tak pe la, kali ni tak lama sangat kena tinggal dan pagi tadi sebelum g airport dah kasi siram mandikan cukup2 sampai banjir pasu. harap bila balik nanti tak lah layu lagi...tapi minggu depan pun sekali lagi nak kena tinggal....kesian daun kesum ku! pokok daun pudina pun dah kurus.... pokok kunyit, serai dan daun pandan pun layu....nantilah akan kak rose bagi secukup kasih sayang biar hidup subur semula, semacam masa di shah alam dulu....

8 comments:

Nooriah Abdullah said...

assalamualaikum kak rose, mesti tkde yg siram ni kan, sdg dok siram hari2 pun kdg2 t layu jugak nikan pulak maybe ya merajuk kot tu

tun_telani said...

tun pernah tanam daun kesum, biasanyer xhidup. ada sekali tu hidup rimbun kejap pastu mati.. kwn tun ckp sbb tun terlebih siram.. haha... excited sgt time tu 1st time daun kesum hidup :p

tun_telani said...
This comment has been removed by the author.
Kak Rose said...

Noor, pokok pun tau nak merajuk sbb kena tinggal lama sangat. hehehe

Kak Rose said...

Eh, ya ke tun,kalau trlebih siram pun boleh mati? lemas agaknya?

Liza said...

sian daun kesum tu, hihihi

Seri7ujuh said...

ni cara sy tanam daun kesum...tanam dalam bekas yg menakung air...letak tanah dan buat lubang pada bekas tu lebih kurang 1 cm di bawah aras tanah..tujuannya supaya air berada di dlm tanah dan tak bertakung diatas sampai nyamuk bertelur pulak nanti, siram air biar sampai keluar dari lubang tu...sekali sekala tabur baja...jadi tak perlu risau kalau tak siram berhari2...bila nampak tanah agak kering, tambah air..Insyaallah o.k.

Kak Rose said...

Seri7ujuh, mekasih bagi idea canmer nak tanam daun kesom tu....