lorong depan deretan pintu bilik...from one end to the other
Masih disini....dalam bilik hotel jer, cuma turun untuk breakfast, cari makan dan ronda2 cuci mata kat kawasan sekitar. Rasa boring jugak asik terperap, tapi nak buat camner kan.... nak g meronda jauh2 sensorang takut la pulak... dan cuaca adalah tersangat burning hot. kawasan tepi laut kan, panas dari laut sangatlah membakar rasanya. jadi adalah lebih baik untuk memanjakan diri dalam air cond sepanjang masa....hehehe nampak na malas nak bergerak kan!
and at the other end, a bridge leading to nowhere!
pagi2 lepas bekpes kat Deco Cafe & Grill, kak rose jenjalan kat sekitar kawasan berhampiran hotel ni....ada kawasan taman yang cantik dengan laluan pejalan kaki dan landskap pokok2 bunga cantik depan bus stop... tapi jalan pun macam lenggang mak limah je la....tak de la nak ber brisk walk dengan kasut sandal n blouse n jeans kan.... x kira la asalkan ade jugak bergerak n kuor peluh sket..... actually I really miss my morning walk macam semasa masih di Shah Alam. Even di Penang pun masih belum terbuat, sbb baru 10 hari kat sana dan terus kena terbang ke Sabah ni pulak. nanti bila dah betul2 settle down barulah boleh mulakan rutin harian berbrisk walk tu. Insya Allah..... tapikan, minggu depan kena g KL pulak.... so entah bila pulak dapat nak mulakan. Only God knows dan dengan harapan kak rose sendiri akan ade inisiatif kearah itu!
2 comments:
Cantik pulak laluan jalanan ke bilik tu kak rose.. lama lagi ke en abang kak rose tu krusus..
Sampai hari selasa, Yati.
Post a Comment