Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, January 9, 2015

Bendi goreng telor cili api

 Asalamualaikum dan rasanya tak terlambat lagi untuk nak ucapkan selamat tahun baru buat kawan2 semua.... hari ni barulah boleh menjenguk rumah maya kesayangan kak rose ni... akhir tahun sibuk dengan perpindahan ke Penang dan bila kat tempat baru ni internet connection pun nak kan yang baru pulak... dan sangkakan UniFi yang kami guna masa di Shah Alam tu boleh terus buat connection kat tempat baru.... we are totally wrong n  unprepared for it! dah la internet tak de, tv pun tak leh nak tengok sbb semua guna trough UniFi.  rupanya kat kawasan kak rose tinggal ni tak de service UniFi dan terpaksalah terminate dan apply Streamyx pulak... nak cari yang lain2 memang tak de masa dah, pulaknya bila apply streamyx ni nak amik masa seminggu baru boleh buat wiring n connection untuk 2Mbps...lepas dah setel semua, bila kontrektor datang nak buat pemasangan barulah dia called katanya kat kawasan ni tak boleh guna yang 2Mbps tu... kena tukar borang application untuk 1Mbps sbb kawasan ni adalah flood prone. boleh terima ke alasan cam tu? dan yang ni amik masa 2 hari pulak nak dapat approval. gila punya service kan...tapi bila ade kenal orang dalam tu, boleh pulak dia percepatkan...dan hari ni barulah dapat connection tu.

enough rambling, nak tayang menu pertama kak rose masak kat rumah baru ni....setelah 10 hari barulah hari ini dapur ku berasap dengan bendi goreng telur n cili api, sambal tumis ikan bilis n nasik panas2. mahalnya bendi kat sini.... ni kak rose bli dah siap pack, 6 batang@ rm2.07. kalau sayur mahal, jangan beli, tanam sendiri bak kata menteri!

resepi kak rose cnp dari blog CMG, mekasih ya mat tapi kena adjust lah bahan2 tu sbb bendinya pun cuma seciput!

BAHAN-BAHANNYA :-)
15 batang bendi muda, saiz sederhana, cuci dan hiris serong
1 biji telur, dipukul sedikit
1 camca besar sos tiram
Garam secukup rasa
Sedikit air
BAHAN TUMBUK LUMAT :-)
1 genggam ikan bilis, dibersihkan, rendam 10 minit dan toskan (kak rose guna udang kering)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang  putih
10 biji cili padi kampung
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali (kurang lebih 2 camca besar). Tumis bahan2 tumbuk lumat hingga harum, masukkan sos tiram, kacau rata. Masukkan benda, gaul rata dan masak dengan api sederhana hingga benda lembut (boleh tambah sedikit air jika perlu).
  2. Tuang telur pada keliling bahagian bendi goreng, bila kelihatan kental, gaul rata2. Tambah garam secukup rasa dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi panas..

8 comments:

nasa mulia said...

penang duk mana tu kak rose, Balik Pulau ker yg tak boleh unifi?

Nooriah Abdullah said...

dah pindah kat penang ke kakrose?? bila balik kedah nnt dpt jumpa ni hehee, tunjuklah rumah kakrose kat penang tu, tempat saya bermain dolu2 kalau penang tu tu kat bayan lepas haha

Kak Rose said...

nasa mulia, kat depan rumah P Ramlee tu... flood prone area katanya!

Kak Rose said...

Noor, kak rose nak kena blajaq cakap utara dah nih!

tun_telani said...

Salam kak rose.. dh jadi org penang dh rupa2nya.. tunpaling xsuka pindah, dh berbulan baru siap nk mngemas..

ainur said...

kak rose dok area jln sg pinang ya...saya silent reader kak rose. kerja kat area sg pinang jgk...welcome to penang.

Kak Rose said...

tun, ta abes berkemas pun... biar jer barang dalam kotak!

Kak Rose said...

ainur, mekasih sudi singgah rumah maya kak rose ni...