Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, September 14, 2016

WW: lunch n dinner


 bila kami bertiga....


tinggal berdua jer...

Tuesday, September 13, 2016

Spiral pasta goreng tomyam

 dah jemu makan rendang dan ketupat masa raya semalam? apa kata hari makan ala ala mata biru yang dah dimelayukan ni... spiral pasta goreng tomyam yang sedap dengan resepi adaptasi dari menu yang pernah kak rose buat gunakan spaghetti angel hair... kita yang buat diakan... so pepandai menderhakan resepi ni, asalkan saja sedap ditekak sendiri... bertambah sedap dengan pes tomyam yang juga kak rose buat sendiri, boleh tengok kat sini ya.... moh le kak rose kongsikan resepinya..

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram spaghetti angel hari, rebus hingga lembut, gaul dengan minyak zaitun
(kak rose guna spiral pasta)
1 genggam, udang kecik, cuci dan toskan
1 1/2 camca besar pes tomyam
1 biji bawang besar, cincang halus
2 ulas bawang putih cincang halus
1 biji tomato, cincang halus (x dek)
2 helai daun limau purut
8 biji cili padi, cincang halus (guna 2 biji jer... pun dah pedas!)
Sos ikan secukup rasa (x suka...gantikan dengan garam jer)
Sedikit gula
Hirisan daun bawang untuk hiasan ( x dak la)
Hirisan cili padi untuk hiasan
Belahan limau kasturi untuk hiasan (x de la pulak!)
Minyak zaitun untuk menumis
sedikit brokoli
 
CARA MEMBUATNYA :-)


  1. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih, bawang merah dan tomato hingga layu dan tomato lembut. Masukkan cili padi cincang dan pes tomyam, kacau rata dan masak hingga rempah garing.
  2. Masukkan udang dan sedikit air. Bila udang berubah warna, masukkan pasta, brokoli, gaul rata dan tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Gaul hingga mesra. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Hidang dengan menabur hirisan daun bawang dan cili padi. Perah jus limau kasturi sebelum dimakan, jika suka....

Monday, September 12, 2016

Salam Aidil Adha

 Salam Aidil Adha buat semua dari Narathiwat, Thailand
Maaf zahir dan batin

Selamat menunaikan ibadah korban buat yang melakukannya sempena memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dalam menunaikan dan memenuhi perintah Allah. Semoga perjuangan dan pengorbanan kita semua mendapat ganjaran dan rahmat Allah, Insya Allah. selamat hari raya semua.

Sunday, September 11, 2016

Rendang daging sedap

 wah dekat nak raya, kak rose tepek resepi rendang pulak kan... actually rendang ni kak rose buat dah beberapa hari lepas, masa tu makan dengan nasik jer... dan bila buat banyak memang kak rose akan split pack kecik2 untuk sekali makan dan simpan dalam freezer, jadi bila nak makan just reheat jer kan... dan kali ni kak rose makan dengan pulut kukus pulak... sedap makan pulut dengan rendang ni.. resepi kak rose copy dari blog Azie, mohon nak kongsikan kat sini pulak ya. terima kasih jugak untuk tips nya.

Bahan bahan
 
1 kg daging 
3 cawan cili kisar - guna 6 sudu besar
1 kg santan pekat
4 sudu makan kerisik - guna 1 1/2 pek
2-4 helai daun kunyit-carik
Garam, asam jawa dan  gula

Bahan A
8 biji bawang merah - tambah 1 biji bawang besar sedang
5 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan B
2 inci lengkuas muda
7 batang serai - hiris
 2 sudu makan ketumbar (rata) - sangai wangi
1 sudu makan jintan manis - sangai
1 sudu makan  jintan putih - sangai


Cara cara:
Kisar bahan A. Tapis dan airnya diguna untuk kisar bahan B. Kalau tak cukup tambah sedikit air. Kisar pula bahan B.

Panaskan minyak tumiskan bahan A hingga ringan. Masukkan cili kisar dan masak sampai pecah minyak. Masukkan bahan B dan kacau hingga wangi. Pastikan minyak mencukupi. Jika kurang bahan bahan tumis tidak cukup masak.
Masukkan daging dan gaul rata hingga bercampur semuanya. Bila daging dah keluar air masukkan santan, daun kunyit dan sedikit garam. Masak hingga daging empuk. Boleh tambah air jika daging masih belum empuk.
Masukkan kerisik, air asam jawa dan gula. Rasa masam manisnya. 
 
  hmmmm... boleh bertambah2 makan pulut dengan rendang yang sedap nih!
 
***Tips.
1) Pastikan bahan bahan yang ditumis benar benar masak supaya rendang tahan lama.
2) Bila rendang telah agak agak kering kecilkan api dan kacau sekali sekala sehingga terbit minyak.
3) Rendang yang cantik dan tahan lama ialah apabila minyak telah keluar dari rendang itu.
4) Untuk membuang minyak yang berlebihan - kuakkan rendang ke arah ke luar kuali hingga membentuk bulatan dan biarkan minyak yang berlebihan bertakung di tengah tengah kuali. Bila telah sejuk ambil rendang ditepi tepi kuali tanpa mengusik minyak yang bertakung di tengahnya.
5) Jika menggunakan periuk PC set masa 20-30 minit untuk daging batang pinang dan daging biasa selama 30-40 minit. Proses mengering rendang akan menjadikan daging lebih lembut.
6) Jangan tutup rendang yang masih panas dengan dulang atau tutup periuk. Ini menyebabkan rendang cepat basi. Tutup kuali dengan tudung saji yang besar (bulat).
7) Gunakan rempah2 yang masih baru dan disangai hingga wangi. Rempah rempah ini yang membuatkan rendang menjadi lebih sedap. Percayalah...jika rendang anda sedang menggelegak dan bau harumnya mula terhidu dan buatkan anda berasa lapar atau terasa nak makan maknanya rendang itu pasti sedap. Suaikan rasa masam, manis dan masin.

Saturday, September 10, 2016

Chocolate brownies simple

 Asalamualaikum dan selamat pagi buat kawan2 semua... ramai yang bercuti sempena hari raya qurban tahun ni, sementelah cuti sekolah pulak.... so pasti ramai yang amik kesempatan balik kampung untuk bersama keluarga tersayang... dah pasti juga ada buah tangan yang dibawa untuk hidangan raya nanti kan... apa kata kita sediakan brownies simple ni... ya simple dan sedap! terima kasih pada yang kongsikan kat fb... kak rose share kat sini ya

 jom sediaka bahan2nya...


Bahan:
200gm coklat masakan - aku guna brand nona
3/4 cawan tepung - aku pakai brand cap ros
30gm serbuk koko - brand vochelle
120 gm butter
1 cawan gula perang
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil baking powder


bahan2 yang diperlukan... pastinya kat dapo semua ada menda ni kan..

 campuran telo, brown sugar dan esen vanilla..

 tara.... dah siap... baru kuor dari oben ni.


Cara:
1. Cairkan coklat + butter. Boleh guna cara double boiler. Tapi i nak cepat so pakai microwave je. Haha
 2. Campurkan gula perang, telur, esen vanilla. Gaul je pakai whisk tangan tu sampai sebati.
3. Tuangkan coklat + butter dalam adunan. Gaul sebati.
3. Ayak tepung + serbuk koko + baking powder dan masukkan dalam adunan tadi. Whisk sebati.
4. Bakar pada suhu 160 c selama 30-35minit.
Optional boleh tambah coklat cip, chocolate rice kalau suka dan nak kasi kek nampak cantik.
Tambah aiskim vanilla atas dia pun sedap bila brownies dah masak.
Hasilnya memang naik gebu dan menjadi.
Haaaa lega sangat.
Makan brownies panas-panas keluar dari oven memang heaven ok!.
Rasa dia pun tak la manis sangat. Just nice je. 

Friday, September 9, 2016

Ayam fillet goreng kunyit

 
 resepi dari CMG. terima kasih ya Mat.

BAHAN-BAHANNYA :-)
 
500 gram dada ayam atau mana bahagian ayam yang anda suka
1/2 camca teh garam*
2 inci kunyit hidup*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*(*ditumbuk halus)
4 tangkai kacang panjang
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
1 ulas, bawang putih, hiris
1 biji cili hijau, potong kasar
1 biji cili merah, potong kasar
Sos ikan secukup rasa
1/2 camca teh gula (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dada ayam dihiris memanjang, cuci dan toskan (che mat guna dada ayam tanpa tulang). Gaul dengan bahan2 bertanda (*), dan perap 30 minit, simpan dalam peti sejuk. Kacang panjang dikerat pendek, cuci dan toskan. Ketepikan/
  2. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 4 camca besar). Tumis bawang putih hingga harum, masukkan ayam yang diperap tadi. Kacau rata dan masak dengan api sederhana hingga isi ayam berubah warna.
  3. Masukkan bawang besar, cili hijau, cili merah dan kacang panjang. Kacau rata dan masak hingga semua lembut. Masukkan gula, jika suka dan perasakan dengan sos ikan secukupnya. Kacau rata dan masak sekejap. Boleh matikan api, hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain.

Thursday, September 8, 2016

Apam balik mini inti kastad

 Apam balik mini yang comel comel ni dah buat minggu lepas lagi...tapi nak jugak kongsikan kat sini untuk kenangan dan rujukan dikemudian nanti.... kalau rajin boleh buat lagi kan... yang ni kak rose guna pan leper jer, jadi saiz apam ni pun berbagai2 lah... besar kecik dan bila isi inti pulak jadi gemuk kurus pun ada... kita yang buat diakan... suka suki je la... tapi guna resepi ni inti dia a bit keras dohnya bila dah sejuk, jadi bila masukkan intik dia tak kemas duk dalam tu... tapi memang sedap lah, tak la lembik sangat, cuma rupanya a bit kurengggg... sesuai lah dengan kerja keras tangan kak rose ni kan..

meh kak rose kongsikan resepinya yang kak rose amik dari sini, mekasih ya..

Bahan untuk kulit:
1 cawan tepung naik sendiri ~ tepung gandum pun boleh
1 biji telur
1/4 cawan gula pasir
1/2 st soda bikarbonate
1/2 st baking powder ~ jika guna tepung gandum
3/4 cawan susu cair ~ air biasa pun boleh
sedikit pewarna kuning
sedikit margerin untuk mengoles  ~ jika guna kuali biasa
Caranya:
1. Satukan semua bahan kecuali margerin. Kacau rata.
2. Blender halus kemudian tapis.
3. Diamkan sebentar.
4. Panaskan kuali non stick . Ambil sedikit adunan, buat seperti kuih dadar, bila permukaan atas adunan dah kering, angkat.
5. Letak inti kastard diatas permukaan kulit, lipat dan siap dimakan. 


Bahan cream kastard:
1 sb tepung kastard 
1 sb tepung gandum
4 sb gula pasir
1 cawan susu cair
2 bj telur
sedikit pewarna kuning
1 sb  margerin
Cara:
1. Satukan semua bahan kecuali margerin, tapis.
2. Kacau atas api sederhana hingga likat kemudian baru masukkan margerin. Kacau sebentar kemudian tutup api.
3. Sejukkan sebentar. Kalau nak lagi sedap, sejukkan dlm peti ais.