Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, December 20, 2015

Kuey teow kungfu pebret

 suka sangat dengan kuey teow kungfu ni.... tak perlu nak bersilat kungfu pun sekejap jer dah boleh dinikmati hangat2... sejak mencuba resepi dari Sham, berulang2 dah membuat dan memakannya... simple n nice to me la kan...

 sayur dan udang 2 ekoq jah untuk satu portion... mudah buat cam ni.

dah digoreng... satu portion kuey teow+sebiji telo+sedikit lada sulah+garam, gaulkan rata2 n goreng. kalau dapat api besor menjulang macam kat kedai tu lagi best kan...

Untuk kuah pulak..
- tumiskan bawang putih and cili api (kalau nak pedas). Tapi Ibu boh jugak bawang merah sikit.. ini kes ada sekerat bawang merah baki dari masak-masak sebelum tu. So dari membazir kan kan..
- dah tu masukkan segala harta karun yang kita suka.. udang ke.. ayam ke.. sotong ke.. goreng sekejap.
- later.. masukkan air. Tunggu sampai mendidih. Pecahkan sebijik telur and kacau. Anyway kut tak suka telur.. boleh la skip this step.
- untuk memekatkan kuah.. ambik sesudu teh tepung jagung.. you know what to do la kan.
- lastly.. adjust la garam and whatsnot.

Saturday, December 19, 2015

Yearly check-up

 yearly check-up yang kak rose buat minggu lepas dan kini dah dapat resultnya... kali ni Alhamdullilah, tak de bintang2 yang bergemerlapan yang buat doktor bagi pesanan dan pot pet yang berjela.... pertama kali buat di Penang dan doktor tu pun sangat puas hati dengan result ni... glukose pun turun sket dari last year punya...

 tapi tang lipid profile tu... LDL colesterol tu dah lebih dari yang sepatutnya tapi tak de bintang2 pulak? doc tu kata sbb yang HDL tu dapat imbanginya.... so it is still a good result, katanya. boleh ker cam tu? last year punya LDL 2.15 compare to HDL 1.21... ishhhh!!! x tau la nak kira camner. teruskan je la dengan oat n susu omega tu...

the rest of the result.... tak tau nak translate or baca medical term nih....beyond my otak dapo punya kefahaman!... cuma doktor kata everything is ok... harap2 gitu lah ya.

Friday, December 18, 2015

Cara niat solat jama'

 Asalamualaikum dan salam Jumaat kawan2 semua.... kak rose nak tepek kat sini perkongsian dari kawan2 di fb.... walaupun sering melakukannya ketika dalam perjalanan jauh, semuga dengan perkongsian ini akan dapat memberikan panduan buat yang baru berjinak2 nak melakukannya... Alhamdullilah, sangat2 memudahkan ...  kalau kita jaga solat, Allah jaga kita sebaiknya.





Thursday, December 17, 2015

Lemak ciliapi udang dengan kacang

 walaupun sangat allergic dengan semua seafood, tapi tang udang memang tak boleh nak elak.... nak jugak makan dengan harapan tak lah teruk kena menggaru lepas tu.... dan mesti kena ingat pas makan tu kena amik ubat allergic tu... tapi yang selalunya bila dah stat menggaru tu barulah kelam kabut nak cari ubatnya... apa pun sendiri makan sendiri tanggung gatal tu la... tak la kempunan tak dapat makan udang kan...

resepinya yang simple tapi sedap ni....

Bahan:
Udang secukupnya (bersih dan tos)
100g kacang panjang 

10 biji cili api (kalau nak pedas boleh tambah)
1 inci kunyit hidup (2-3 tsp kunyit serbuk)
santan (kalau nak pekat guna pati santan, ikut citarasa)
1-2 keping asam keping (2 tsp air limau nipis)
garam

 (kak rose buh sebatang serai - ketuk)

Cara:
1. Tumbuk cili api, kunyit hidup dan sedikit garam sehingga lumat.
2. Masukkan bahan yang ditumbuk tadi ke dalam periuk bersama santan dan masak dalam 5 minit. Kacau selalu supaya tidak bertahi minyak.
3. Masukkan udang, asam keping dan garam secukupnya.
4. Kacau sesekali sehingga mendidih.
5. Masukkan kacang buncis dan biarkan sehingga betul-betul mendidih.
6. Hidangkan.




 dan kak rose makan dengan ikan kurau masin yang mahal nih. mana ada barang keperluan yang murah sekarang ni kan.... ikan masin ni pun dah rm50/kg... huhu

 tak mampu nak beli banyak.... so beli seciput jer.

Wednesday, December 16, 2015

WW: semalam punya cerita....

 pagi2 before morning walk... check bp dulu, oats n nescafe o tanpa gula...

selepas brisk walk n nano nano session.... reward my self with susu omega n fruits...

lunch pulak at 3pm.... laksa johor yang sedappppp!

untuk minum petang aka dinner.... merajinkan diri buat apam balik.

seharian makan bagai tak hengat, sekarang ni tumit kaki dah sakit pulak.... bila tanya cik google katanya kena banyak2 rehatkan kaki... tak leh nak berlenggang mak limah le pagi2 kalau cam ni... kawan2 ada tak yang ada masaalah sakit tumit kaki ni...heel spur pain ni buat kak rose jalan terjengket2... banyak yang suggest amik shaklee supplement OsteMatrix... nak try jugak, tapi nak kena g check doktor dulu lah.  eeehhh!!!! dah tak jadi ww!

Tuesday, December 15, 2015

Blondie derhaka?

 nampak orang tayang menda ni, kak rose pun nak jugak mencuba walaupun bahan tak cukup... kita yang buat dia, so memandailah nak mereka biar sampai boleh jadi kan... so instead of guna kopi pak belalang macam yang Nasya tayang tu, kak rose guna nescafe jer... rasa...emmmm sedap gak, pahit2 manis dan lemak buah gajus tu.... tak tau pulak camner rasa kalau guna kopi pak belalang tu ya.

 antara bahan yang menderhakakan resepi asal... buah gajus n nescafe 3 in 1... bahan yang sepatutnya macam resepi asal dari Dapur Nasya, kak rose kongsikan kat sini ya... mekasih Nasya.

 bahan2

3/4 C mentega
1c gula perang
1/2 c gula putih @ boleh gunakan 2c gula perang
1 sachet kopi pak belalang (nak lebih kopi letak 2 sachet) (kak rose guna 2 sachet nescafe 3in1)
3 biji telur
2 c tepung gandum (ayak)
1/2 tsp serbuk penaik (ayak)
1/2 tsp garam (ayak)
1c kacang macadamia panggang @ badam (cincang kasar) (kak rose guna gajus)
180g cip coklat
 
 cara2

Griskan acuan dengan mentega dan di tabur tepung. goncangkan lebihan tepung.
Cairkan mentega dan gula di dalam periuk.
Dengan menggunakan api yang paling perlahan
sehingga mentega dan gula cair.kacau selalu agar tidak hangus
tambahkan kopi pak belalang yang mabeless. 
Penuh dengan khasiat pemakanan sunnah...habbatus sawda..madu...luban...
Gaul rata, matikan api
masukkan telur dan kacau cepat2 kemudian tambahkan bahan yang telah di ayak dan juga macadamia akhir sekali masukkan cip coklat. 
Gaul sebati  masukkan ke dalam loyang yang telah dilengser tepung sedia di masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
untuk menguji blondie apabila sudah masak, cucukkan hujung lidi @ pisau kecil ke dalam, 
jika ia keluar licin dan bersih bermakna blondie sudah siap.
enak dihidang bersama kopi pak belalang panas @ shake belalang

 
dan kak rose menikmatinya dengan nescafe o tanpa gula... best!

Monday, December 14, 2015

Ayam masak halia

 Gara gara tak puas makan kat restoran bangkok tom yam, meh la kita buat sendiri jer... puas hati dapat makan dengan puasnya... ya la bila makan kat restoren tu walaupun order untu makan berdua, tapi pada kak rose yang kuat makan ni memang tak cukup lah... rasa macam seciput sangat portionnya. ayam beberapa pcs jer tapi bawang dan halia yg selebihnya.  macam tu jugak mixed vege dan kerabu mangga yg pedas gila... portionnya sangat kecik untuk makan berdua.... ker memang kak rose yang pelahap??? tak pe la balik rumah kita buat sendiri ya...

resepi kak rose cnp dari blog Yatie, mekasih ya...

Bahan- Bahan

  • 1/2 ekor ayam (potong kecil, basuh bersih dan toskan) (kak rose guna chicken fillet)
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1/2 cawan air* 
  • 1 sudu kecil tepung jagung*(*dibancuh bersama)
  • 1 sudu kecil lada hitam - ditumbuk kasar
  • 1 pokok daun bawang/sup - potong pendek
  • 1 biji buah tomato - belah 4 (ta de la pulak)
  • 1/2 btng carrot - ptng kecil
  • minyak utk menumis
  • garam dan sedikit gula
  • bunga kubis - yg ni kak rose tambah
Bahan Hiris
  • 5 cm halia
  • 1 labu  bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 tangkai cili merah
  • 4 tangkai cili padi merah- Yatie tambah
Cara-Caranya
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga layu.
  2. Masukkan ayam, lada hitam,sos tiram dan kacau rata. Masukkan sikit air dan tutup.
  3. Masakkan ayam sehingga lembut. Masukkan carrot dan gaul sebati.
  4. Masukkan bancuhan tepung jagung. Biarkan sehingga pekat.
  5. Masukkan tomato buah dan daun bawang. Kacau rata.
  6. Tutup api, angkat dan bolehlah di hidangkan.