salam semua..... lama dah kak rose x masak gulai lomak cili api. antara masakan pebret, tp x leh nak makan selalu2 la sbb lemak tu. bila teringin sangat kena buat jugak kan. cendawan kukur ni jauh datangnya menyeberang sungai golok tau! masa ronda2 kat pasar narathiwat tu ternampak lah orang jual cendawan kukur yg fresh ni, dan kak rose bli 3 pot... satu pot dia jual 20bhat, kira macam 2 hengget la kat sini. pas tu kak rose keringkan dan bawak balik sini, hari ni baru dapat masaknya...
pasar petang di narathiwat.... macam kat kb, most of the penjual adalah wanita
resepi gulai ni kak rose amik dari Ros jintanmanis, gulai lomak tipikal nogori semilan punyo! sodah eh! tp kak rose dah derhaka sket sbb tambah jantung pisang dalam tu.
Cendawan Kukur Masak Lemak Cili Padi
Sumber resepi:
rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanye
Satu Piring Cendawan Kukur yang telah dibuang kulit bawahnya dan dibersihkan
sedikit ikan bilis yang ditumbuk kasar (
kak rose guna udang kering)2 batang serai - dibelah dua ataupun dititik
6-8 biji cili padi ( kalau nak pedas boleh ditambah)
1 cawan santan+1 cawan air
1 keping asam gelugor ( tak nak letak pun takpe)
sedikit kunyit hidup atau kunyit serbuk
sedikit garam
jantung pisang yg dah dicelur - yg ni kak rose tambah.
simpan dalam keta sepanjang percutian.... sampai kering keras kejung, rendam dulu bila nak guna
caranya
1. Kisar halus ataupun tumbuk cili padi bersama kunyit
hidup hingga lumat, kemudian curahkan ke dalam periuk dan masukkan
serai yang telah dititik tadi, kacau sebentar.
2.Selepas itu masukkan 1 cawan santan, dan 1 cawan air serta ikan
bilis, masa ni guna api perlahan, dan kacau selalu, setelah kuah agak
mendidih baru masukkan cendawan kukur dan jantung pisang yg telah dicelur tadi, biarkan seketika, akhir sekali
baru masukkan asam keping, sesuaikan rasa, masukkan garam. Kacau
selalu.
3. Biarkan kuah mereneh seketika, angkat dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas, selamat mencuba.
makan dengan nasi panas2 mmg ngam punya, lagi2 kalau ada ikan masin kan.... tp kak rose x de, cuma gandingkan dengan daging masak kari, rasa x ngam la pulak, so kak rose makan dengan ikan bilis goreng lak.. bertambah2 makan nasi lunch tadi.