Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, June 14, 2010

Kueh lopes

selamat petang semua.... jom kita minum petang dengan kueh lopes ni..... sementara bahan ada dan air gula baki yang buat som-som tu ada banyak lagi, kak rose pun mereka lah kuih yang boleh dimakan dengan air gula nih..... dan lopes menjadi pilihan untuk petang ni.... resepi biasalah.... kak rose kan suka dengan resepi2 dirumah hana, jadi kak rose pin kopi pes dari hana.... tima kasih ya....

Bahan-bahan
  • 2 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair(kak rose guna santan serbuk je....)
  • 1/2 cawan air pandan (dikisar)
  • 1 st air kapur- x ltk (kak rose x letak)
  • 1/2 st garam
  • beberapa titik pewarna hijau
  • kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam
  • *** air gula ***
  • 3 ketul gula melaka
  • 5 sb gula
  • 3 cawan air
Cara-cara
  1. Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
  2. Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
  3. Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
  4. *** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula.

jemput minum semua.....

Nasi goreng jer....

salam semua..... lunch orang malas.... nasi goreng jer.... suma taruk dah tak yah nak masak lauk dan sayur bagai.... all in one. Goreng nasi dan potong salad, zucchini dan goreng kan fankfuter... dah siap boleh terus ngap. senangkan

inilah menu lunch kak rose yang malas nak masak..... Alhamdullilah dah kenyang.

Sunday, June 13, 2010

Grill daging pedas

Salam dan selamat berhujung minggu semua..... tentunya dah lunch kan....ialah dah nak petang pun....buat ni untuk lunch tadi..... sebenarnya kak rose x de daging, tapi teringin sangat nak makan yang macam cik mat dok buat tu.... kebetulan ada kawan bagi seekor ayam golek.... huh... jenuh nak ngabiskan.... jadi separuhnya kak rose buatlah cenggini.... tak susah2 kak rose nak mengeril daging bagai.... belasah dengan ayam jer..... mintak maaflah la ya cik mat sebab kak rose dah ubah instead of daging dah jadi ayam... apa2 pun memang sedap dengan rasa masam, manis dan pedas tu..... kak rose minta izin nak share kan resepinya kat sini ya....

BAHAN "A" :-)
250 g daging batang pinang
1 camca besar kicap
1/2 camca teh gula
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh lada hitam, tumbuk halus
(kak rose x de daging dan gantikan dengan ayam golek jer)

BAHAN "B" :-)
5 biji bawang merah, dihiris
1/2 cawan daun pudina, diracik (kak rose x letak)
Hirisan daun saderi
Hirisan daun bawang
2 camca besar gula (mat letak 1 camca besar)
2 camca besar sos ikan
2 1/2 camca besar jus limau nipis (atau ikut selera masing2)
Hirisan halus cili padi secukupnya (ikut nak pedas ke tak)
1 biji tomato, dihiris kecil

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Gaul semua bahan2 "A" dan perap 30 minit, kemudian grill hingga masak. Sejukkan dan hiris nipis, ketepikan.
  2. Satukan semua bahan2 "B", masukkan daging tadi dan gaul rata, sesuaikan rasa. Hidangkan sebagai pembuka selera.....hmm memang selera punnn....bahaya nihh...hehehe

selamat menjamu selera semua.....

Saturday, June 12, 2010

Som som pandan

salam dan selamat petang semua..... ari ni kak rose buat som som ni..... lama dah teringin nak buat tapi asik dok tergendela jer.... belum sampai seru kot.... tapi akhirnya jadi jugak som som pandan ku ini..... dek kerana tergoda sungguh tengok d rumah hana yang berposing dengan cantiknya.... maka kak rose pun dengan penuh semangat kopi sebiji macam dia punya.... tapi kompom x kan jadi secantik macam sifu masak2 tuh!.... tak pe la kan asalkan sedap.... memang sedap dan everything is just nice....gabungan tepung beras n jagung tu sangat elok dengan santannya....pas ni dah terpk nak wat lagi sbb tadi buat setengah adunan jer.... takut lak bak kata hana bahan nampak sikit tapi bila jadi ..... mak ai banyaknya.....resepi asal dari fida Myr dan kak rose kopi dari rumah hana..... tq soooo much to both of you for the superb recipe.....

Bahan-bahan
  • 100 g tepung beras
  • 100 g tepung jagung
  • 1,600 ml santan (500 ml KARA+ air)
  • 100 ml air pandan (atau 100 ml air + pandan pes)
  • 1 sk garam atau secukup rasa
  • sedikit pewarna hijau (opt)
  • SIRAP GULA MELAKA :-
  • 500 g gula melaka
  • 1000 ml air
  • 2 helai daun pandan - disimpul
Cara-cara
  1. Masak sirap gula hingga gula larut dan tapis.Ketepikan.
  2. Satukan kesemua bahan2 dalam periuk dan gaul rata.Masak hingga pekat dan kilat,hingga adunan meletup-letup.
  3. Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan dan sejukkan.
  4. Sajikan bersama sirap gula melaka.

Friday, June 11, 2010

Beef lasagna


Salam dan selamat petang semua..... sejak dua menjak tekak asik nak makan yang ala2 western gitu.... dan yang sebenarnya nak cuba buat sendiri.... lebih2 lagi bila nengok kat rumah kawan2 yang tera2 masak tu jadi cantik je.... bila kak rose buat agak2 jadi tak?.... kawan2 tengoklah sendiri betapa sememehnya.... memang x reti nak buat.... tak cantik langsung walaupun rasa memang sedap.... pas ni kena g kat pizza hut sajalah kalau nak makan.... abis citer..... resepinya kak rose kopi kat rumah hana.... rumah dia memang dah jadi source of info for my masak2.... tq hana....

Bahan-bahan
  • 8-10 keping kulit lasagna
  • 300g daging cincang
  • 1/2 biji bawang besar holland - cincang
  • 2 ulas bwg putih - cincang
  • 1 tin sos spaghetti original (kak rose x de)
  • 3 sudu besar tomato puree@ 2 biji tomato cincang
  • 1/2 biji carrot - potong dadu (optional)
  • 3 biji cendawan butang - hiris nipis
  • 1 sk oregano
  • Air
  • minyak zaitun
  • garam, gula secukup rasa
  • keju mozarella secukupnyer
UNTUK SOS PUTIH
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 1/4 cawan susu segar
  • 1/3 cawan keju pilihan
  • 3 sudu besar butter
  • lada hitam, garam
Cara-cara
  • Rebus kulit lasagna instant mengikut arahan peket. (hana rebus dengan sedikit minyak) Tapi ada jenis lasagna yg tak perlu direbus. Kemudian ketepikan.
  • Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau. Masukkan daging. Kacau hingga daging bertukar warna. Masukkan pula tomato puree@tomato cincang. Masak hingga tomato hancur. Kemudian masukkan sos spaghetti, carrot, mushroom, oregano, garam dan gula secukup rasa. Masukkan sedikit air jika kuah terlalu pekat. Masak hingga mendidih dan ketepikan.
  • Utk membuat sos putih , satukan semua bahan dan kacau di atas api yg kecil hingga pekat.
  • Sediakan mangkuk yg bersesuaian utk membakar. Susun kulit lasagna, kemudian sapu rata sos daging... sapu pula sos putih dan taburkan keju mozarella (jika inginkan rasa cheese yg lebih pada setiap lapisan. Jika tak nak ltk pong tk mengapa.) Lapiskan lagi dengan kulit lasagna dan ulangi proses tadi hingga habis. dan last skali adalah sos putih. taburkan keju dan sedikit daun parsley jika suka.
  • Bakar selama 40-60min atau hingga permukaan lasagna keperang2an. Boleh dimakan sejuk atau panas.

x sempat nak tunggu sejuk.... panas2 lagi dah potong..... tambah sememeh jadinya!

sebelum dibakar.... tabur dengan cheese banyak2

kepingan lasagna yang kak rose guna..... kena rebus dulu.

Thursday, June 10, 2010

Pengat keledek

lama sangat teringin nak makan pengat keledek ni....masa g beli keledek tu kan main lagi nak buatnya... pas tu simpan je.....sampai yang kala pepel tu dan naik lebam baru terjumpa balik keledek ni.... dan inilah kejadiannya..... santan pun dah jadi pepel gitu.... itu pun kak rose dah rebus asing dan buangkan air yang pepel tu..... x kesahlah janji kak rose dapat lepas kempunan nak makan..... dah siap masak simpan dalam fridge jap ..... makan sejuk2 gitu..... ah nyaman sekali.....

haaa.... jangan tepelanjat... kak rose ada santan kaler pepel....(ni lah kalau tukang masak tu amatur sangat......)

Wednesday, June 9, 2010

Apple and celery salad

hari ni lunch dengan salad je.... malas nak masak nasik..... sbb tadi kan ada kawan datang dari Langkawi tu.... mulanya nak ajak diorang lunch kat sini, tapi dia orang ada hal lak lepas tu..... jadi kak rose x jadi nak masak lah.... dan yang paling senang nak ngap salad cengginilah.....sedap dan mengenyangkan.....resepinya.... boleh gak tengok kat sini

Ingredients
80 gm red apple (cut into cubes)
80 gm green apple (cut into cubes)
50 gm celery (chopped finely) - kak rose potong cube gak
30 gm walnut (chopped finely) - kak rose ganti dengan chestnut)
100 ml mayonnaise
1/2 tsp salt
strawberry n mint leaves for presentation

preparation
mix well the apples, celery with mayonnaise and walnut.
add some salt and mix it again
put salad on plate and decorate with strawberry and mint leaves
serve cold.
sedap dan mengenyangkan.....