Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, July 6, 2024

Kurma daging sedap

 Jom berjemaah menambah lemak...


Kurma Daging Sedap

Bahan-bahan:
½ kilo daging
4 sudu besar rempah kurma - 50 gram
500 ml santan
Bunga lawang, kulit kayu manjs dan buah pelaga
2 biji cili hijau - belah 2
2 biji ubi kentang - potong dadu
1 biji buah tomato - belah 4
1 biji bawang besar - belah 4
1 keping asam keping
Garam
Sedikit gula
½ cawan minyak masak

Bahan hiris:
1 inci halia
3-4 biji bawang merah ulas
3 ulas bawang putih


Cara-caranya:
Panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan dan bahan hiris sehingga keperangan.
Masukkan rempah kurma dan kacau rata. Masukkan sedikit air dan masak sehingga terbit minyak. Boleh masukkan air lagi sehingga terbit minyak sekali lagi bagi memastikan rempah benar benar masak.
Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan air dan masak sehingga daging empuk. Masukkan ubi kentang.
Setelah daging empuk, masukkan santan dan masak sehingga mendidih.
Masukkan garam, gula dan asam keping. Masak sehingga terbit minyak. Masukkan buah tomato, bawang besar, cili hijau dan daun sadri.
Masak sehingga terbit minyak dan pekat kuah yang disukai. Bolehlah tutup api.
 
## terima kasih Azie Kitchen kongsikan resepi sedap ni, mohon izin kak rose tepek kat sini ya

 

Thursday, July 4, 2024

Spaghetti bolognese

 Salam dan jumpa lagi di dapo kak rose ya..

spaghetti bolognese garnish dengan brokoli? ada aku kesah, pas tu ngap lah sekali brokoli tu kan. dah siap celur makan ciciah dengan kuah spaghetti pun ok jer. kita yang buat dia kan... jangan marah kak rose ya.. hehe 😆😆

Bahan sos

400g daging kisar
1 labu bwg besar dipotong dadu
4 ulas bawang putih (cincang)
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu  kecil lada hitam
4 biji cili  padi (jika suka pedas)
1 tin  sos prego (tradisi)
1 tin  sos prego (cendawa)
Garam secukup rasa
Boleh masukkan tomato dan cili benggala jika suka


Cara memasak

1. Panaskan 2 sudu butter.
2. Tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dipotong dadu sampai naik bau. Masukkan cili api
3. Masukkan daging kisar dan masak sampai daging kecut.
4. Masukkan lada sulah dan lada hitam.
5. Masukkan sos prego tradisi dan sos prego cendawan dan kacau rata. Kak rose gunakan 2 jenis sos ni sebab x de cendawan. Bila dah ada prego cendawan kan dah ada cendawan dalam tu..
6. Perisakan dengan garam secukupnya.
7. Masak sehingga kuah sebati. Boleh masukkan sedikit air jika nampak kuah terlalu pekat.

tu diaaaa........ sebesen beso jadinya bila dah gaul sekali dengan kuah tu. anak suka yang cenggini, katanya lebih mesra rasanya instead of yang taruk kat atas tu then gaul masa nak makan. so memasing punya pilihan lah kan..
 

Wednesday, July 3, 2024

WW: Tapau jer

 

churros for minum petang

 

Tuesday, July 2, 2024

Jelatah sedap

 Bila tuan tanah ada sedikit kerajinan, maka jadilah jelatah ni...

Bahan-bahan

  • 1 biji nanas( jgn guna nanas muda. Takut masam. Kalau nk guna nanas dlm tin anggaran 1tin)
  • 2 biji timun (kalo guna timun jepun kurang biji)
  • 2 biji carrot(optional)
  • 1/2 labu bawang besar
  • 2~3 biji lada besar(merah)
  • 120ml cuka makan
  • sedikit gula dan garam ikut rasa

Cara-cara

  1. potong semua bahan2. Timun dihiris bulat nipis2,nanas dihiris segiempat nipis,bawang dan lada dihiris nipis.
  2. carrot dipotong memanjang (nak cantik boleh gunakan vege cutter yang munga2 tu...)
  3. campurkan bahan2 yg telah dipotong dlm satu mangkuk. Masukkan cuka, gula dan garam.Gaul rata.
  4. sedia utk dimakan bersama nasi tomato, nasi minyak...tak pun nasi putih pun sedap..
  5. tips 1: jelatah ni sedap dimakan selepas beberapa jam disediakan sbb air nanas dah sebati.Carrot tu biasanya org tak letak. Saya letak sbb nak warna yg menarik & lada merah susah nk dapat kat sini..
  6. tips 2:kalo nk sedap lagi letak kacang tanah yg ditumbuk sedikit..ini pun optional.

 

Monday, July 1, 2024

Kaswi pandan gedik

 Selamat datang Julai 2024....


Bahan-bahan:

  • 1 cawan air pandan
  • 1 cawan santan cair
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung ubi kayu
  • 1 cawan gula
  • 1 sudu besar air kapur
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna hijau


Cara penyediaan:

1. Satukan semua bahan di atas. Kemudian, sapukan acuan dengan sedikit minyak.

2. Isi adunan sehingga penuh acuan dan kukus selama 15 minit.

3. Bila dah masak, biarkan kuih sehingga sejuk sebelum keluarkan daripada acuan.

4. Kukus kelapa parut untuk tahan lama dan tak mudah basi.

Sukatan di atas boleh dapat lebih kurang 24 biji kuih. 

##resepi ni kak rose doublekan, buat untuk bawak potluck gader2 kat rumah kakak..

 

Sunday, June 30, 2024

Sambal terung pipit dan udang

 Asalamualaikum dan salam hujung minggu buat semua yang masih sudi singgah kat dapo kak rose ni. terima kasih bebanyak ya... separuh tahun 2024 dah pun pergi, cepatnya masa berlalu kannnnn

pagi ni kak rose nak tepek sambal terung pipit yang kak rose masak masa kat kampung menjelang hari raya haji tu... masak pun sikit jer sebab ni lah pertama kali rasanya nak masak terung pipit ni.. sebenarnya terpandang pokok ni berbuah lebat semasa kak rose nak amik daun pandan kat sebelahnya tu.. eh!! agaknya boleh try kot masak ni, so petik lah sikit nak kami berdua jer pun..
rendang subur pokoknya dan lebat berbuah, masa ni tak tahu nak kutip yang muda putik atau pun yang besar2 tu... so agak2 jer lah sudahnya.. bila dan masak tu rasanya kena amik yang muda2 kot baru sedap dan tak terasa sangat biji dia tu kan.. itu pendapat kak rose lah... kalau salah tolong lah betulkan ya..
fresh from the garden tepi rumah kat kampung...
dan ini lah hasilnya... resepi kak rose ni main campak2 jer asalkan kena dengan selera lah kiranya. tapi kalau nak rasa yang betul bersukat boleh ikut resepi CMG ni. mohon kak rose nak tepek resepinya kat sini. Terima kasih ya
 

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan terung pipit
1 cawan udang
1/2 cawan jus asam jawa
2 cawan cili kisar
6 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci belacan*(*ditumbuk lumat)
Garam dan gula secukup rasa
1 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Cuci terung pipit, tumbuk sedikit (sekadar pecah2 sahaja) dan udang dikupas, cuci dan toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat hingga wangi, masukkan cili kisar dan masak hingga terbit minyak. Tuang air dan masukkan terung pipit tadi. Tambah jus asam jawa dan biar mendidih sehingga terung pipit lembut.
  3. Masukkan udang dan tambah garam dan gula secukup rasa. Masak hingga sedikit pekat dan rasa, jika ok boleh matikan api...Hidangkan bersama nasi hangat.

tu dia aihhhh!!!! sayur yang banyak tumbuh melata di kampung tu rupanya mahal harganya... rm32.90/kg. gambar ni kak rose snap kat Aeon Big dan ada jugak lain2 sayur kampung kat display dia tu. tapi kalau kat kampung tu tak de sapa pun yang ingin nak amik kan...
 

 

Thursday, June 13, 2024

Doa hari Arafah 1445

 


DOA YANG TERBAIK PADA HARI ARAFAH OLEH JAKIM

✔1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus

✔2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

✔3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).

✔4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

✔5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islamku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

✔6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

✔7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

✔8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

✔9. Ya Allah, apabila aku telah meninggal, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi

✔10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

✔11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

✔12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam
✔13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).

✔14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu

✔15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

✔16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

✔17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

✔18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

✔19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

✔20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

✔21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

✔22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

✔23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

✔24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

✔25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

✔26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

✔27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..

✔28. Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

✔29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

✔30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur,putus asa, salah laku dan syirik.

✔31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

Semoga kita semua menjadi penghuni SYURGA FIRDAUS. Hapuskan dosa kami, Ya Allah.

Tutup dgn selawat.

PERHATIAN!! Waktu Doa Mustajab Hari Arafah BERMULA Masuk Waktu Zuhur hingga Waktu Maghrib pada Hari Arafah.

WAKTU ARAB SAUDI
9 Zulhijjah - AHAD - 16 Jun 2024
Zuhur 🇸🇦 12:22pm
Maghrib 🇸🇦 7:04pm

WAKTU MALAYSIA
9 Zulhijjah - AHAD - 16 Jun 2024
Waktu 🇲🇾 5:22pm
Waktu 🇲🇾 12:04am
.

- Like FB Suara Hati Media

Bagi yg berada di 🇲🇾, Puasa pada Hari SABTU di kira puasa hari Tarwiyah manakala Puasa pada hari AHAD 16/6/2024 (9 Zulhijjah 1445H) dikira Puasa Arafah. 

erima kasih atas perkongsian, share kan kat sini semuga bermenafaat buat semua yang membacanya. Aamiin