Lanai Kijang
Wednesday, January 15, 2020
Tuesday, January 14, 2020
Kek marble lembab
ya, berulang2 buat guna resepi ni... the keeper recipe, gituh!
meh kak rose kongsikan resepinya lagi kat sini ya..
Bahan-bahan:
Bahan-bahan:
250 gm buttter - kak rose guna Buttercup
250 gm tepung gandum diayak bersama 1 sudu teh baking powder
220 gm gula kaster
4 biji telor gred A
1 tbs ovelette
1 tbs esen vanilla
2 tbs susu segar - saya bancuhkan 1 sdm susu tepung dengan sedikit air suam dan guna 4 sdb
1 tbs choc emulco
1 sudu besar serbuk koko - saya guna 2 sdb dan bancuh dengan sedikit air panas
Cara-cara:
1.Putar butter dan gula hingga kembang,masukkan esen vanila dan ovellate putar lagi.
2.Masukkan telur satu persatu sambil terus diputar sampai kembang. Masukkan tepung sedikit demi sedikit,selang seli dengan susu segar,putar sampai adunan semua sebati.
3.Bahagikan kepada dua bahagian. sebahagian biarkan dengan warna asal, dan untuk bahagian coklat masukkan emulco dan serbuk koko (saya cuma masukkan serbuk koko yang dibancuh dengan sedikit air panas).
4.Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah dilengser butter secara berselang-seli sehingga selesai.
5.Bakar selama 45 minit atau sehingga masak bergantung pada oven. Bila masak,terus keluarkan dari oven untuk mengekalkan kelembapannya.
kalau tak de idea nak buat kuih apa untuk minum petang ni, boleh lah cuba buat kek sedap ni kan!
Monday, January 13, 2020
Makan2 dikampung
Alhamdulillah, rezeki untuk kami semasa dikampung MIL
sesampai tu ni lah hidangan kami, SIL yang jadi chef... semuanya panas dari dapo di Narathiwat. meriah lauk tengahahri tu. sambal lado pun hado!. jangan terperanjat bila buah tembikai a ka timun cino pun ada, derang suka makan dengan nasik lah.
sayur kangkong goreng bersama udang..
sambal putik pauh aka sambal mangga muda dengan ikan tawar
jelatah timun yang sedap untuk meratah!
ayam goreng garing guna kunyit fresh ni memang sedap do'oh!
Sunday, January 12, 2020
Berkebun dikampung...
Back to the root...jom la kita balik kampung, tanam jagung...
semuga menjadi pekebun yang berjaya lah.
agaknya bila lah boleh bertanam jagung nya tu ya?...😜😜
Saturday, January 11, 2020
Buat lagi dan lagi....
tak jemu2 dengan tat nenas kerang ni...
berkali2 buat tat nenas kerang ni. selepas kak rose buat untuk door gift masa majlis perkahwinan anakanda tempoh hari, ade je kawan2 yang nak kan tat ni... so bila ada kelapangan kak rose buatkan lah.. tu yang berkali2 buatnya.. tapi kak rose memang tak daya lah nak amik oder banyak2, maklumlah renyah nak buatnya dan kak rose ni memang selowwww sangat nak siapkan walau pun satu adunan ... mana tak lambat siapnya bila in between buat tu ada jer phone kat sebelah... dan maknanya berkali2 jugak berhenti melayan phone kan... kawan2 yang nakkan tat ni pun paham kelambatan kak rose dalam nak siapkan tempahannya kan..
so sapa yang rajin nak buat tu meh kak rose kongsikan resepinya...
Bahannya...
Bahan A
150 gram butter
100 gram majerin
50 gram gula icing
50 gram susu tepung
50 gram tepung jagung
1/4 sudu kecil emplex
1/2 sudu kecil esen vanilla
2 biji kuning telur
Bahan B
350 gram tepung gandum
(tepung nanti boleh diubah suai supaya dpt doh yg lembut)
Inti nenas/epal yang secukupnya
Untu sapuan...
1 biji kuning telur
beberapa titik pewarna kuning
1 sudu kecil susu cair
dah ready nak sapukan telor kuning dan masuk oben....170°C 25 to 30 minits
Caranya...
-Sebatikan butter, majerin, gula dan telur gunakan senduk saja...kemudian campurkan semua bahan2 kecuali intinya.
- Uli doh sehingga doh tidak lekat ditangan, pastikan doh lembut supaya mudah utk proses menekan doh.
- Siap uli perap doh sekejap supaya bahan2 lebih sebati dan mesra.
- Ambil sedikit doh, masukkan dlm acuan tart kerang ..masukkan inti nenas dan tutup dengan sedikit doh lagi. Kemudian tekan acuan tart kerang..untuk mengeluarkan tart tadi. Susun dalam loyang pembakar.
Oleskan bahagian atas dengan sapuan kuning telur...sedia untuk dibakar...170c selama 25-30 minit atau ikut oven masing2 ye...
Selamat mencuba...
Friday, January 10, 2020
Wednesday, January 1, 2020
Subscribe to:
Posts (Atom)




















