Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, February 7, 2019

Muffin pisang...

 Bila ada banyak pisang dan tak terhabis nak makan... maka jadilah muffin pisang ni. sebenarnya nak bli sesikat jer pisang ni, tapi mak cik gerai ni soh amik jer semua at discounted price sbb dah nak tutup gerai katanya... walaupun rasanya banyak sangat dan nanti takut nanti tak terhabiskan, amik jer la dan jadilah rezeki kawan2 yang sama dapat merasa pisang lemak manis yang comel2 ni.. terima kasih pada mak cik gerai pisang tu... semuga bertambah rezekinya dalam berjualan... Aamiin. dan muffin ni pun kawan2 mengaji yang tolong abeskan... panjang kan rezeki mak cik gerai tu...

resepi muffin pisang dari AlongRoz... mekasih ya.

By: Roz@HomeKreation
INGREDIENTS:
170g Mashed Ripe Bananas
3/4 cup Sugar
1 Egg - slightly beaten
1/3 cup Melted Butter
1 tsp Baking Powder*
1 tsp Bic Soda*
1/2 tsp Salt*
1 1/2 cup Flour* (* sift together)


METHOD:
1. Place bananas & sugar in a bowl & mix until combined.
Add in egg & butter gradually while mixing.
Fold in dry ingredients gradually until well mixed.
2. Spoon into muffin cups/tin.
Bake 20 minutes at 180C. 

Wednesday, February 6, 2019

Nyum nyummm

While on the go

#deli2go

Tuesday, February 5, 2019

Merah meriah CNY

Xong xi fa cai to my all chinese freinds...
Wishing you a year full of happiness and prosperity





Monday, February 4, 2019

Butterscotch bread lagiii


 ya buat lagi butterscotch bread ni... kan dah kata kalau nak buat roti, kena lah buat yang tukang makan suka nak makan... so tidak lah nanti membazir. cik tong jer yang dapat habuan kan... lagi pun yang ni lah paling senang, terus jer gedebum masuk dalam loyang dan tunggu hingga naik dua kali ganda dan bakar... siap dah! boleh terus dinikmati hangat bersama secawan kopi. giteww!

 tu dia aih!!! kembang semangkuk. cantik naiknya...

 selepas bersauna dalam oben.. suka yang garing kulinya macam ni.. my home made loaf

selepas dibedah siasat... kemanakah perginya butterscotch chips yang banyak2 tadi... semuanya malu bersembunyi menghilang diri tapi tetap cantik dan sedap dimata dan tekak kak rose!

Sunday, February 3, 2019

Jus belimbing buluh+asam boi

Jom minum fresh juice ni...

 bila pokok belimbing buluh depan rumah berbuah lebat, jadi rezeki sapa saja yang lalu dan nak amik buah yang banyak ni...macam2 boleh buat dengan buah belimbing buluh ni... kalau ada sesapa yang rajin tu boleh lah buat sambal hitam tu.. tapi kak rose tidaklah rajin nak buatnya... kalau makan tu Insya Allah lah. boleh gitu? kalau yang mudah buatnya boleh lah kak rose buat ... hihi... macam jus ni..

basuh bersih2 buah belimbing, buangkan mempulur dan bijinya, blend bersama sedikit air hingga halus dan tapis. masuk dalam gelas dan buh lah asam boi tu... no sugar added, bila asam tu dah soak dengan juice tu, hilang dah rasa masam belimbing buluh tu... kengkawan boleh lah mencubanya nanti...

Saturday, February 2, 2019

Buah jer...

Macam2 buah ade... pilih jer yang mana berkenan dihati..semuanya pebret kak rose ni

honeylily mango dan solo papaya

 green pear

 mangga yang crunchy, tambah umphhh bila taburkan asam pakchu916..😋😋

 persimmon... bli banyak tapi bila simpan dalam fridge jadi lembik. nasib baik yg ni masih crunchy!

 mma... pear, black grapes, murcott orange dan pisang montel pun hado!

 sour plum, murcott orange again, green n blank grapes yang sangat manis

 honeylily mango n grapes..


 belimbing madu yang dah a bit over ripe n tak berapa nak brmadu pun! 😞😞

 betik solo, jambu batu wif asam pakchu dan giant size anggur yg sooooo sweet n crunchy

 sunkist orange, red apple dan buah ciku yang manissss bersemut!

jambu batu, red apple dan limau kampung yang manis.

Friday, February 1, 2019

Jom perbaiki solat kita...

Asalamualaikum dan salam jumaat buat semua... semuga kawan2 semua dalam lindungan dan Rahmat Allah sentiasa.... Aamiin.

hari ni kak rose nak kongsikan artikel yang lalu kat wall fb, untuk jadikan bacaan dan panduan, juga untuk memperbaiki cara dalam mendirikan solat kita...peringatan untuk diri sendiri yang sentiasa tidak sempurna.... semuga semua amal ibadah kita dapat diterima oleh Yang Maha Kuasa...Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, penceramah mencadangkan kita mengambil 2 minit untuk “menyediakan diri ” sebelum menghadap Yg Esa; Dua perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat…sewaktu kita berdiri tegak sebelum lafaz niat:

Minit Pertama –
Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita. Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak untuk diberi peluang menghadap yang Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesal lah.

Minit Kedua –
Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi hamba2Nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.

Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus.
Setelah bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul, penuh adab dan sopan, sesuai dgn keperibadian kita sebagai wanita dan selayak2nya adab untuk menghadap Tuhan.

1) Mengangkat takbir – ada 3 cara mengangkat takbir
i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga
ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga
iii. Mengangkat kedua2 tangan sehingga ke paras dada (bukan telinga)

Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan.
Menurut penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2 dicelah lengan (bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.

2) Qiyyam – cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit
dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tangan kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.

3) Rukuk – peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib dan sopan. Kedua2 tangan melurut peha dgn perlahan dan berhenti di atas lutut.
Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.

4) ‘Iktidal – tegakkan badan semasa membaca “Sami Allahuliman hamidah..”; dan mengangkat tangan posisi takbir ketika membaca “…rabbanaa lakal hamdu”

5) Sujud – sujud dari segi istilah ialah “penyerahan diri yang tertinggi”.
Tertib sujud ialah dengan meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti tapak tangan dan seterusnya dahi. Kedua2 tangan dirapatkan di bhgn bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua2 tangan dan di situlah dahi diletakkan.
Jgn sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut dan kedua belah kaki (setakat jari shj). Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.

6) Duduk antara 2 sujud – ada 2 cara :
i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki
ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri ,dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.

7) Bangun selepas sujud – duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun, gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tangan.

8) Tahiyyat – mengangkat telunjuk pada ketika menyebut “…illallahh. ..”;
(semasa membaca “laa ilaa ha ILLALLAH”). Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.

9) Salam – tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah. Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.

10) Berdoa sesudah solat – seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlm keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa.

Seterusnya sebelum selesai ceramah, Ustazah sempat mengingatkan para hadirin bahawa kain yg digunakan ukt solat juga perlu menepati ciri2 yg tertentu. Antaranya:-

1) Tidak jarang.
Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit, maka solat kita tidak sah.
Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan lapis kain ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dalam dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless di dlm telekung, pastikan bahu dan tangan tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.

2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung sahaja (tak payah org lain, saya pun begini). Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan sahaja digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang.

Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin yg tebal (Ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika bersukan) ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.

3) Ada kain telekung yg indah bersulam dan berkerawang.
Ada yg berlubang2 sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka yg rambut panjang, jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung, rambut2 ini akan terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah.
Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama. Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik. Saya akui, terasa agak berat.

Pengalaman saya, oleh kerana telekung saya agak jarang, saya kini memakai tudung labuh di dlm telekung setiap kali solat sambil berazam utk membeli telekung yg lebih baik kualitinya.
Walaupun kadang2 terasa panas ketika solat saya gagahkan juga. Yg penting, saya mencuba seboleh2nya untuk mendapatkan solat yg diterima Allah, walaupun dari segi khusyuk solat, saya masih merangkak. Yg penting, kita kena ingat, inilah sebahagian persediaan kita utk akhirat, jadi biarlah berbaloi.
Jangan pula nanti kita dihisab pula kerana solat yg tak sempurna. Biar susah sekarang, jgn susah di alam baqa’.
Sekian saja yg dapat saya kongsi bersama. Sekira2 ada salah dan silap, harap dimaafkan. Segala yg baik itu datang dari Allah s.w.t. dan yg buruk itu dari saya.

Wassalam.
Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, Sampaikanlah pesanKu biarpun satu ayat.

Sumber: Kualipanas.com

##terima kasih kepada yang kongsikan difb dan kak rose mohon izin untuk kongsikan disini pulak...