Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, January 6, 2018

Cek mek tak molek!

 sesuai dengan namanya, cek mek molek express kak rose ni. memang tak semenggah so tak boleh la nak letak nama molek kan... buat pun express jer, asalkan ada bentuk dan mas goreng tu tak pecah pun dah cukup syukur Alhamdulillah.  tak lah menjejes gula dalam minyak masa menggoreng tu sbbnya kak rose buat besar gedabak dan kulitnya sangat tebal... gula yang ada dalam tu pun resap dalam kulit cek mek tu... hihi.kali ni dapat beli keledek yang tak lembut sangat, so mudah lah nak membentuknya dengan cuma sedikit saja guna tepungnya.


Bahan-bahan
  • 2 cawan ubi keledek(yg telah direbus dan dilecek)
  • 1 cawan tepung gandum (kak rose guna 4 sudu besar jer)
  • gula
  • minyak untuk menggoreng
  • (kak rose tambah 1 sb tepung jagung... sbb ada baca komen kat bawah tu untuk rangupkan cek mek molek tu)

Cara-cara

  1. Gaulkan ubi dengan tepung sehingga jadi doh yang lembut
  2. Bahagikan kepada 12 bahagian. Buatkan bentuk bulat.
  3. Leperkan doh kecik tadi. Kemudian masukkan 1 sudu kecil gula- kalau tak mahu manis boleh kurangkan sukatannya.
  4. Tutup rapat-rapat supaya gula tak keluar semasa menggoreng.
  5. Panaskan minyak. Goreng dengan api sederhana sehingga masak/perang.

Friday, January 5, 2018

Bubur merah putih

 Asalamualaikum dan salam jumaat buat semua... dah bekpes apa agaknya pagi ni ya... kak rose pepagi dah makan oats n nescafe kosong tanpa gula macam biasa lah... tapi hari ni hari jumaat, so bekpaes pas ni adalah sangat heavy dan banyakkkk... lepas mengaji Al-Kahfi sudah pastinya akan ade menu yang best2 dari tuan rumah... dan jugak segala kuih muih buah tangan dari kawan2 yang datang... memang tak lepas peluang lah... macam nak makan untuk pagi sampai petang gamaknya!
apa pun nak kongsikan resepi bubur merah bubur putih yang kak rose masak bebehari lepas... saja teringin nak makan bila terpandang entry lama CMG pasal bubur nih.. tekak dan mata yang tak boleh nak tengok menu sedap2! jahat kan mata nih!

 
BAHAN-BAHANNYA :-)
 
250 gram pulut susu, cuci dan rendam sekejap (anggara 30 minit)
3 cawan air
1 cawan pati santan
1 helai daun pandan
4 - 5 camca besar hirisan gula melaka*
1 - 2 camca besar gula pasir*
1 cawan air*(*dimasak hingga gula larut dan tapis)
Garam secukup rasa
Air jika perlu
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Toskan beras pulut, masukkan ke dalam periuk bersama2 air dan daun pandan, Masak dengan api kecil hingga pulut kembang. Kacau sekali sekala. Kemudian tuang pati santan dan kacau rata dan biarkan mendidih sekejap.
  2. Cedok keluar kurang lebih 3/4 cawan dan masukkan garam secukup rasa dan kacau hingga sebati (hingga terasa lemak2 masin). Bakinya masukkkan air gula melaka, kacau rata dan masak sekejap hingga mendidih, kalau kurang manis, anda boleh tambah sedikit gula lagi. Tambah air jika terlalu pekat. Matikan api.
  3. Cedok secukupnya bubur merah ke dalam mangkuk sesuai, kemudian sudukan sedikit (atau secukupnya) bubur putih atas bubur merah. Hidangkan segera....Selamat mencuba!!.

Thursday, January 4, 2018

3 is a crowd..

 ya bila ada tiga fridge di dapo yang sekangkang kera tu tentulah sangat crowded kan...

apa pun terima kasih daun keladi... the old panasonic kena la tolak ketepi.. hih

Cekodok ikan bilis air panas


cekodok sempoi yang sedap dimakan hangat hangat... apa lagi kalau digandingkan dengan secawan nescafe o panas2 dihari yang sentiasa mendung dan hujan ni... memang tak sedar boleh habis sepiring.. tapi yang ni untuk kami berdua minum petang... resepinya .....

3 cawan tepung gandum
ikan bilis...basuh dan toskan* (kak rose suka kalau banyak ikan bilisnya)
1 biji bawang besar*
1 biji lada merah*
daun sup/daun bawang
kalau suka boleh tambah parutan carrot jugak.  
garam secukup rasa
21/2 cawan air panas melegak

Cara:

 1. Blend kering kasar bahan bertanda* dan gaulkan kesemunya dengan tepung
 2. Bulatkan lubang ditengah adunan
.3. Tuangkan air panas dan kacau dengan cepat. adunan akan menjadi berat dan kental
 4. Bentukkan adunan spt bebola mengikut selera..
 5. Panaskan minyak.. dan gorenglah dengan api sederhana hingga kekuningan..

Wednesday, January 3, 2018

Makan makan

 nasi lemak special@PakLiKopitiam. kat mana lah nak beli cawan kopi cam tu?

 Sate kajang Hj. Samuri@PKNS Shah Alam

 Nasik kandaq@Restoran Shaaz

another satay ayam@Penang Nyonya, Subang Parade

Tuesday, January 2, 2018

Kelas meroti diawal tahun

 Cuti tahun baru semalam kak rose menafaatkan dengan menghadiri kelas membuat roti dirumah kawan yang memang berniaga roti dari rumah... since dia bermurah hati nak bukak kelas,kita yang memang keras tangan ni pun nak jugak join kelasnya dengan sedikit yuran, sangat berbaloi2 dengan hasilnya... yang penting dapat hands on dengan sifu2 buat roti ni... memang ada buat dan belajar dengan berguru dengan fb, tapi tak kan sama dengan bila ada cikgu depan mata kan...

 belajarnya sikit jer... sambil belajar sambil pot pet pot pet... tapi tangan tetap jalan kan..

 sifu meroti kami... kak Hajah Hamidah yang sangat bermurah hati juga murah dengan senyuman..

 adunan pertama untuk roti sarang lebah berserta sos dan toppingnya yang sangat mewah!

 buat juga pizza dengan menggunakan doh yang sama...

 roti sarang lebah yang panas2 baru kuor dari oben... mewah sangat dengan toppingnya.

dan roti bun kacang merah... bermacam bentuk dan saiz, maklumlah jari amatur semuanya... terima kasih pada kak aji midah yang sudi meluangkan masa untuk kami terutama kak rose yang memang keras tangan ni.. dan kami balik dengan berbondong2 bawak roti yang baru kami buat sendiri... 1 large pan pizza, 3 biji bun kacang merah dan juga 3 biji bun sarang lebah berserta sosnya... kenyang makan home made roti!

Monday, January 1, 2018

Nasi arab mandhi ditahun baru

 Asalamualaikum dan salam tahun baru.  first entry for 2018, nasi arab yang kak rose masak bebehari lepas... nak jugak buat entry kat sini, walaupun cuma guna yang instant, tapi memang sedap walaupun tidak kecukupan bahan sampingannya... makan nasi cam tu jer pun dah sedap sebab all the ingredients dah cukup dalam paste pack tu... senang keja kak rose kan..

 pack berasnya... vitagrain extra long praboiled basmathi rice... memang panjang2 nasiknya!

 paste untuk nasi tu... tapi kak rose tak buat pun sos tomato tu... sebabnya cuma tak de daun ketumbar tu. yang lain dah beli tapi tang daun ketumbar tu la pulak boleh tertinggal... adoyaiii... so be it la, nasi arab tanpa sambal sos tomato!

 close-up cara2 memask nasi arab di bungkusan paste tu... yang kuning kat bawah tu ialah pewarna untuk nasi tu... tapi yang ni kak rose masukkan sikit jer, so nasi arab mandhi kak rose tak la kuning sangat jadinya...

 empat ketul peha ayam yang besa2 ni kak rose rebus dulu, guna pc jadi ayam ni lembut sangat dan relai dari tulang macam kat kedai tu... resepi ayam ni kak rose amik dari blog citarawan kat sini... dah lembut, angkat dan toskan pas tu baru kak rose masukkan dalam periuk nasi selepas tuangkan pewarna kuning tu... (ni kes tak berapa nak rajin nak memanggang ayam tu... huhu) ayam tetap lembut dan keep warm masa nak hidang tu


mandhy chicken rice togel jer... tanpa apa2 dayang pengiringnya. anak bujang kak rose memang nak makan cam ni jer... no kuah nor vegetables pun boleh bertambah2 nasik!