Menu kak rose untuk gader gader dan makan makan semasa hari bersama2 mengacau bubur asyura dua minggu lepas... pun nak jugak tepek kat sini, hihi... sebenarnya masa ni kak rose bermalam di resort di batu feringghi, tapi kawan2 kat kawasan perumahan nak buat kacau bubur asyura ni... so ayam ni kak rose beli dan potong siap2 masa kat resort tu... pagi tu balik terus proses defrost, garam kunyitkan dan perap sekejap sebelum digoreng. dan sambil2 gotong royong tu sempatlah jugak sediakan menu ayam simple untuk lunch bersama kawan2 kat sini...
kak rose beli fillet jer, untuk nak memudahkan kerja... 4 kilo fillet ayam dah siap digoreng untuk next proses..kalau ikut resepi CMG tu takyah goreng dulu... tapi kak rose prefer yang macam ni.. resepi CMG yang kak rose buat dulu boleh tengok kat sini ya
tumiskan bahan2 yang di blend hingga garing dan wangi, masukkan kacang panjang dan bawang holland juga segala mak nenek perasa dan last sekali baru masukkan ayam, gaul sebati.... dah ready ayam fillet goreng kunyit simple ni..
tiga bekas tupperware ni.... Alhamdulillah, semuanya habis.
dan bermacam2 lauk yang dibawa oleh kawan2... kari ayam, ayam masak lemak ciliapi, daging goreng, lemak pucuk paku dengan keledek unggu, sambal dan ulam2 dan buah2an... kerabu pucuk paku+kerang tak dapat enter frame lak...
bubur asyura versi pantai timur yang hampir siap... terima kasih pada chef yang berasal dari kelantan. sangat terasa daging dan rempahnya. terima kasih sekali lagi...
Lanai Kijang
Monday, November 7, 2016
Sunday, November 6, 2016
Cracking wall...
nak mintak perhatian la tu kan... apa lagi masa musim hujan sekarang ni, as if tanah jadi lembut dan bertambah luas dia punya crack tu... sambil berbrisk walk keliling kawasan rumah tu, kak rose akan tengok perubahannya... walaupun sangat sedikit tapi lama2 akan jadi lebih luas cracknya kalau tak cepat ditangani...
dan crack di tanah jugak semakin nampak perubahannya... jangan lah tumbang runtuh pulak dinding pagar rumah ni....
dan crack di tanah jugak semakin nampak perubahannya... jangan lah tumbang runtuh pulak dinding pagar rumah ni....
Saturday, November 5, 2016
Gulai udang nenas
Menu lauk masakan untuk lunch hari Jumaat, gigih pepagi pergi ke rope walk untuk cari nenas ni. nasib baik jer ada jual yang jenis untuk makan, kekadang tu yang ada cuma jenis yang untuk semayang orang cina jer... kira nasib baik lah kak rose sbb dapat apa yang dihajati... tak rugi berlenggang kangkong ke rope walk tu...
gulai udang nenas in de making.... terlebih kuning la pulak, sbb ada banyak kunyit yang baru gali dari taman sekangkang semut kak rose tu... dan isi kunyit ni jernis yang beso2 ibu jari kaki tu...issshhhh... tu yang jadi terlebih kuning gulai kak rose... resepi kak rose amik dari sini, mekasih ya
Bahan-bahan:
1/2 kg udang
1 biji nenas madu yang kecil - sekiranya nenas biasa elok dicelur dahulu
1 batang serai
I inci kunyit
1 batang serai
3-4 biji cili padi
2 ulas bawang merah - x letak
1 kotak santan - kak rose suka guna santan fresh
Cara Penyediaan:

gulai udang nenas dan dilawankan dengan ikan masin memang beshhhh
Cara Penyediaan:
- Tumbuk atau mesin lumat bawang, kunyit dan cili padi
- Campurkan dengan sedikit air, masak hingga betul-betul masak
- Kemudian masukkan santan, asam dan serai biarkan mendidih
- Kemudian masukkan nenas
- Akhir sekali masukkan udang dan perasakan dengan garam dan gula
Friday, November 4, 2016
Bila ada sambal sadin leftover...
Asalamualaikum dan salam Jumaat penghulu segala hari buat kawan2 semua... semuga semuanya dalam Rahmat Allah hendaknya. dan hari jumaat rutin biasa kak rose pepagi ni tak sama macam weekdays lain, hari jumaat kak rose tak ber brisk walk, tapi selalunya kak rose akan baca Surah Al-Khafi berseorangan setelah en. asben g kerja... masih jugak teruskan kebiasaan masa duduk di shah alam dulu, walaupun kini cuma kesaorangan jer. Insya Allah, tahun depan kak rose akan dapat bersama kawan2 semula... doakan kak rose ya.. nanti boleh la buat lempeng cam ni untuk buat tangan lepas mengaji tu. makan ramai2 memang sedap kan...
walaupun kesaorangan kat sini, tapi makan2 pun nak jugak... sungguhpun cuma lempeng cicah sambal sadin leftover ni....meh kak rose kongsikan resepi lempeng nasi ni... makan ni boleh kenyang sampai tengahari..
Bahan-bahan

- 2 cawan nasi sejuk (nasi semalam)
- 3 cawan air
- 1 1/4 cawan tepung gandum
- Garam secukup rasa
- 2 camca besar minyak masak @ minyak zaitun
- Kuah kari atau sambal tumis sebagai pencicah
- Kisar nasi tadi bersama air, kemudian masukkan tepung, garam secukup rasa dan minyak masak, kisar lagi hingga rata dan sebati. Tuang dalam bekas dan biarkan sekejap.
- Panaskan non-stick pan, lenser dengan sedikit minyak. Ambil 1/3 cawan adunan lempeng, tuang ditengah2 pan, tuang perlahan dan biar ia merata sendiri. Masak dengan api sederhana hingga permukaan lempeng nampak pucat dan berlobang2.
- Berhati2 terbalikkan dan masak sekejap lagi hingga perang keemasan. Angkat dan laku kaedah sama untuk baki adunan, hingga siap. Hidangkan bersama kuah kari atau sambal tumis. Selamat mencuba.
Thursday, November 3, 2016
Alhamdulillah dengan rezeki Nya
Nasi goreng bodo bodo + daging goreng kunyit, menu paling senang buat yang tak rajin nak masak macam kak rose ni. nasib baik jer en asben jenis yang tak cerewet tentang makan, apa yang terhidang tu la rezeki hari tu... Alhamdulillah, memudahkan lagi kerja kak rose ... hihi
resepi daging goreng kunyit yang mudah...
Bahan-bahannya;
1/2 kg daging dipotong kecil dan nipis.
Sedikit kunyit
Sedikit garam
1 labu bawang besar-dihiris
1 biji cili besar- sedap lagi cili solok
*ada orang letak bawang putih- kak rose tak letak
Cara-cara

- Gaulkan daging dengan kunyit dan garam.
- Masukkan dalam kuali dan masukkan air hingga tenggelam dagingnya.
- Masukkan sesudu minyak masak-untuk lembutkan daging.
- Rebus hingga kering airnya (sambil2 tu rasakan dagingnya, kalau belum lembut tambahkan airnya lagi)
- Bila air dah kering, masukkan sedikit lagi minyak untuk menggoreng daging.
- Bila dah hampir garing, masukkan bawang yang dimayang serta cili potong.
- Siap!!
Wednesday, November 2, 2016
Tuesday, November 1, 2016
Ulundhu vadai
Salam 1 November, cepatnya masa berlalu kan. dan kita baru sambut deepavali kan... so kiranya ni kuih untuk sambutan raya tu la...we are malaysian, semua celebration kita rayakan sama2.. dan kuih2 cam ni pun sedap jugak sesekali makan... feeling feeling deepavali jugak! apa la yang kak rose merapu ni kan... tak kisah la kalau time tak deepavali pun bila terasa nak makan, kita buat jer la.. meh kak rose kongsikan resepinya...
Bahan
240 gm Kacang dhal / ulundhu
1 sudu besar Tepung Beras
1 sudu kecil Soda bikarbonat
8-10 helai Daun kari
1 biji Bawang Besar
4 biji Cili hijau dicincang
3 biji Cili merah dicincang
2 tangkai Cilikering digunting halus ( jika ingin pedas jika tak nak pedas cili kering abaikan )
3 sudu besar Air Panas
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara membuat
1.Basuh bersih kacang dhal dan rendam selama 4 jam atau sehingga lembut.
2.Kemudian kisar sehingga halus menjadi seperti pes. (kak rose kisar x lumat! huhu)
3.satukan pes kacang dhal tadi bersama bahan cincang, daun kari, tepung beras, soda bikarbonat dan garam dalam mangkuk adunan.Uli sehingga sebati dan masukkan air panas sedikit demi sedikit.teruskan uli.
4.Kepal-kepalkan dan bentukkan bulat , buatkan lubang kecil ditengah-tengahnya,lakukan sehingga selesai.
5.Panaskan minyak dan goring terendam sehingga doh bewarna kuning keemasan, angkat dan toskan miyak.

Subscribe to:
Posts (Atom)