Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, December 27, 2015

He is 23 today....

 Happy 23rd birthday untuk anak mama, the one and only.... walaupun dah 23 tahun but you are always and forever be my baby.... sayang mama dan ayah tak pernah berkurang buat busu... semuga menjadi anak yang berjasa buat mama dan ayah dan seluruh keluarga kita. semuga tahun2 yang mendatang akan membuahkan kejayaan yang diharapkan, kesihatan yang baik dan semua yang baik2 belaka...


 gadget yang sangat diidamkan, dan ayah hadiahkan sempena his 23rd birthday.... tapi belikan awal lagi, without his presence sebab dia masih di Melaka dan ni ayah beli di Penang. kaler of the phone pun pilihan ayah la... nak surprise la konon, so tak la tanya his choice of color...

 
  proud owner of an apple gadgets

dan lepas kami balik dari bercuti di Thailand, esoknya kami ke KL dan bergader2 dengan busu di KL pulak untuk sampaikan hadiah yang sangat dinantikan ni.... tak dapat nak celebrate birthday tu sbb  esoknya dah balik semula ke Penang.... amik gambo pun atas katil dalam bilik hotel je.cuma harapan mama dan ayah jagalah ianya baik2.... nanti busu balik Penang kita celebrate 3 of us punya birthday yang berjarak seminggu between us...

Tips di dapur

 Tips dari kawan2 di fb, kak rose kongsikan kat sini lak untuk rujukan dimasa2 perlu... terima kasih sesangat pada yang sudi berkongsi petua2 cam ni kan... kadang2 yang simple macam ni pun kita tak peka, semuanya ambil mudah... so dengan petua ni, ia akan memudahkan dan menambah pengetahuan kita kat dapo terutamanya untuk diri sendiri ni.... semuga bermenafaat buat semua....
















Saturday, December 26, 2015

Lontong, tak pernah jemu!

 menu yang tak pernah menjemukan buat kak rose... dan yang ni kak rose buat masa gader2 untuk majlis perpisahan kawan2 yang akan berpindah ketempat baru hujung tahun nanti... ya la masing2 ikut suami yang akan bertukar tempat kerja, so buat lah jamuan ni awal2.... bolehla makan2 pot pet n ucap salam perpisahan... muga nanti akan dapat jumpa lagi, Insya Allah. tapi sayang, puas bergader2sampai sekeping gambar pun tak ingat nak capture..

 kuah lodeh in the making...

resepi kuah lodeh ni kak rose amik dari blog CMG sebagai panduan, tapi ada jer yang kak rose tak ada bahan tu... serai dan lengkuas kak rose x letak... so seadanya je..... dan kak rose buat banyak untuk kawan2 tapaw bawak balik... walaupun cuma lontong dan sambal tumis, tukang masak sangat suka hati bila kawan2 suka dengan menu ini... selain dari kek pisang dan puding roti marble... terima kasih kawan2 yang tolong habiskan... memudahkan nak berkemas nanti. kak rose kongsikan kat sini resepi yang complete dari CMG ni ya...

resepinya...

BAHAN KUAH LODEH :-)
5 tangkai kacang panjang, hiris serong
1 biji sengkuang kecik, kupas dan potong jejari
3/4 batang lobak merah, kupas dan potong jejari
1/4 bahagian kobis, hiris
2 keping fucuk, kerat kecil dan rendam hingga lembut
2 keping tempe, dipotong dadu
2 keping tauhu, dipotong dadu
1 cekak soo hoon, dipotong pendek
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan 
(kak rose tambah udang segar jugak)
1 kiub ikan bilis "Maggi" (optional)
2 batang serai, dititik (kak rose x de)
1/2 inci lengkuas, dititik (x de jugak)
1 biji bawang besar, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
1/4 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
2 cawan santan pekat
5 cawan santan cair

BAHAN LONTONG :-)
Nasi impit, didadu
Sambal tumis @ Kuah kacang
Serunding
Telur rebus, kupas dan belah 2
(serunding n telo pun kak rose tak letak... cuma sambal tumis jer) 
 
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. KUAH LODEH :- Udang kering ditumbuk, masukkan ke dalam periuk bersama2 lobak merah, sengkuang, serai, lengkuas, bawang besar, bawang putih dan tempe. Tuang santan cair, masukkan serbuk kunyit, kacau rata dan jerang atas api hingga mendidih. Masukkan fucuk, kiub ikan bilis, kacang panjang dan kobis, biar mendidih perlahan, jika kuah kurang tambah air. Masukkan soo hoon dan tuang pati santan, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Biar mendidih perlahan selama 2-3 minit sambil dikacau sekali sekala. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  2. UNTUK LONTONG :- Isi nasi impit secukupnya dalam mangkuk sesuai, cedok kuah bersama isi2nya sekali, letak kan telur dan hidangkan bersama sambal tumis atau sambal kacang. Sedap dimakan sebagai sarapan pagi, nak melantak waktu petang pun tak de sapa nak larang!!!!.....

Thursday, December 24, 2015

Keoy teow goreng

 Asalamualaikum dan salam Maulidur Rasul buat kawan2 semua... dihari cuti ni meh la kawan2 kita jamu keluarga dengan kuey teow goreng ni... jarang sekali kak rose buat cenggini, sllunya kalau ada kuey teow buat jer yang pebret... yang berkungfu tu la... tapi kali ni nak rasa yang goreng pulak la..

resepi kak rose cnp dari blog Azie Kitchen... sedap jugak walaupun dengan bahan apa yang ada jer... masa beli kuey teow ni cari daun kuchai, tapi tak de lak... so goreng jer dengan bahan seadanya...

Kue Teow Goreng 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 peket kuey teow - dilerai-lerai
200 gram udang - buang kulit
200 gram isi kerang (kak rose x de)
2 keping fish cake - hiris nipis
2 ikat kucai (pun tak de... )
100 gram taugeh
4 biji telur
Bahan tumbuk:
5 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
2 sb cili kisar
Bahan Sos:
4 sb sos tiram
4 sb kicap manis
4 sb kicap cair
2 sb sos Ikan 
Sedikit minyak bijan Sedikit soya sos 

Cara cara:
Dalam kuali panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dengan cili kisar dan biar sampai cili cukup masak. Masukkan udang dan dikacau sampai udang masak.

Masukkan semua bahan sos dan gaul rata. Masukkan kue teow diikuti dengan kucai dan taugeh dan kacau lagi.

Ketepi sedikit kue teow dan masukkan telur. Dikacau kacau sehingga agak mengeras, digaul rata dengan kue teow. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.

Wednesday, December 23, 2015

WW: MMA

 beli beras dapat kopi ni...

logo halal terpampang... tapi E471 jugak kat situ! ishhhhh!!!!
Amik la kau cik tong!

Tuesday, December 22, 2015

Apam balik

 lama sungguh tak buat apam balik ni... jagung kerim manis dan kacang pun dah goreng, tapi bila tengok baking powder pulak tak de stok.... dua kali kak rose g tesco, kat situ pun tak de stok... yang banyak double action powder jer... so memang terbantut azam yang mulanya berkobar2 nak buat apam balik ni... dan akhirnya dapat jugak beli masa kak rose g KL ari tu, singgah kat pasaraya yang kat Sogo tu... jauhnya nak dapatkan baking powder ni kan, kena naik flight lagi!... dan akhirnya jadilah apam balik kak rose.

close-up.... suka dengan inti yang banyak...
melimpah ruah jagung manis, kacang tumbuk n butter... yummy!

 resepi yang kak rose guna setiap kali buat apam balik... mekasih Ms Oreo for the superb recipe ni... satu adunan ni kak rose dapat 4 keping apam balik yang lembut gebus gebas ni.

bahan2 nya
  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ cawan gula
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1 sudu teh baking powder
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 1½ cawan air
  • Sedikit mentega/planta untuk mengoles
  • Bahan tabur : Kacang tanah yang sudah dikisar
  • (kak rose tambah jagung manis n butter dalam tu...best!)

Cara-cara

  1. Mesin gula bersama telur hingga kembang,
  2. Masukkan soda, bicarbonate, air dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan mesin lagi sehingga sebati. (ADUNAN SIAP)
  4. Oleskan planta di permukaan kuali & tuangkan 1 senduk adunan tadi, kemudian nipiskan.
  5. Biarkan seketika & sementara menunggu masak, taburkan bahan tabur di atas.
  6. Apabila cukup masak, angkat dan dilipat DUA sebelum dipotong. Selamat Mencuba!

Monday, December 21, 2015

Sira pisang

 sira pisang tanduk yang best... tapi sayangnya pisang dah nak over ripe... so nampak sompek sana sini bila dah kena rebus dalam gula tu... tapi walaupun sompek pisang ni tetap kenyal dan tak lembik dalam sirap tu. sedap makan sejuk2 sambil menghirup sirap yang manis untuk tambah lemak...

 jauh pisang ni datang, siap naik flight bagai baru sampai kat Penang ni... actually pisang ni kak rose bawak dari kampung hari tu... seharian dalam beg, sampai sini dah masak kuning... so cepat2 la kita buat siro nih.

Baham-bahan:

1 ulas pisang tanduk
6 sudu gula
secubit garam
2 helai daun pandan
1 cawna air
sedikit pewarna kuning

cara2:

- pisang dihiris
- jerang/didihkan atas dapur dan kacau supaya gula dan pewarna kuning bercampur rata
- biarkan hingga gelegak.
- masuk pisang, biar hingga pisang masak n lembut. siap.
- boleh hidang dan makan..