Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, May 19, 2013

Dapat kuali free!

 salam hari minggu semua.... suke, suke sangat hati sbb dapat kuali. free jer, tp sbenarnya mana ada yang free dalam duani ni kan... ada jugak yang buat lawak, nnti nak g opis kecik yang kat soping2 komplek tu pun kena gst. adoyai la kan!!!!! tp kuali ni mmg kak rose dapat free sbb beli menda kat bawah ni... kira free ker cam ni?

 cantik kuali non stick ni n berat, tp entah bila nak meresmikannya... macam tau je dak amoi tu yg kak rose suka kumpul kuali, yg masih dalam kotak tersimpan dalam rumah kolong p ramlee pun ada lagi. tp sbb dapat free, mmg suka sangat la kan...

 gigih dia ni menebuk lubang pd dinding yg keras.... habuk la pulak satu rumah!

actually x free pun sbb bli menda ni... ya lah musim yang sangat panas ni, mmg x selesa sangat duk dalam rumah yang berbahang... lain lah yg duk kat opis, memanjang ada ekon, kesian kak rose yg opisnya cuma kat rumah, eh dapo lah sebenarnya.... bahang panas memanjang!

 almost done....empat orang buat keja, so cepat je siapnya...

 so semalam tengahari buta panas2 tu kami g mencari....few kedai g tanya, tp kan ken tunggu nak pasang sampai hari selasa lah, ada yg skena tunggu sampai hari rabu... penuh saja appoinment tukang pasang air-cond ni! untung buat bisness pasang air-cond dimusim panas2 nih! n then satu kedai ni boleh pasang hari tu jugak, terus en. asben bli kat situ n pasangkan kat ruang tamu.... dapat jugaklah merasa sampai kedapo... tapi ttp x rajin nak masak. camner tu?... ni pun tengah tunggu dia balik keja (eh, hari minggu pun ada urusan keja taw!) nak g makan kat luar pulak... hari minggu, dapo pun nak cuti jugak kan..

 almost ready.... selesa lah sket duk kat ruang tamu yang sekangkang kera tu....

 dan lihat lah donia.... pepasang tingkap yang belum siap.... tukar cermin n daun tingkap, pas tu terbiar, plaster cement belum ditampal... wahai encik kontrektor, cepatlah siapkan keja ni, jenuh dah menunggu!

Acson 1.5hp, memula decided nak pilih York, tp dak amoi tu kata Acson ni kembar pada York tu, exactly sama cuma yg berbeza ialah nama n harga.... bila dah siap pasang, kak rose pun tengok jiran sebelah rumah yg pasang York, mmg exactly sama bentuknya..... so dengan pilih Acson ni dapatlah jimat 70 hengget!

Friday, May 17, 2013

Bingka beras gula putih

 dah nak tengah malam pun nak jugak buat entry juadah minum petang tadi... x kiash la kan... sendiri masak, sendiri amik gambar n sendiri makan... pas tu buat entry kat sini... resepinya cilok dari blog Ummi. mekasih ya.

Bahan:- (loyang 8x8x3 inci)
  • 1500 ml santan (dari 2 biji kelapa) (*akak guna santan kotak 1000 ml + 500 ml air)
  • 250 gm gula pasir (akak kurangkan 235 gm saja)
  • 250 gm tepungberas (cap Gajah)
  • 50 gm tepung Hoen Kue (warna putih)
  • 1/2 st. esen vanila
  • 1 sk. garam
  • (kak rose buat separuh dari adunan ni)
Cara-Cara:-
  1. Satukan kesemua bahan dan kacau hingga sebati dan ditapis.
  2. Masak adunan hingga pekat dan berkilat (hendaklah dikacau sentiasa supaya tidak berkerak).
  3. Tuangkan aduann ke dalam loyang yang beralas daun pisang atau setakat disapu minyak aje.
  4. Bakar dalam oven dengan api grill dulu hingga permukaan kuih garing sikit atau berkulit, kemudian bakar dengan api bawah hingga masak pada suhu 180C lebihkurang 30 minit. (*note - akak bakar 30 minit api atas (grill), then 30 minit api bawah sj, then 10 minit lagi api atas n bawah)
  5. Biarkan kuih benar2 sejuk baru dipotong dan dihidangkan. Kuih ni agak lembik ketika masih panas dan akan keras sedikit bila telah sejuk tapi memang lembut bila dimakan.

Rahsia Surah Al-Kautsar

 Asalamualaikum dan salam Jumaat yang segar n sejuk pagi ni.... dan dipenghulu segala hari ni kak rose nak sharekan artikel yang kawan kongsikan kat fb.... untuk renungan kita bersama dan semuga kita mendapat segala kebaikkan dari mengamalkannya.....
 alangkah indah rahsia ALLAH
RAHASIA SURAH AL-KAUTSAR>>>
BISMILLAHI RAHMANI RAHIM

INNA A'TTOINA KALKAUTSAR 
FADSALLILI ROBBIKA WANHAR
INNA SYAANIAKA HUAL AB TAR

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di makkah dan bermaksud sungai di surga.kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati nabi muhammad kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi yaitu anak lelakinya ibrahim dan bapak saudaranya abu thalib.

Berbagai khasiat terkandung di dalam surah ini boleh di amalkan:-

♥baca surah ini ketika hujan turun dan berdoa, mudah-mudahan allah s.w.t memakbulkan doa kita.

♥jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosokan di keher, insya allah hilang dahaga

♥jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bangkak sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata

♥jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x muda-mudahan allah s.w.t bagi ilham kepada kita dimana letaknya sihir itu

♥jika membacanya 1, 000x rezeki kita akan bertambah

♥jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan sholat

♥jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, allah s.w.t akanmemberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi

(ADA 2 PILIHAN UNTUK ANDA)
1)biakan didalan ini anda tanpa bermanfaat untuk orang lain.
2) anda sebarkan pada semua kenalan anda.

Rasulullah bersabda,
"Barang siapa menyampaikan (1) satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia)
, dia akan tetao memperoleh pahala.
"
 copy & paste
RAHASIA SURAH AL-KAUTSAR>>>
BISMILLAHI RAHMANI RAHIM

INNA A'TTOINA KALKAUTSAR
FADSALLILI ROBBIKA WANHAR
INNA SYAANIAKA HUAL AB TAR

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di makkah dan bermaksud sungai di surga.kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati nabi muhammad kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi yaitu anak lelakinya ibrahim dan bapak saudaranya abu thalib.

Berbagai khasiat terkandung di dalam surah ini boleh di amalkan:-

♥baca surah ini ketika hujan turun dan berdoa, mudah-mudahan allah s.w.t memakbulkan doa kita.

♥jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosokan di keher, insya allah hilang dahaga

♥jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bangkak sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata

♥jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x muda-mudahan allah s.w.t bagi ilham kepada kita dimana letaknya sihir itu

♥jika membacanya 1, 000x rezeki kita akan bertambah

♥jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan sholat

♥jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, allah s.w.t akanmemberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi

Rasulullah bersabda,
"Barang siapa menyampaikan (1) satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia) dia akan tetap memperoleh pahala.

Thursday, May 16, 2013

Kuih kaswi

 kuih tradisional yang simple n sedap sangat...tp gula melaka yg kak rose guna ni x nampak gelap....jadila kuih kaswi yg pucat je sudahnya! apa pun, mmg sedap dan boleh makan berulang2...kuih kaswi untuk minum petang semalam.... resepi dari Yatiememories, mekasih ya. nak tengok kejadian yg sangat cantik leh g kat link yg kak rose dah bagi tu ya..

Bahan-bahan :
  • 1 cawan gula pasir*
  • 1 cawan gula merah*
  • 1 1/2 cwn air*
  • 3 helai daun pandan*(*di masak..)
  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn tepung ubi
  • 1/2 cwn tepung beras
  • sedikit garam
  • 3 sudu besar air kapur
  • 3 cwn air
  • Loyang atau acuan kuih lompang yang disapukan dengan sedikit minyak masak
  • Kelapa parut + garam

Cara-cara :
  1. Gunakan 1 1/2 cawan air untuk memasak gula pasir, gula merah dan daun pandan.
  2. Masak hingga gula larut. Ketepikan dan sejukkan dulu.
  3. Ayak ke semua tepung dan masukkan 3 cawan air ke dalam bancuhan air gula.
  4. Masukkan air kapur dan kacau sebati.
  5. Tapis air gula ke dalam tepung - Gaul rata.Tapis bancuhan tepung untuk mengelakkan dari berketul-ketul.(Blend semuanya pun senang..)
  6. Kacau seketika di atas api yg kecil supaya kelihatan agak pekat tapi jangan sampai bertukar menjadi kanji.
  7. Sapu loyang/acuan dengan minyak masak supaya kuih mudah dikeluarkan.
  8. Kukus loyang/acuan dahulu tanpa isi.
  9. Tuang bancuhan tepung ke dalam loyang dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
  10. =>Kalau guna acuan lompang/acuan kecil, masa kukus adalah 15 minit.
  11. Bagi yang mengukus di dalam loyang, kuih akan kelihatan lembik dan berair sedikit.
  12. Ambil sehelai kitchen tissue dan letakkan di permukaan kuih agar air itu dapat diserap.
  13. Sejukkan kuih baru dikeluarkan dari acuan.
  14. Boleh dihidang dengan kelapa parut bercampur sedikit garam yg telah dikukus juga seketika supaya tahan lama

Bekpes dengan lempeng pekak

 wahai lempeng yg sedap, kenapa kau pekak?

Asalamualaikum dan selamat pagi semua....memulakan pagi hari dengan sarapan jawa yang enak....pada  tekak jawa kak rose ni la. ni pun sbb dah kehabisan roti dan x ingat nak bli lak...sudahnya pagi2  hari balik dari brisk walk terus wat lempeng pekak ni. kenapa nama dia lempeng pekak tidak lah ku tahu melainkan kena tanya dengan tuan punya resepi asal iaitu CMG yg pemes tuh. resepinya..... tp kak rose dah tambah dengan sebiji telor, masih kah nama dia lempeng pekak? entah ler!!!! jom sarapan dengan lempeng pekak+susu omega+nescafe o x dak gula. Bismilahirohmannirohim....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum
1/4 camca teh baking powder (optional)
1 1/4 cawan air
2 camca besar minyak masak
Garam secukup rasa
Sebiji telor - yg ni kak rose tambah
Sambal tumis sebagai pencicah

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Satukan semua bahan diatas kecuali sambal tumis, kacau rata dengan whisk, atau masukkan dalam blender dan kisar halus. Biar 10 minit.
  2. Panaskan non-stick pan, lenser sedikit minyak masak, mat cuma sapu permukaan pan tu dengan paper towel bersih yang dicelup dalam sedikit minyak. Bila panas, tuang 1 senduk bancuhan lempeng, ratakan.
  3. Bila bahagian tepi nya kelihatan mengecut dan renggang dari pan, berhati2 terbalikan dan masak hingga perang keemasan, pada kedua2 bahagian. Alih dalam pinggan dan lakukan kaedah yang sama untuk baki adunan. Hidangkan bersama sambal tumis....

Wednesday, May 15, 2013

WW: oh stoberi ku!

kau menyorok dalam fridge atau aku yg terlupa? sebiji pun x dapat merasa!

Monday, May 13, 2013

Dessert penyejuk tekak...

 salam dan selamat petang kepada yang sudi datang kat sini... cuaca yang sangat panas ni membuatkan tekak nak makan yang sejuk2 jer... tp air namo air sejuk ya... cukuplah dengan air masak plain water gitu... kena minum air banyak2 dimusim panas cenggini kan...tp bila makan nak jugak yg sejuk2, barulah terasa nyaman kat tekak.... ni kak rose ler, yg terasa suma nak makan... dan bubur som som ni kak rose buat beberapa hari lepas.... mmg heaven bila dapat makan menda yg sejuk nyaman ni. resepi kat sini ya.

 dua portion ni sekali ngap je buat kak rose....mmg bertambah2 lah bila dapat menda yg kita suker kan... sementelah air gula melaka tu mmg ada banyak lagi . so semalam kak rose projekkan dessert yg menyejukkan ni jgak... semuanya berlemak n manis, dan itulah juga yang menjadi kegemaran... sejukkan dalam fridge n ready untuk dinikmati. dessert pebret masa bulan posa nnti jugak ni..

 kak rose guna resepi yg dah banyak kali buat...kat sini.

puas dapat nikmati semangkuk besor sagu gula melaka yang sejuk2 ni.... walllaaahhhhh
jangan tergoda ya pada yang berpuasa tu.... 
pas ni terasa nak buat cendol lak, adoyaiiiii!