Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, February 6, 2011

Beef lasagna

ni entry dah ketinggaan hari.... sebenarnya buat ari tu sebelum balik ke JB lagi tapi x sempat nak buat entry, so gasak je la kan bila2 nak postkan kat sini.... sendiri punya blog, suka suki je nak buat entry kan? .... tp x pe kan, kita dah buat nak jugak tepek kat sini.... dah 2 kali buat tp masih x dapat buat macam orang lain buat.... cantik gitu! ropa x jadi masaalah kan....( nak sedapkan ati sendirik la tu) resepinya kak rose amik kat rumah hana juga pernah buat dulu kat sini....tp sekali lagi kak rose tepek.....

Bahan-bahan
  • 8-10 keping kulit lasagna
  • 300g daging cincang
  • 1/2 biji bawang besar holland - cincang
  • 2 ulas bwg putih - cincang
  • 1 tin sos spaghetti original (kak rose x de)
  • 3 sudu besar tomato puree@ 2 biji tomato cincang
  • 1/2 biji carrot - potong dadu (optional)
  • 3 biji cendawan butang - hiris nipis
  • 1 sk oregano
  • Air
  • minyak zaitun
  • garam, gula secukup rasa
  • keju mozarella secukupnyer
UNTUK SOS PUTIH
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 1/4 cawan susu segar
  • 1/3 cawan keju pilihan
  • 3 sudu besar butter
  • lada hitam, garam
Cara-cara
  • Rebus kulit lasagna instant mengikut arahan peket. (hana rebus dengan sedikit minyak) Tapi ada jenis lasagna yg tak perlu direbus. Kemudian ketepikan.
  • Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau. Masukkan daging. Kacau hingga daging bertukar warna. Masukkan pula tomato puree@tomato cincang. Masak hingga tomato hancur. Kemudian masukkan sos spaghetti, carrot, mushroom, oregano, garam dan gula secukup rasa. Masukkan sedikit air jika kuah terlalu pekat. Masak hingga mendidih dan ketepikan.
  • Utk membuat sos putih , satukan semua bahan dan kacau di atas api yg kecil hingga pekat.
  • Sediakan mangkuk yg bersesuaian utk membakar. Susun kulit lasagna, kemudian sapu rata sos daging... sapu pula sos putih dan taburkan keju mozarella (jika inginkan rasa cheese yg lebih pada setiap lapisan. Jika tak nak ltk pong tk mengapa.) Lapiskan lagi dengan kulit lasagna dan ulangi proses tadi hingga habis. dan last skali adalah sos putih. taburkan keju dan sedikit daun parsley jika suka.
  • Bakar selama 40-60min atau hingga permukaan lasagna keperang2an. Boleh dimakan sejuk atau panas.

udah abeh ya....

Ticket without the bus!

ada tiket tp x de bas? hah pelik ker?.... ini lah yang terjadi pada busu hari ini.... pukul 12 tengahari kami dah terpacak tengah panas menunggu di stesen sek 17, tengok punyalah ramai orang yg berada didepan kaunter yang sama. rupanya mereka pun menunggu bas yang x kunjung tiba dan kaunter pula hanya di manage oleh seorang budak kecik dalam lingkungan umur 10 tahun! bila kak rose tanya bas yg sepatutnya bertolak jam 12.30 dia hanya jawap x tau, orang jaga kaunter dah keluar, x de dalam... makinlah geram dibuatnya! so tunggu lagi... menjelang pukul 1.00pm dia kata bas lewat sikit akan sampai pada pukul 1 lebih... ok tunggu lagi. sampai kul 2 pulak, masih dalam perjalanan..... huh?

tapi bila kenangkan yg penumpang sepatutnya bertolak pada jam 9.30 pagi pun masih menunggu bas yg x nampak bayang, korang semua boleh bayangkan apa akan jadi pd bas yang sepatutnya bertolak pada 12.30 ni.... so.... at last bas yg 9.30pagi sampai pd jam 1.00 tp sbb ramai yg dah fed-up menunggu dan asked for refund jadi bila bas sampai banyak tempat yg dah kosong.... maka menjerit2 lah orang kaunter tu cari penumpang.... sementara nak penuhkan penumpang, pegawai JPJ pulak datang buat inspection pd bas.... tayar pulak dah botak dan nampak urat2 besi.... kena saman lak dan x leh jalan sehingga ditukar tayar yg baru. tunggu lagi!!!! so sampai kak rose balik pd jam 3.00pm bas yg 9.30 td belum tukar tayar dan x taulah boleh jalan ke tidak!

so balik pd busu punya citer, x dapatlah balik ke kolej hari ni... terpaksa ponteng kelas esok. yalah sepatutnya bertolak pd jam 12.30 tp tunggu sampai 3pm pun masih x nampak bayang bas. mintak refund dan cari bas lain.... so akan bertolak pada esok pagi jam 10.30 pg. harap yg ni x de masaalah lagi lah! kalau naik bas lewat sangat dan sampai di AS dah lewat malam akan ada kepayahan nak cari transport untuk ke kolej. maklumlah kolej jauh dari pekan dan transport mejadi satu kepayahan disitu..... harap pihak kolej akan faham dengan kepayahan transport masa musim cuti ni.

so kepada pengusaha bas perjalanan jarak jauh ni, sila lah pastikan bas ada dengan keadaan yg sempurna untuk perjalanan yg dicetak dalam tiket tu.... banyak kali dah berulang kejadian yg sama seperti ini tp macam x belajar from the lesson... nak untung lebih tp yg dapat rugi jer!

Selamat pengantin baru Anwar n Azizah

salam semua..... masih bercuti Tahun Baru Cina ke? ya lah masa musim cuti ni ramai yang melangsungkan perkahwinan termasuklah anak buah kak rose yg ni... (nama pengantin macampemimpin PKR pulak kan..... kebetulan jer.... ) Azizah yang kami biasa panggil Kak Chik telah selamat melangsungkan hari bahagianya semalam bertempat didewan perumahan perumahan awam Larkin JB.... berhari2 hujan tetapi semalam cuaca sangat elok... Alhamdullilah semuanya berjalan lancar. Tahniah buat Bang Mat dan Kak Siros yang menerima menantu buat kali ke empatnya....

semuga bahagia berpanjangan buat kak chik n anwar

lepas persandingan pengantin kami terus cabut balik ke Shah Alam, takut kalau lewat sangat nnti jalan jem lagi parah kan..... jadi kami bertolak dalam kul 3pm gitu.... sepanjang perjalanan memang banyak kereta bertali arus tp masih ok lagi.... bila sampai dekat dengan persimpangan Pedas Linggi terus je macam parking ditengah highway.... terus terberenti, ingatkan ada accident ke? nasib baik x de, tp mmg keta banyak dan hujan lebat, perjalanan jadi perlahan sangat.....its take 1 1/2 hrs dari persimpang pedas ke persimpang seremban. huh! nasib baik pas tu jalan a bit clear... Alhamdullilah kami sampai rumah tepat waktu maghrib. Ni nak g antar busu naik bas balik ke Pendang pulak.... kali ni x dapat nak antar sbb ayahnya dah x dapat sambung cuti lak!...

Thursday, February 3, 2011

Day out kami....

day out kami anak beranak semalam... x de g mana pun cuma melayan anak yang baru balik dari kolej dan nak makan lamb chop lagi... x puas2 makan. so bawak dia g makan.... mama dan ayah pun tumpang sekakilah.... eh, macam reunion dinner masa cny pulak kan cuma xe de la yee sang dan yammmmm seng bagai..... kepada kawan2 yang menyambut CNY kak rose ucapkan Xong Xi Fa Chai dan pada yg lain selamat bercuti panjang la kan.... jom layanzzz gambar makan2 semalam.....

appetizier..... salad garden, rojak ayam dan mushroom soup.

the drinks..... apple juice yg nampak cair jer, soursop juice n kedondong lagi...

yang diidamkan sangat.... nz lamb chop yg sedap ni

seafood carbornara.... rasa yang sangat mild. macam ada yg kurengggg jer...

lamb shank... portion yg sangat besarrrrr.... macam tuk 2 orang makan!

dessert yang sangat heavy....double trouble scoops, choco molten dan ais kacang

tukang bayar dan tukang makan sedang menikmati hidangan....tukang amik gambo je x de!

Meinan baru...

dah tua2 dapat alat meinan baru? apa salahnya kan.... semalam pas balik dari makan2 tu singgah kat tesco nak bli sikit barang2 dapur.... so kak rose ngan anak g kat bahgian sayur n wet market tu.... abang sendirian berhad g pusing2 nak tengok2 scanner katanya.... last2 bila jumpa balik dia kata amik scanner n air kotak kat kaunter nnti ya.... eh dah bli pulak? murah je katanya... 3 in 1 lagik..... print, scan n copy. mmg sangat berguna kalau ada gambar lama yg dulu tu bolehlah scan dengan adanya meinan baru ni.... nntilah nak cuba guna ni.... agaknya gambo yg dulu montoks2 tu boleh magik jadi selim melim x? eh ni bukan photoshop lah!...

hasil pertama meinan baru itew..... 10 tahun dulu.... dua kawan karib baru lepas kena potong.... mama sedang memujuk budak yg nakkan gameboy masa tu jugak dan ibu sedang memangku budak pengsan kerana terdengar kawan yang menjerit2 ... atok! tolong tok!... padahal atok ada kat kg. masa tu. hi hi hi..... lucu kan kalau nak ingat balik.....sweetnya kenangan itu!

dan ada pulak free gift ni..... 24 cans sprite lagik.... sapa nak can drink x sedap nih?

Wednesday, February 2, 2011

Cokelat ubat?

cokelat ubat? macam x caya jer kan bila makan cekelat boleh jadi ubat? tp itulah yg cik google carikan seperti dalam blog Makcik Rehan yang anaknya sangat suker makan cekelat.... sampai mak dia nak kena sorok kalau ada cekelat dalam peti ais. aci ke cam tu? sebenarnya cekelat ni kak rose kirim kat kawan yg baru balik dari Langkawi... (harga langkawi leh la bli kalau jkat sini mintak mahap je la kan....) so banyakla stok. and since makan cekelat boleh jadikan ubat untuk lowering LDL cholesterol n juga reduce high blood pressure, haruskah kak rose makan banyak2 macam Mencah tu?..... tu sendri mau ingat la kan....

Rehan, kak rose tumpang copy data penyedap hati tu nak tepek kat sini..... mintak izin dan terimakasih ya.

1. The chocolates reduce high Blood Pressure.
2. Help in decreasing tiredness, aging effects and sleepiness.
3. Chocolates are best in giving boost to the moods. Eases the symptoms of premenstural.
4. It can avoid the damage of cells.
5. Helpful in improving and balancing the blood sugar levels.
6. Eating a few squares can decrease the risk of heart attacks.
7. A person having chronic fatigue syndrome after eating 1.5 oz of chocolate feels easiness.
8. It is beneficial in lowering the LDL cholesterol and rising the HDL cholesterol.
9. It increases the metabolism of the blood sugar in one's body which further reduce the chances of diabetes.
10. Theobromine component of cocoa is effective in giving an ease to a persistent cough as it open the airways.

wahai cik google, cekelat ini kah yang menjadi ubat tu atau hanya dark chocolate jer? kalau ya abis lah kak rose x leh makan stock ferero roche n the hershey kisses nih! adoyaiiiii...... banyak info kalau nak baca ttg cekelat ni.... leh tengok kat sini....
http://ezinearticles.com/?10-Benefits-of-Eating-Chocolate&id=3511181
http://www.suite101.com/content/the-health-benefits-of-eating-chocolate-a234429
http://healthmad.com/nutrition/nine-health-benefits-of-eating-chocolate/

banyak lagi source kalau nak baca....sila lah carik sendirik ya... kak rose nak g lunch kat Lanai Kijang.

Tuesday, February 1, 2011

Bubur nasi ayam

selamat bercuti kepada yang menyambut hari wilayah.... tp masak2 x de cuti2 kan, jadi oleh kerana nak melayan tekak dan lelangit yang sakit hari ni masak bubur nasi saja.... (x cukup minum air ke lelangit jadi bengkak? camner nak minum air bebanyak hari asik hujan dan sejuk memanjang...... alasan kan?) menu untuk orang kurang sihat yang juga sakit kepala dari semalam lagi. pagi ni dah telan 2 biji panadol barulah ok sikit. kalau tidak nak mereng rasa kepala nih.... mereng pun tetap nak makan jugak kan..... resepinya kak rose amik kat Myr oleh che'iza, mekasihya...

Bahan-bahan ( 3-4 org )
  • 1 1/2 cwn beras (lbh kurang 250gm)
  • 1 1/2 inci halia di ketuk / titik (kak rose racik halus2)
  • 2 sk serbuk pati ayam / 1 kiub pati ayam
  • 300gm isi ayam / 1/4 ekor ayam
  • sedikit garam
  • 1 liter air
  • * GARNISH *
  • lada merah
  • daun bawang n daun sup
  • sedikit mninyak bijan
  • * AKSESORI TAMBAHAN *
  • ikan bilis n kacang digoreng
  • lada jeruk (kak rose guna cili api dalam kicap cair)
  • telur masin (x letak)
  • (kak rose buat separuh je dari bahan2 diatas)

Cara-cara

  1. Rebus ayam hingga empuk. Keluarkan ayam dan toskan airnya. Air rebusan ayam jgn dibuang.
  2. Basuh beras bersih. Masukkan beras dlm periuk lebihan air rebusan ayam. Masak beras hingga kembang, masukkan air sikit-sikit. ** Masak bubur ikut suka lembut mcmmana kita nak
  3. Bila bubur hampir masak masukkan halia, pati ayam dan sedikit garam.
  4. Bubur bolehlah dihidang dgn ayam rebus tadi (siat kecil), bawang goreng, lada merah n daun sup. Titiskan sikit dgn minyak bijan. sedap mkn ngan ikan bilis n kacang goreng, cili jeruk dan telur masin..siap....
  5. Bubur mcm simple tp rasanya agak berbeza dan unik... Bubur ni sgt popular di sebuah kedai jual bubur kat Jalan Sultanah Batu Pahat....
dan untuk orang yang sihat kak rose buatkan nasi goreng sempoi ni.... siaplah lunch kami berdua untuk ari ni.... Alhamdullilah kenyang.