Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, April 23, 2010

Ikan cencaru sumbat kelapa

selamat tengahari semua.... dah lunch ke? ari kak rose buat ikan cencaru sumbat sambal kelapa....sebenarnya semalam g carefour nampak ikan ni fresh sangat....kak rose pun beli lah.... 2 ekor je.....sebab ikan siakap dan ikan bawal yang beli ari tu pun ada lagi, jadi semalam cuma beli ikan ni udang dan ayam jer.... sesekali buat ikan bakar sumbat ni pun sedap gak....ari tu ada beli ikan sumbat ni di gerai makan di SA ni, dah la mahal (mahal ke rm5 seekor?), hampeh x sedap langsung... buat sendiri barulah puas hati nak makan...tapi kenalah merajinkan diri....jom tengok resepi yang kak rose buat ni...

1 ekor ikan cencaru
3 sudu besar kelapa
3 biji cili padi* (nak pedas leh tambah lagi)
1 batang serai (potong halus)*
1 biji bawang putih*
1 biji bawang merah*
sedikit asam jawa, garam n perasa jika suka
sedikit hirisan daun kunyit dan daun limau purut

Ikan dibelah belakang dan cuci bersih
perasakan dengan garam kunyit
tumbuk semua bahan bertanda * dan gaul rata dengan asam dan daun kunyit n limau
bakar atas kuali jer....sambil balik2 kan biar masak sekata
dah siap.... hidang dengan potongan tomato dan zucchini....ermmmm sedap.

Thursday, April 22, 2010

Pengat labu

Selamat petang..... jom kita minum petang dengan pengat labu ni.... panas2 nih.... tapi sayang labu ni texture nya tak berapa halus....frustla jugak sebab tak pandai nak pilih masa beli tadi.....masa tengok tadi macam ok jer tapi bila masak cam ni lak jadinyer.... ada sapa2 tau tak macam mana nak pilih labu yang halus isinya? mai la kongsi dengan kak rose.... ari tu masa beli buat kuih bakar tu bukan main halus lagi isi dia....tapi yang ni....apa pun dah jadi pengat ni makan je la kan.... sayang pulak kalau tak makan....kak rose bubuh sagu mata ikan dalam pengat tu...... jom minum semua....

Udang goreng oat

salam semua..... wah ari ni tengok kat rumah hana ada udang goreng oat kak rose pun jadi jeles je.... dengan segeranya menkopi resepinya.....suma sama tapi kejadian mengoreng tu yang tak pandai sampai kegesengan ireng2 gitu..... kerana excited sangat nak buat, masa peram tu terlupa bubuh garam la pulak.....hu hu hu....tawar je sudahnya udang ku....apa lagi makan cicah dengan sos cili lah jadinya..... apa pun kak rose nak kopi resepinya yang hana amik dari dak jiya tu...tima kasih pada anda berdua....

Bahan-bahan
  • Udang (dibersihkan dan dibuang kulit)
  • Putih telur- hana campur jerk telur kuning
  • Tepung jagung
  • Oat
  • Garam
  • Minyak bijan
  • Minyak masak
Cara-cara
  1. Udang diperap sekejab dengan minyak bijan dan garam.
  2. Celup udang ke dalam putih telur dan salut dengan tepung jagung.
  3. kemudian celup semula udang tadi ke dalam putih telur dan golek²kan udang ke atas oat.
  4. Panaskan minyak dan goreng udang sehingga kekuningan/garing.

Wednesday, April 21, 2010

Mari belajar ya adik2....

seripayaku.blogspot.com atas mee udang. x clear laks

Selamat malam semua..... ehh dah pagi dah.... kak rose tengah belajar nak wat cap sendiri.... dah tua2 ni barulah nak belajar.... tapikan...it is never too late to learn kan.... jadi ari ni kak rose belajar yang senang2 jer.... tu pun puas baca tutorial and buat dari trial and error.... maklumlah baru nak belajar.... kawan2 suma jangan gelak sampai guling2 ya.... kalau nak muntah pun g lah bilik air dulu.... jangan termuntah kat kibod ya.....kang salahkan kak rose lah bila kibod dah kotor..... apa pun ni lah yang kak rose cuba buat tu....almaklumlah nak oder macam kawan2 tu kak rose x mampu?????...... ke ada yang nak bagi percuma? x per lah kak rose wat sendiri je dulu.....

seripayaku.blogspot.com atas puding roti.... ok ker?

seripayaku atas sayur bendi.... macam ok jer.... (sediri bikin kenalah sendiri agree kan kan kan)

Mee Udang

Selamat tengahari semua.....jom kita lunch dengan mee udang nih....sebenarnya puas lak asik makan nasi jer...jadi sesekali tukar menu dengan mee.... ok la jugak pada tekak kak rose ni....aaa sendiri masak sendiri makan mestilah ok kan....apa pun resepi ni amik dari rumah ros@jintanmanis tu....dulu dah pernah sekali buat dan dah tahu hasilnya tu yang nak buat lagi tu...tima kasih ros kerana resepinya dan kak rose nak tepek kat sini ya..... (tapi maafla ya ros kak rose ni memandai ubah sikit resepinyer mengikut bahan apa yang ada dalam fridge jer....)

Bahan-bahanye

2 ikat spagetti (kak rose guna 1 pack 500gm tu)
6 ekor udang harimau saiz besar
2 sudu besar udang kering ( ditumbuk halus)
3 sudu besar cili kisar
2 biji bawang putih
1/4 biji bawang besar (saiz sederhana)
4 sudu besar minyak masak
1/2 paket bebola ikan ( x de - gantikan dengan crab stick)
1 cawan santan pekat
1 cawan air


bahan sampingan
1/2 ikat kangkung di rebus (pun x de - ganti dengan sawi jer)
2 biji telur rebus
bawang goreng

Caranye
1. Blender bawang besar dan bawang putih, kemudian panaskan minyak dan masukkan cili kisar dan bawang yang telar diblender tadi, pastikan cili betul-betul garing, kemudian cedok sedikit minyak cili tadi lebih kurang 2 sudu besar dan ketepikan. Teruskan menumis dan masukkan udang kering.

2. sementara itu, buang kulit udang dan rebus kulit udang untuk dijadikan stok, setelah air stok udang mendidih masukkan isi udang dan rebus hingga udang masak, isi udang ditos dan ketepikan.

3. Setelah bahan tumis garing masukkan air stok udang dan santan, setelah mendidih baru masukkan air dan fish ball, sesuaikan rasa, masukkan garam. masak hingga agak pekat kuahnya, tapi jangan pekat sangat, agak-agak je.

4. Rebus spagetti seperti biasa, masa merebus ikut arahan pada paket, pastikan air betul-betul mendidih dan masukkan 1/2 sudu garam dalam air rebusan. angkat dan toskan.

5. Celur kangkung dan rebus telur, setelah semua bahan sedia, cara penyediaan, letakkan spagetti dahulu di dalam bowl saiz biasa, kemudian curahkan kuah, atur udang, kangkung, telur rebus diatas pemukaan mee dan tabur sedikit bawang goreng sebagai hiasan, akhir sekali jangan dilupa baki minyak lada yang di cedok tadi, curahkan sedikit bagi menyerlahkan lagi warna kuah, sedia untuk dihidangkan, anda pasti menggemarinya.

Alhamdullilah ..... dah kenyang

Tuesday, April 20, 2010

Terung sambal bilis kicap

Selamat tengahari semua nya.... dah lunch ke belum? ari ni kak rose duk rumah sorang2 je....jadi masak pun sangatlah simplenya....maklumlah untuk tekak kak rose sorang....dan masa g blogwalking terpandang resepi ni... terus je berkenan dan kebetulan semua bahan pun ada... dan tara.... ni dia sambal terung kak rose yang terlebih buh kicap kut.... tu yang jadi itam semacam jer....apa pun sedap sangat tapi buat pun sikit je....kak rose makan sekali ngadap je....ratah2 gitu....resepi amik kat teratak dayang jack yang pandai masak segala macam tu....tima kasih ya dan kak rose minta halal nak kopi resepinyer kat sini....

Bahan-bahan : hidangan utk 1-2 org.
  • 1 biji terung panjang (dipotong ikut suka)
  • segenggam ikan bilis *
  • 3 biji cili padi *
  • 3 biji bawang merah*
  • 1 ulas bawang putih*
  • 1 biji cili merah*
  • 1-2 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan sos tiram
Cara-cara :
  1. Tumbuk atau kisar kasar bahan2 bertanda *.
  2. Panaskan minyak. Tumis bahan2 tumbuk/kisar tadi hingga garing. Masukkan sos tiram dan sedikit air. Biarkan ia mendidih.
  3. Masukkan terung dan kicap manis. Gaul2kan sehingga rata atau hingga terung lembik. (Boleh tambah garam jika perlu).
  4. Setelah masak, hidangkan panas2

Monday, April 19, 2010

Kuih bom

Selamat petang semua..... ari ni kan kan kak rose nak masukkan entry yang dah tertunggak nih.... buat kuih ni dah lama dah tapi baru ari ni ada kesempatan nak masukkan kat sini.... kira ni first taim buat kuih bom ni dan menjadi..... suker nya.... walaupun tak lah secantik dan se bolat2 macam tuan punya resepi tapi kak rose dah bangga.... percubaan pertama dan menjadi... walaupun kak rose tak de keledek dan ganti dengan kentang je....rasa masih ok...suka sangat! Memula tu takut juga kalau2 meletop.... tapi Alhamdullilah tak de kejadian bom meletop tu..... Resepinya kak rose amik dari dapur hana yang di kopi dari rumah Along. Tima kasih buat anda berdua dan kak rose nak cnp kat sini ya....laen kali nanti leh wat lagi....tapi kali ni nak tunggu ada keledek lah.....bila ya?

INGREDIENTS:
  • 80g Sweet Potato - steamed & mashed
  • 120g Glutinous Rice Flour
  • 20g Plain Flour
  • 35g Castor Sugar
  • A pinch Salt
  • 100ml Water
  • Sesame Seeds - for rolling
  • Coconut/Bean Filling
METHOD:
  • Mix all ingredients to form a soft dough.
  • Divide into 12 balls.
  • Flatten each ball, place a ball of filling & wrap.
  • Roll onto sesame seeds.
  • Deep fry until golden.
  • Enjoy!