Lanai Kijang
Sunday, September 16, 2012
Idaman suri punya pun bolehlah!
Kari daging berkerisek
lepas berkemas2 segala menda n bekas yg digunakan semalam, so adalah masa nak masak2... resepi kari ni kak rose amik dari sini, mekasih ya dan izinkan kak rose sharekan kat sini lak..
Bahan-bahan:
300g daging lembu/kerbau-dipotong kecil
2 sudu besar rempah kari daging
½ cawan santan pekat (kak rose lebihkan sbb nak berkuah)
1 sudu kerisek4-5 ulas bawang merah-mayang
3 ulas bawang putih-mayang
1 inci halia-ketuk
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
Kira-kira 2 cawan air
Air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Ubi kentang-dibelah 4
Cara-cara:
- Perap daging dengan rempah kari daging selama lebih kurang 10 minit.
- Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia. Campakkan rempah 4 sekawan(k.k.manis, buah pelaga, b.cengkih dan b.lawang).
- Tumis sehingga naik bau. Masukkan daging. Kacau gaul hingga rata. Biarkan seketika.
- Masukkan air secukupnya(untuk mengempukkan daging) dan air asam jawa. Masak sehingga daging empuk sepenuhnya.
- Masukkan santan, kerisek, garam dan gula. Kacau rata. Masukkan kentang.
- Apabila kentang telah empuk, bolehlah tutup api.
Friday, September 14, 2012
Raya lagi.....
Wednesday, September 12, 2012
Monday, September 10, 2012
Bila sendirian, menu malas2 je!
Asalamualaikum dan selamat malam semua. bermula lah tinggal sendirian bila cuti semester anak dah habis.... menyambung pengajian untuk 2nd year di UTem Melaka. pasti ramai ibu2 yang menghantar anak memasing balik ke U semalam kan. dan bila tinggal seorang dirumah disiang hari, kemalasan untuk memasak pun dengan segeranya mendatang! tp makan tu nak je pulak tu.... so sediakan yg senang dan boleh cepat di ngap! 3 minggu lepas raya sudah gain 2.5kg.... camner nak shed that extra fat tu? adoyai!!!!! nak mulakan brisk walk pun sangatlah malasnya!
teatime... pengat pisang tanduk ngan sagu mata ikan
nak shed 2.5kg tp yang pasti hari ni saja dah add another kg..... camner tu?
Xtvt hujung minggu
Salam hari isnin yg mudah2an ceria sepanjang hari.... dah dua hari rumah maya ni x terjenguk dek kebzian tuan tanah.... maklumlah jemputan open house yang belum habis... yalah raya sebulan kan, jemputan kenduri yang perlu dihadiri jugak.... pagi ni baru nak mengupdate rumah ni dapat panggilan pulak dari kawan setaman perumahan ni yg sepatutnya mengadakan open housenya petang ni telah kena rompak malam tadi. kak rose pun g la sekejap bertanyakan kabar... dia sekeluarga tiada dirumah masa tu dan bila balik jer tengok pintu dah terbuka dan barang bersepah2 dalam rumah....habis barang kemas, lappy n phone semua kena kebas... tp nasib baik mmg pencuri tu bodoh betul, siling emas berharga 50k yg disimpan sekali dengan barang kemas tu dia x amik... maklumlah rupa pun macam duit 50 sen jer, mungkin padanya mmg x de harga la kan... dan pagi ni polis akan datang buat siasatan sekali lagi!
snap gambar ni masa naik escalator nak balik dah...
Friday, September 7, 2012
Tepung goreng pisang rangup
Tepung goreng pisang rangup
Sumber: Disini
Bahan-bahan:-
- 2 cawan tepung beras
- 1 cawan tepung gandum
- 5 sudu besar santan pekat (santan kotak)
- 1/2 sudu besar baking powder
- 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
- 1 biji telur
- Air secukupnya
- 2 sudu besar majerin yang telah dicairkan
- Garam secukup rasa
- Masukkan semua bahan-bahan diatas kecuali majerin dan air.
- Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga pekat
- Masukkan majerin cair dan kacau rata
Jika anda ingin melihat langkah secara bergambar dan detail berkenaan fungsi mengapa setiap bahan dimasukkan, sila ke link diatas. Penulis blog ini berkongsi langkah demi langkah dan idea yang menarik untuk mempelbagaikan kegunaan tepung goreng pisang ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)