Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, October 5, 2012

Bingka kelapa pandan... lagi

Salam jumaat yang mulia semuanya. wat lagi bingka  nih... simple n sedap pada kak rose ler, tu yang buat berulang2 dan nak jugak tepek kat sini.... tp kali ni terhangus lak! hangus pun tp ttp sedap tau... garing diluar lembut je kat dalam dia... meh kak rose tepek lagi sekali resepinya kat sini. mekasih pada Kak Wan, tuan punya resepi asal nya.

Bahan-bahan
  • 200gm kelapa parut putih
  • 80gm gula pasir
  • 150gm tepung pulut
  • 1 biji telur A - di pukul ringan
  • 4 sudu besar air
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/4 sudu teh pandan emulco - jika suka

Cara-cara:
  1. Satukan kelapa parut, gula, garam dan tepung, gaul rata. Masukkan telur, pandan emulco dan air sedikit demi sedikit sambil di kacau rata. Adunan tidak cair atau terlalu pekat, kelihatan parutan kelapa bila di adun.
  2. Leser acuan baulu / cara dengan minyak. Kemudian panaskan di dalam oven hingga minyak betul-betul panas.
  3. Keluarkan acuan, masukkan adunan hingga penuh. Bakar selama 20 - 30 minit di dalam oven pada suhu 200C atau hingga permukaan kuih keperangan.

Thursday, October 4, 2012

Lempeng pekak di pagi hari...

salam pagi khamis semuanya.... sambil brisk walk pepagi td sambil pk2 nak bekpes dengan apa agaknya.... nak jugak tuko2... asik2 toast n butter+jem. dan yang paling senang nak menyediakan, lempeng pekak ni. entah kenapa namanya lempeng pekak pun x tau kenapa. asalkan tuan yg buat n nak makan x pekak sudahla kan... lempeng pekak cicah dengan sambal tumis mmg best sangat pada tekak jawa kak rose ni... bekpes sambil melayan hati yg takut2 menunggu 16th Oct tuh... tp habis je 3 keping tu! takut ape ke nama cam tu? entahlah!

resepi asal dari CMG. mat, kak rose cnp resepinya ya. mekasih share resepi n nama lempeng ni. he he he

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum
1/4 camca teh baking powder (optional)
1 1/4 cawan air
2 camca besar minyak masak
Garam secukup rasa
Sambal tumis sebagai pencicah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan diatas kecuali sambal tumis, kacau rata dengan whisk, atau masukkan dalam blender dan kisar halus. Biar 10 minit.
  2. Panaskan non-stick pan, lenser sedikit minyak masak, mat cuma sapu permukaan pan tu dengan paper towel bersih yang dicelup dalam sedikit minyak. Bila panas, tuang 1 senduk bancuhan lempeng, ratakan.
  3. Bila bahagian tepi nya kelihatan mengecut dan renggang dari pan, berhati2 terbalikan dan masak hingga perang keemasan, pada kedua2 bahagian. Alih dalam pinggan dan lakukan kaedah yang sama untuk baki adunan. Hidangkan bersama sambal tumis....

Wednesday, October 3, 2012

Bubur candil + cha cha

 lama rasanya x buat bubur/pengat ni.... kalau bulan posa tu mesti ada saja bubur untuk iftar kan.... tp hari ni ada sket rajin. sebenarnya nak makan pun ya jugak. jadilah buat bubur ni untuk juadah minum petang kami hari ni... nampak resepi bubur candil cha cha ni kat rumah Ummi kuantan yang sedang menunaikan rukun islam keempat ditanah suci Mekah. Ummi kak rose mintak izin nak cnp resepi tu kat sini pulak ya..

Bahan Untuk Candil :-
  • 1 1/3 cawan tepung pulut
  • sedikit garam dan gula
  • air secukupnya
  • beberapa titis pewarna merah, hijau dan kuning
Cara Membuat Candil:-
  1. Campurkan kesemua bahan kecuali air dan pewarna ke dalam mangkuk.
  2. Satukan bahan kering dan masukkan air sedikit dan gaul biar jadi doh dan tidak melekat di mangkuk adunan.
  3. Bahagikan doh kepada 3 dan letakkan pewarna setiap satu bahagian.
  4. Ambil secubit warna kuning + merah dan gentel membujur sikit. Letakkan di dalam bekas/pinggan. (Cantumkan candil mengikut warna2 kegemaran jadi 2 warna pada setiap biji. - samada hijau + merah, hijau + kuning dan kuning + merah). Buat hingga siap dan ketepikan dulu. (kak rose omit yg ni... x rajin sebenarnya!)
Bahan Bubur Chaca :-
  • 1/3 cawan bubur chaca kering - direbus dengan air hingga lembut. Angkat dan toskan.
  • 2 1/2 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 3/4 gula pasir / secukup rasa
  • 1 helai daun pandan - disimpul
  • secubit garam
Cara Memasak:-
  1. Masukkan santan cair dan gula pasir dan daun pandan ke dalam periuk dan masak biar mendidih.
  2. Bila telah mendidih, masukkan candil warna-warni tadi dan masak dengan api sederhana perlahan hingga candil timbul (seperti kuih buah melaka).
  3. Masukkan chaca yang telah direbus tadi, kacau sebentar dan masukkan pula santan pekat.
  4. Masukkan secubit (1/4 sudu teh) garam. Kacau2 santan sebentar sahaja hingga nampak naik wap (jangan sampai santan pecah minyak). Tutup api dan kacau2 sebentar.
# (Petua - jangan terus tinggalkan bubur tadi setelah ditutup api, kacau2 lagi seminit dua agar santan tidak berkepala jika dibiarkan.)

WW.... eeee takutnya!

harap Oct 16th tu lambat la lagi nak sampai....

Tuesday, October 2, 2012

Adoyaiiii.... My CTS

ni la dia result yang buat nerve test minggu lepas tu... mmg conform CTS - carpal tunnel syndrome. result yang kak rose sangat x suka... x tau sampai ketahap ini. bila pagi ni jumpa dr tu katanya.... kak, ni x de ubat, kena operate jugak! sambil gelak2 jer dia! wah terperanjat beruk kak rose dibuatnya.... ingatkan ade la ubat or buat physio jer tp terus dia suggest buat minor operation sbb kalau dibiar lama nnti boleh jadi paralysed nnti.... ishhhh doktor ni buat takut jer kan... padahal kebas hujung 2 jari tu je.

operation ni cuma mengambil masa lebih kurang 20 mts jer katanya, tp masaalahnya x leh kena air selama 2 minggu. bila kak rose tanya camner dengan semayang kita? terus dia kata tayamum sambil gelak2 lagi.... adoiiii!!! doktor ni, kita dah dup dap dup dap cam nak nanges dia boleh gelak2 lagi... sebenarnya sekarang ni x sakit pun, cuma rasa x selesa sbb kebas hujung jari tengah dan ibu jari tu la... kalau x nak buat operation boleh x? ada kawan2 yg punya masaalah cenggini x, boleh la share dengan kak rose camner nak ilangkan kebas2 ni...

dan ni la, terus booking untuk admission on the Oct 16.... tp dr tu kata kalau berubah hati nnti boleh bagi tau... camner nak baik, ubat pun x dak....harap2 boleh ilang sendiri so x yah nak kena potong bagai kan...adoyaiiiii!!!! takut.

balik dari sepital tu singgah kat sini untuk hiburkan hati la kononnya.... rojak ss15 subang jaya di sek 15 shah alam.... apa punya coincidence tempat dia nak niaga kan...

 
tapau je, makan dirumah.... kalau kat ss15 tu lagi best, makan sambil gebang2 bawah pokok ditepi jalan...hati manyak susah tp makan tetap mau je!

Monday, October 1, 2012

Shepherd's pie

lama sangat teringin nak buat pie ni... tp tersangatlah malasnya nak sediakan intinya tu... brapa kali dah bli bahan tp x terbuat jugak. kali ni merajinkan diri buat untuk megelakkan kentang yg kak rose bli tu tumbuh bercambah didapur... tu la kalau bli sllu nak banyak buat stok, sudahnya banyak yg dah bercambah...


dan buat shepherd's pie ni pun cari resepi yang paling mudah nak sediakan bahan2nya.... tp ada jugak yg kak rose x de stok, so bubuh je la apa yang ada asalkan yg main ingredients tu ade kan... resepi kak rose amik kat sini

  • Ingredients
  • 1 tbs olive oil
  • 1 brown onion, halved, finely chopped
  • 1 carrot, peeled, finely chopped
  • 2 celery sticks, trimmed, finely chopped
  • 500g lamb mince
  • 2 tbs plain flour
  • 500ml (2 cups) beef stock
  • 1 dried bay leaf  (x letak)
  • 1 tbs Worcestershire sauce (pun x de stok... x letak)
  • 1 tbs tomato paste
  • Salt & freshly ground black pepper
  • 4 (about 200g each) desiree potatoes, peeled, chopped
  • 40g butter
  • 125ml (1/2 cup) milk
  • Melted butter, to brush
 
 
 Method
  1. Heat oil in a large saucepan over medium-high heat. Add onion, carrot and celery and cook, stirring, for 5 minutes or until soft. Add lamb mince and cook, stirring to break up any lumps, for 5 minutes or until lamb changes colour.
  2. Add the flour and cook, stirring, for 2 minutes or until combined. Add stock, bay leaf, Worcestershire sauce and tomato paste. Bring to the boil. Reduce heat to low and cook, stirring occasionally, for 30 minutes or until sauce thickens. Taste and season with salt and pepper.
  3. Meanwhile: cook potato in a saucepan of salted boiling water for 15 minutes or until tender. Drain well. Return to the pan with the butter. Use a potato masher or fork to mash until smooth. Add milk and use a wooden spoon to stir until combined. Taste and season with salt and pepper.
  4. Preheat oven to 200°C. Spoon lamb mixture into a 2L (8-cup) capacity ovenproof baking dish. Top with mashed potato and use a fork to spread over lamb mixture. Brush with butter. Bake in preheated oven for 20 minutes or until mashed potato is golden brown. Serve immediately
 
sangatlah x pandai nak guna piping bag buat munger2 tu... kak rose buat setengah dari resepi ni dan dapat 3 bekas ni... meh sapa nak join minum petang dengan shepherd's pie ni......

Sambal kicap soto

salam oktober semua.... sekejap jer dah nak sampai ke penghujung tahun dan lepas raya aidilfitri kini akan datang pulak raya haji. selamat mengerjakan ibadah haji pada kawan2 yang berpeluang menjadi tetamu Allah pada tahun ni dan diharapkan dapat mengerjakannya dengan sempurna dan mendapat haji yang mabrur. semuga nanti kita akan dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik untuk menyusul kesana. Insyaallah.

sambal kicap soto ni kak rose buat untuk makan2 semalam... ikut resepi ni mmg pedas kaw2 punya, jadi kak rose kurangkan cili, so pandai2 la nak ejas ikut kepedasan memasing ya. mekasih pada tulip77 yang sharekan resepi sambal ni. sllu jugak kak rose buat sambal kicap ni tp x guna resepi sbb buat pun sikit jer, bila nak buat banyak kenalah cari resepi yang sempurna... dan alhamdullilah disukai oleh kawan2 yg datang. mekasih sekali lagi ya. kak rose buat 2 kali ganda resepi ni tp guna separuh je dari sukatan cili api tu.... pedas woi!!!!.

Bahan-bahan

  • 200g cili api hijau (kak rose kurangkan separuh)
  • 1 botol kicap manis cap kipas udang
  • 2 labu bawang putih
  • 4 senduk minyak
  • 1/2 st garam
  • gula secukup rasa
  • 1/2 cawan air (kak rose omit yg ni... guna kicap sepenuhnya)

Cara-cara

  1. Panaskan minyak,goreng bawang putih hingga kekuningan,angkat dan ketepikan.
  2. Dalam minyak yg sama, goreng cili api hingga masak. Peringatan : kuali mesti ditutup semasa goreng cili api sbb meletup2 semasa digoreng. Lepas 8-10minit atau hingga cili api tdk meletup lagi,boleh lah diangkat.
  3. Biarkan sejuk seketika. Kemudian ambil bawang putih dan cili api yg telah digoreng tadi utk diblend. Masukkan juga garam,gula,kicap manis dan sedikit air.
  4. Rasa masin & manisnya,adjust mengikut kehendak masing2. Air perlu diagak2 jgn terlalu byk jika tidak sambal kicap jadi terlalu cair.
  5. Disimpan di dalam balang kaca di dalam peti sejuk utk tahan lebih lama. Sedap makan dengan pisang atau keledek goreng dan juga soto.