Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, July 10, 2020

Kuih bakar cempedak

Asalamualaikum dan salam jumaat buat semua..

 ada hari kena rajin sebab dah ada buah cempedak yang banyak ni.. buah tangan dari kakak masa balik kampung hari tu.. sebiji jer tapi ya Allah besar buahnya dan isi penuh semuanya.. terima kasih kak, dan bila dah siang semuanya terus cari resepi kuih bakar ni..

 ni separuh dari buah tu...padat dengan isi yang sangat manissssss dan juicy...

 dari sebiji buah cempedak dapat dua bekas tipuware besar ni.. puas makan dan buat kuih bakar ni pun masih ada berbaki lagi... dapat jugak tapau  untuk kawan yang datang buah fresh dan jugak kuih bakar cempedaknya... kongsi2 rezeki kan..

 ha... dah siap kuih bakar pandan, resepinya dari cik google yang tolong carikan...

Bahan2:-
2 1/2 cawan isi cempedak
2 biji telor gred B
2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan santan pekat
1 cawan gula
secubit garam
sedikit pewarna kuning (kak rose tak letak)
sedikit majerin untuk sapu kat loyang

Cara menyediakan:

1. sapu sedikit majerin pada acuan dan letak atas api yang kecil
2. Satukan semua bahan dan kisar halis hingga halus dan sebati
3. Tuang kedalam acuan yang panas dan tabur sedikit bijan keatas permukaan bingka
4. Masak lebih kurang 1 jam dengan api perlahan atau hingga permukaan nampak garing
5. Sejukkan hingga benar2 sejuk baru keluarkan dari acuan dan boleh lah dipotong