bila dah suka dengan sayur cenggini, memang masak dan makan berulang ulang tanpa jemu.. dan selalunya en asben yang request nak makan sayur cenggini... dan tukang masak pun sangat senang hati nak buat sebab sangat mudah dan bahan pun sangat minima kan.. yang penting brokoli tu mestilah fresh dan celur sekejap jer untuk kekalkan kesegarannya. jom tengok resepinya..
Bahan-bahan:
500 gm broccoli
5 ulas bawang putih ~ dipotong dadu
3 sudu sos tiram
1 camca teh tepung jagung ~ bancuh dengan sedikit air
1/2 camca lada sulah
Air ais ~ untuk merendam broccoli
Garam
Cara penyediaan:
1. Celur broccoli selama 2-3 minit dalam air mendidih. Kemudian sejatkan dan rendamkan ke dalam air ais, 2-3 minit dan toskan. (brokoli akan kekal hijau cam kat atas tu)
3. Tumiskan bawang putih dan goreng sehingga garing dan angkat.
4.
Masukkan sos tiram dan air bancuhan tepung jagung ke dalam kuali.
Apabila kuah telah mendidih, masukkan broccoli dan kacau seketika.
Letaklah lada sulah dan garam secukup rasa.
5. Angkat ke dalam mangkuk dan taburkan dengan bawang putih yang telah digoreng tadi. Sedia dihidang.
3 comments:
terasa pulak krup krapnya tu kat sini.
ammi kengkadang kalau betul2 malas..celur je brokoli tu pastu cicah dengan cili kicap. layan je.
Sheila, pun sedap jugak kan..
Assalam.. colourful menyelerakan.
Post a Comment