Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, July 6, 2020

Daging goreng kunyit

Asalamualaikum dan salam isnin ynag sejukkkk

terima kasih pada kawan2 yang masih sudi menjengah ke dapur maya kak rose yang macam hidup segan mati tak mahu ni... tak tahu sibukkan apa hingga terbiar saja dapo ni tidak berupdate. masak macam biasa jer, tapi kekadang tu banyak sangat vitamin m tu dan tak ada kerajinan nak amik gambar segala.. siap masak terus jer ngap, tak dan nak berposing2 dah... dan ada juga kesibukkan yang menghalang dari nak mengudate dapo maya ni..macam2 hal berlaku sepanjang ketiadaan entry baru ni sebenarnya... nanti2 lah kalau ada kerajinan kak rose nak jugak tepek kat sini buat kenangan dihari mendatang..ok lah jom tengok resepi daging goreng kunyit yang kak rose masak ni..

Bahan-bahannya;
1/2 kg daging dipotong kecil dan nipis.
Sedikit kunyit
Sedikit garam

1 labu bawang besar-dihiris
1 biji cili besar
sedikit kacang panjang
*ada orang letak bawang putih- saya tak suka.

Cara-cara

  1. Gaulkan daging dengan kunyit dan garam.
  2. Masukkan dalam kuali dan masukkan air hingga tenggelam dagingnya.
  3. Masukkan sesudu minyak masak-untuk lembutkan daging.
  4. Rebus hingga kering airnya (sambil2 tu rasakan dagingnya, kalau belum lembut tambahkan airnya lagi)
  5. Bila air dah kering, masukkan sedikit lagi minyak untuk menggoreng daging.
  6. Bila dah hampir garing, masukkan bawang yang dimayang, kacang panjang serta cili potong.
  7. Siap!!


No comments: