Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, April 5, 2018

Kuih dangai dalam loyang

 bila teringin sangat nak makan tapi tak jumpa kuih dangai ni makanya kena lah buat sendiri kan... walaupun rupa sangat lah tak sama macam yang jual kat pasar malam tu, tapi boleh jer untuk nak puaskan tekak sendiri... hihi.tal de acuan kuih dangai tu, kita buat jer dalam loyang. terima kasih pada sifu masak2 yang bagi idea nak meloyangkan kuih dangai ni. janji dapat makan, itu sudah cukup puas hati buat tukang masak ni.. kalau dapat kelapa putih yang betul2 muda memang lagi terangkat lah rasa kuih ni... yang ni kak rose guna kelapa parut putih, tapi dah tua kot, agak kasar kejadiannya!

Bahan-bahan

  • 150 g tepung pulut (1 1/2 cawan )
  • 150 g kelapa parut putih (1 3/4 cawan )
  • 1/2 sk garam
  • 30 g air
  • 100 g gula melaka*- dihiris halus (atau gula hitam/gula tanjung )
  • 30 g kelapa parut putih*

Cara-cara

  1. Gaul 4 bahan pertama hingga rata tapi masih bederai dan dibahagi 2.
  2. Gula melaka dan kelapa parut putih* digaul rata dan ketepikan.
  3. Loyang disapu sedikit minyak sekeliling,isikan dengan 1/2 bahagian adunan tepung tadi,ratakan dan tekan perlahan dan mampat dan bubuh campuran gula melaka dan ratakan.Akhir sekali ratakan pula 1/2 bahagian adunan lagi dan ratakan dan tekan perlahan2.
  4. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan dahulu pd suhu 150C selama 30 min atau hingga permukaan kuih kelihatan garing.
  5. ***Untuk lapisan pertama,selepas dimampatkan, akak bakar sebentar selama 5-7 min(resipi asal tk bakar),baru lapis dgn gula melaka dan lapiskan adunan tepung kedua..
  6. Sejukkan kuih dan potong dan hidangkan...kuih ini lebih mudah dipotong ketika masih hangat sebab masih lembut.

No comments: