kuih bakar pandan yang cuma tinggal gambar jer ni, dari terperap dalam folder elok jugak buat entry kat dapo maya yang hidup segan mati tak mahu ni kan... ada kala rajin berkobar2 lepas masak amik gambo segala, tapi lepas tu terperap jer... vitamin m memag selalu melanda diri, dan ubatnya memang susah dicari, payah ditemui... jadi dapo maya pun tak de entry... hihi
kali ni meh la kak rose kongsikan resepi kuih bakar pandan yang sedap nih...
Bahan bahan
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan jus pandan (kisar 4 helai daun pandan bersama 1 cwn air dan tapiskan)
2 cawan santan
2 sudu besar minyak sapi (cairkan)
2 biji telur (pukul ringan)
1/2 sudu teh garam
Pewarna hijau
Bijan
Cara-Cara
Campurkan kesemua bahan dan blend sampai sebati.
Griskan acuan dengan mentega atau minyak. Panaskan atas dapur gas hingga minyak berdesir.
Bila minyak telah panas, tuangkan adunan tadi. Taburkan bijan.
Biarkan seketika hingga bahagian tepinya masak.
Kemudian masukkan ke dalam oven dan bakar pada suhu 180C selama 1 jam atau sampai garing.
1 comment:
Kat mana beli acuan gitu?
Post a Comment