Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, March 12, 2016

Nasi goreng udang geragau

buat nasi goreng dari tukang masak yang sangat malas... tapi sebab nak makan kena lah buat jugak kan... lagi pun ada baki nasi sejuk tu, tak baik kalau membazir... nak kopek udang fresh yang kejung tu pun sangatlah malas, so paling senang guna jer udang geragau, cuma nak basuk kan jer boleh terus dam dalam nasi tu kan.. sayur pun kak rose cuma buh sawi je.... walaupun carrot n kubis pun ada, tapi tak rajin nak memotongnya! kalau nak buat yang cantik2 cam CMG ni boleh la ikut resepi ni ya..

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan nasi sejuk, dikareh
6 biji cili padi, dititik
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 batang lobak merah, didadu
1 batang saleri, didadu
1 biji telur, dipukul sedikit
1 1/2 camca besar udang kering, tumbuk hancur (kak rose guna udang geragau)
Sos ikan secukupnya
Hirisan daun sup untuk hiasan

CARA MEMUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, udang kering dan cili padi titik hingga harum, masukkan lobak merah dan saleri, kacau rata. Tolak ketepi kuali dan masukkan telur, bila telur mengeras, kacau hancur. Gaul rata dan tambah sos ikan dalam 2 camca besar, kacau rata.
  2. Tambah nasi dan besarkan sedikit api, kacau hingga mesra. Masak hingga nasi kelihatan kering, rasa dan jika kurang masin, renjiskan sedikit lagi sos ikan. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup sebelum dihidangkan...

1 comment:

Yati said...

Sedapnya tengok nasi goreng kak Rose. Walau pun dah makan tadi, rasa lapor balik.