Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, March 7, 2016

Bubur biji nangka

 tahap kerajinan yang maxima kena ada kalau nak buat bubur biji nangka ni... ya lah bukan mudah nak gentel doh jadi biji2 tu kan... lagi pulak nak kena ada kaler2 barulah cantik dipandang mata... so memang kerajinan tahab gaban tu perlu ada... lima kaler dan every each tu kak rose guna 2/3 cawan tepung... so kena pepandai nak ejas bahan lain yang diperlukan... yang mudahnya ikut lah cita rasa tekak sendiri dan resepi yang ada tu sebagai panduan... tu la cara kak rose yang memandai ni...

 berpoloh2 bersila kat dapo mengentel butir nangka berkaler2 ni... eh!!! yang biru tak enter frame lak!

 lepas dah angkat dari air rebusan... barulah nampak cantik dengan kaler2 tu kan...

Bahan-bahan ( 5 orang )
  • Bahan A
  • 200g tepung pulut
  • 140ml air suam
  • pewarna
  • Bahan B
  • 2 mangkuk santan
  • 6 sudu gula
  • secubit garam
  • 5 helai daun pandan
  • bahan C
  • 1 liter air
  • (kak rose tambah 2 sudu makan sagu biji rebus berasingan, tapis barulah masuk dalam kuah bubur)

Cara-cara

  1. campurkan kesemua bahan A dan diuli sehingga sebati.Kemudian dibahagikan kepada beberapa bahagian dan diwarnakan dengan pelbagai warna yang disukai.
  2. Air didihkan di dalam periuk.Doh yang siap diuli akan digentel@bulatkan kecil seperti biji nangka dan dimasukkan ke dalam air mendidih..biji yang terapung diangkat dan dimasukkan ke dalam bekas berisi air sejuk.
  3. Bahan B dicampurkan ke dalam periuk dan didihkan.Akhirnya masukkan biji Nangka yang siap dimasak tadi...Bubur siap untuk dihidangkan

No comments: