Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, March 13, 2016

Bubur som som pandan

 cuaca panas cam ni memang tekak nak makan yang sejuk2 jer kan... walaupun kak rose memang tak boleh nak minum air sejuk sangat tapi nak jugak sesekali makan sejuk2 cam ni... kalau minum air sejuk jer mesti esok pagi batuk2, berkahak lak tu... so nak elak menda2 cam tu kena lah sendiri mau ingat... sebab itu lah dalam fridge memang tak simpan air sejuk... minum jer air masak tu, lagi elok kan... tapi bubur som som yang sedap dinikmati sejuk2 dihari yang panas membahang ni memang lah heaven kan... so tak boleh nak tolak la..

resepi dari kak Fida @Myr, mekasih ya... berkali2 buat guna resepi ni...

BUBUR SOM-SOM
by : Kak Fida
Rujukan : My Resepi

100 g tepung beras
100 g tepung jagung
1,600 ml santan - 500 ml KARA+ air (kak rose guna santan fresh, sedap)
100 ml air pandan atau 100 ml air + pandan pes
1 sk garam atau secukup rasa
sedikit pewarna hijau - opt

SIRAP GULA MELAKA 
500 g gula melaka
1000 ml air
2 helai daun pandan - disimpul

Masak sirap gula hingga gula larut dan tapis.Ketepikan.
Satukan kesemua bahan-bahan untuk som-som dalam periuk dan gaul rata.
Masak hingga pekat dan kilat, hingga adunan meletup-letup.
Tutup api.
Sediakan loyang atau acuan.
Oleskan dengan sedikit minyak
Tuangkan som-som dalam acuan atau loyang
Sejukan hingga keras
Siap di hidangkan dengan sirap gula Melaka 

1 comment:

Nooriah Abdullah said...

aduh sedap nya kakrose mcm nk buat jelah petang nu kaknoor amik resepi ya