Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, March 18, 2016

Cucur ubi air panas

 banyak yang boleh dicuba resepi yang dikongsikan oleh kawan2 di wall fb...tapi for sure kak nak cuba yang mudah2 jer dengan bahan yang ada didapo la kan... macam cucur ni, mmg pebret la.. cuma sedikit renyah masa nak kepal2 kan sebelum goreng tu.... tapi hasilnya memang umphhhh buat penggenar cekodok macam kak rose ni..


Cucur Kentang air panas

Bahan2:
3 cawan tepung gandum
3 cawan air panas mendidih/menggelegak
2 biji kentang (potong dadu) tak perlu rebus- kak rose guna keledek oren
Serbuk kunyit
Kiub ikan bilis
Kucai (tak letak)
Bawang besar (potong dadu)

 



Cara:

Gaul rata tepung, serbuk kunyit dan kiub ikan bilis.
Kemudian bubuh bawang besar & kucai & kentang.
Gaul rata. Kemudian tuang air panas mendidih/menggelegak.
Gaul guna senduk kayu.
Tunggu adunan suam sikit dan gaul rata.
Adunan memang akan jadi likat, jgn risau.
Jemput adunan guna tangan ja.. sama mcm kita nak wat cokodok pisang tu.
Goreng. In sha allah bulat2 jadinya dan lembut. Selamat mencuba.

4 comments:

Norhayati Mohd Isa said...

Sedapnya kak rose..
Cantik pulak bulat2 tu..

Kak Rose said...

tu yang kak rose suka... sedap dan mudah jer nak buatnya...

Nooriah Abdullah said...

yang simple ni yg perlu di buat ni kakrose nak jugakkkk

Kak Rose said...

Noor, kalau compicated tu, mmg tak terbuat la... hihi