Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, August 4, 2015

Open house: menu simple kami

 Asalamaualaikum dan selamat pagi semua.... hasrat hati nak mulakan brisk walk pagi ni tapi hujan tak berhenti dari semalam lagi.... hujan lebat petang semalam menyebabkan semua jalan masuk ke rumah ni terputus, air sedalam paras pinggang sebab air sungai pinang yang melimpah, tak mampu nak menampung dah... nasib baik dalam 10pm something cam tu air dah surut, dapatlah encik asben amik motor dia yg ditinggalkan ditepi jalan... first experience jadi cam ni, rasa takut pun ada.... Ya Allah, mintak dijauhkan segala bahaya pada kami semua kat sini, Aamiin.

 sebenarnya nak jugak tepek kat sini apa yang kak rose masak masa open house pada hari ahad lepas.... first time masak laksa johor kat sini, takut jugak ada yg tak makan tapi tak sangka pulak ramai yang menyukainya hingga berulang makan. maklumlah kat sini kan terkenal dengan laksa penangnya. dengan kuah dari 5kg ikan kembung yang gemuk2 dan 6 packs of spaghetti tu semua habis. mulanya kak rose cuma rebus 4 packet of spaghetti jer sbb takut tak terhabes dan lepas tu bila tengok ramai yang suka terus lah tambah rebus lagi... Alhamdullilah, orang penang suka laksa johor pulak. lain kali pasti kena buat lebih lagi, Insya Allah.

 dessert yang sempat kak rose sediakan... agar2 santan pandan... guna resepi dari Ummi Home Sweet Home, mekasih ya Ummi. sedap dan sedang elok jer manisnya... tapi kak rose punya lapisan tu jadi nipis jer. apa pun semuanya habis pada akhir jamian.

 kek oren moist yang kak rose buat pada last minute untuk tambahan pada menu yang ada...

 congo bars yang kak rose sediakan sehari awal.... en asben yang tukang setting meja dan potong n susun kek dalam bekas... jelly pun dia yg tolong potongkan. nasib baik ada assistant yang rajin nak tolong, tapi banyak ngelat dari menolongnya! but at least ada jugak tolong tukang masak yang semuanya kena sediakan sendiri ni... cookies raya tak teramik gambo lak...tuan tanah bz layan tetamu dan gambar2 tetamu ada kat dslr en asben pulak... x dapat la nak tepek kat sini.

 end result.... sepinggan laksa johor yang lama kak rose tak buat...

lontong yang cuma jumpa udang kecik2 dan jugak udang kering... bila last minute cari bahan, ada je yang tak jumpanya....tak tau kenapa pasar yang ade dekat rumah ni macam jauh sangat bezanya bila bandingkan dengan yg selalu pergi kat sek 16 shah alam tu! ah!!! rindu shah alam!

21 comments:

intan rh said...

agar2 tu yang menyelerakan saya :)

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Kak Rose dah dok Penang ke???

semuanya nampak menyelerakan.. sy rasa nak makan semua.. pakkal Kak Rose tak jemput, hehehe

Shamsiah Abdul Rahman said...

Kak Rose,
Time raya memang susah nak dapat bahan.
Ada masa.. nak jumpa bunga kantan sebatang pun.. tak ada.

Liza said...

laksa Johor sedapnya...selamat hari raya kak rose

cheq da said...

Laksa johor..kak rus..sampai sekrg sy duk mengidam lg..huhuhu

Baayah Adnan said...

Betul tu saya pun rindu kat pasar section 16.

Baayah Adnan said...

Betul tu saya pun rindu kat pasar section 16.

Baayah Adnan said...

Betul tu saya pun rindu kat pasar section 16.

Kak Rose said...

Intan... makan sejuk dihari yg panas mmg sedap... laju jer!

Kak Rose said...

SK, ya sejak awal tahun hari tu...

hehe... nak jemput pun dah tinggal gambo je!

Kak Rose said...

Sham, betul sangat tu... masak dengan apa yang ade je, asalkan dibuat dengan penuh kasih sayang, Insya Allah sedap la tu.

Kak Rose said...

Selamat hari raya juga buat Liza... dan kak rose tak sangka orang penang pun suka laksa johor ni...Alhamdullilah.

Kak Rose said...

cheq da, kalau rajin boleh buat sendiri jer..tp memang renyah sket buatnya!

Kak Rose said...

Baayah... sama la kita, duk mana la ni?

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Sedpnya laksa johor tu kak rose..
lama tak makan..
kalau dekat shah alam saya dah serbu rumah kak rose :)

Baayah Adnan said...

La ni kat gurun. Keluarga suami kat sg 2

Baayah Adnan said...

La ni kat gurun. Keluarga suami kat sg 2

Baayah Adnan said...

La ni kat gurun. Keluarga suami kat sg 2

Baayah Adnan said...

La ni kat gurun. Suami org sg 2

Baayah Adnan said...

La ni kat gurun. Suami org sg 2

Baayah Adnan said...

La ni kat gurun. Suami org sg 2