Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, August 10, 2015

Laksa johor yang sedap

 laksa johor yang kak rose buat masa open house hari tu...memula tu ragu2 jugak buat laksa johor ni sbb kat sini kan tersangat lah femesnya dengan laksa penang derang kan.... takut jugak kalau orang tak biasa nak makan laksa johor....tapi alhamdullilah, memang diluar dugaan kak rose, dengan lima kilo ikan kembung yang gemuk2 buat kuah tu.... habis semuanya, siap menambah2 lagi derang makan... susah nak jumpa laksa johor yang sedap cenggini kat sini katanya.

 kak rose guna resepi dari blog Azie sebagai panduan... dan selebihnya main ikut apa yang tekak kita rasa sedap la kan.... dan syukur sangat2 ramai yang menyukainya.. mekasih ya Azie kerana resepinya.. dan kak rose gandakan lima kali bahan2 untuk laksa ni.

Laksa Johor

Bahan bahan:
1 paket spaghetti - makan 10 orang
1kg ikan sardin/selayang (rebus)
¾ cawan rempah kari ikan Babas (kak rose guna kari adabi)
½ cawan cili kering yg dikisar
¾ cawan udang kering (cuci bersih, kering dan kisar)
2 cawan santan pekat
3 cawan air
½ cawan minyak masak
1 sudu besar kerisik
Garam
Serbuk perasa
Asam keping (kak rose tambah)

Bahan kisar:
5 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
5 biji bawang besar
 
Cara cara:
Ikan dibersihkan pastu kukus. Ada orang rebus tapi kalau kukus lagi senang nak carikkan isinya. Air kukus simpan. Kisar ikan yg telah dibuang tulang dengan air kukusan ikan tadi. Ketepikan.

Panaskan periuk bubuh 1/2 cawan minyak dan masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik bau. Masukkan rempah kari ikan dan goreng pantas selama satu minit. Masukkan 1/2 cawan air dan goreng lagi kira-kira lima minit.

Pastu masukkan cili kisar dan goreng lagi sampai terbit minyak. Bila terbit minyak, masukkan ikan yang telah dikisar. Kacau rata. Masukkan 3 cawan air dan 2 cawan santan. masukkan juga asam keping Bila dah mendidih, masukkan udang kering dan kerisik.
 
 memula tu rebus 3 packet jer spaghetti ni.... dan akhirnya tambah lagi 3 packet... Alhamdullilah, semuanya habis....

 menyediakan ulam2... potong timun ni yang amik masa.... 
konon le nak wat cantik2 kan...

 daun kesum yang segar from my own sekangkang kera garden


Ulam ulam:
Timun
Taugeh
Daun kesum/daun selasih
Kacang panjang
Limau kasturi
Lobak asin (kak rose tak de yg ni)
Bawang besar
Sambal lada (lada merah+ciliapi+udang+asam limau, blend)
 
laksa johor dan lontong untuk tetamu kak rose...

8 comments:

Rizziela said...

sedapnyta.. lepas ni nak try buatlah

Rizziela said...

sedapnyta.. lepas ni nak try buatlah

ninie said...

aih tengok gambar aje dah terliur... seronok tengok tetamu makan bertambah kan, sedar2 tuan rumah sendiri tak merasa, sbb dah kenyang tengok tetamu makan =), selalunya gtu lah kan

Kak Rose said...

Rizziela... sila kan mencuba, pasti tak rugi tau!

Kak Rose said...

ninie... tukang masak akan sangat happy bila hidangan habis dimakan... mmg betul, en asben tak dapat merasa pun!

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Saya tak pernah buat sendiri laksa johor ni kak rose..
saya nak Cubalah nanti.. dlm byk2 laksa.. laksa johor je lah yg en suami mkn.. ;)

Kak Rose said...

Silakan Yatie... mmg nampak macam renyah sket nak buatnya... tapi hasilnya mmg umphhh!

Gee® said...

Nk ckit...terlior!!