Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, December 14, 2014

Udang goreng celup tepung

 proses nak clearkan stok dan kosongkan fridge yang akan berangkat jauh ke utara hujung tahun ni... macam2 ade dalam tu... segala mak nenek yang boleh sumbat dalam fridge semua nak kena clearkan sebelum next week, sebelum pekerja movers datang buat packing... minggu yang sangat sibuk buat kak rose.... jumaat ni nak buat majlis khafi buat kali terakhir bersama kawan2 muslimat shah alam, pas tu nex week pulak ade family gathering di JB dan sangatlah sibuk nak uruskan dan make sure yang kita rancangkan akan berjalan dengan smoothhnya.... ni nak keluar jap lagi untuk settlekan mencari hadiah untuk family day tu...dan after family day.... selamat tinggal Shah Alam..... huhuhu sedihnya!!!!

so ari ni mula proses nak clearkan fridge dulu.... udang sekilo yang dibeli baru sedikit terusik dan buat udang celup tepung ni... ayam ikan siakap ade dua ekor lagi...entah bila nak masak lagi la pulak... tak dak mood dah! tak per kali ni kak rose kongsikan resepi udang goreng celup tepung yang kak rose cnp dari blog Raidah ni... mekasih ya, mintak izin nak kongsikan kat sini lak... sedap. meratah gitu jer pun sedap!

Bahan-bahan:

Udang secukupnya
1/2 cawan tepung perasa serbaguna
1/2 cawan tepung beras
1 sudu kecil baking powder
1 cawan @ secukupnya air
~ Satukan semua bahan dan bancuh dgn air. Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat ataupun cair.
Bahan sampingan ~ 1/2 cawan tepung perasa serbaguna untuk menyalut udang.
Minyak secukupnya untuk menggoreng.

Cara penyediaan:

1. Udang yang telah dibersihkan gaulkan dengan tepung. Kemudian celupkan udang tersebut ke dalam bancuhan tepung(batter).
2. Goreng ke dalam minyak yang telah dipanaskan sehingga kuning keemasan.
3. Angkat dan toskan.

Friday, December 12, 2014

Tolong la!!!! aku bukan robot!





Asalamualaikum dan salam Jumaat kawan kawan.... baru nak g bw, tapi hati manyak marah dengan robot yang tetiba dok menebeng kat ruangan komen rumah maya kak rose ni... sapa lah suruh dia datang dan menempek kat situ. selama ni tak de pun sebab memang dah disable word verification tu. kenapa tetiba ada pulak. hantu kak limah mana yang dah datang ubah2 seting rumah maya kak rose ni? check dekat setting tu memang NO kat coloumn show word verification tu..

ni yang baru kak rose printskrin dari setting section... mmg a big NO kat situ kan, tapi bila tengok balik kat ruangan komen tu memang ade lagi lah menatang please prove that you are not a robot tu.... tolonglah wahai kawan2..... camner nak buang menda ni!

Time to take out his gelang mahal!

 Alhamdullilah, setelah berkampung disepital selama 4 hari, akhirnya masa untuk discharge dan it's time to take out gelang mahal tu... nak kata minor operation pun rasanya macam tak jugak kalau tengok pada bill tu... tak de bebekas pun procedure  yang dipanggil balloon sinuplasty yang dijalankan tu... cuma ade bekas2 darah + plasma macam baki cecair selsema jer yang nampak keluar dan fully recovery amik masa about two weeks katanya... harap lepas ni tak de la nak mengadu sakit kepala lagi disebabkan resdung tu...

 
gelang id yang sangat mahal untuk procedure ni.... more than 25k! mamanya yang banyak google n baca tentang balloon sinuplasty, how they do it and all yang related to it... dan baca jugak review dan testimoni yang dah pernah menjalani rawatan ni... dan yang penting tentang kosnya..... kalau tengok dalam bill yang busu punya ni kos yang paling mahal ialah OT supplies... sampai 13k, agaknya apalah alat dan ubatan yang digunakan sehingga begitu costly kan? rupanya procedure ni menjadi sooooo costly because balloon sinuplasty requires disposable equipment! agaknya kena lebih rajin mencari info dan membaca tentang sinus ni...tapi tuan punya badan memang tak de masa nak amik tau ni semua...mama pulak yang kena explain, jadi doktor tak bergaji!

makan sakan sebab sebelum dan selepas operation tu about 30 jam berpuasa, tapi put on drips. his first meal after operation semua yang lembut2 jer... seharian makan bubur+chicken and fish ball. bila dah boleh makan, his choice of breakfast - cornflakes+susu+hot chocolate.

 lunch, fish n chips....bila dah berselera, lunch macam ni tak cukup pulak..

 dinner pun tak puas makan... tengahari dan malam asik g subway. pakai gaun sepital pun x per asal dapat makan subway....

nice view dari bilik busu ditingkat empat sdmc....

Wednesday, December 10, 2014

WW: masih disini...

Day 3....Sime Darby Medical Centre, SubangJaya.

Monday, December 8, 2014

Update dari sdmc

Asalamualaikum dan salam Isnin. Cuaca yang cerah pagi ni kak rose dah berada di sepital menemani anak yang akan menjalani operation membuang resdung yang dialami sejak sekian lama...pada mulanya tak kisah sangat punpasal resdung ni sbb tak sakit dan tak menggangu kehidupan seharian dia....tapi bila dah menyebabkan sakit kepala yang teruk pada bulan lepas tu barulah tau that sinus ni menyebabkan lain2 sakit dan ketidakselesaan.


Hari sabtu pagi tu buat follow up dari apoinment yg asal dan dirujuk pada ENT specialist tetus buat pra admission, dan petang semalam admitted...procedure tu akan dijalankan pagi ni...tapi tak tahu lagi pukul berapa. dah berpuasa sejak jam 12 pagi tapi sekarang ni dia bagi drip pulak... tengah menunggu giliran untuk dibawa ke bilik ot. semuga anak mama lepas ni tak mengadu pasal resdung tu lagi dan akan sembuh sepenuhnya.


Saturday, December 6, 2014

Sepagi kat sini...

 cuti  hujung minggu dengan appoinment doctor.. dah tiga kali hujung minggu yang kena g jumpa doktor ni. maklumlah anaknya hanya ade kelapangan pada hujung minggu saja, maka asik berulang lah melaka n shah alam...follow-up treatment untuk busu punya sakit kepala hari tu... doctor suspect because of his sinus... so the earlier doctor terus refer kat ent... and pagi tadi g jumpa Dr Hj Md Husain ni... lucky me. doctor ni terangkan very detail mengenai sinus...barulah tahu the connection of sinus n headache tu! and he suggest that buat treatment once for all untuk kesembuhan seterusnya, Insya Allah....

 dan ini lah yang dicadangkan oleh doctor tadi tu, terus buat treatment ie minor operation for sinus... sebelum balik tadi terus buat early admission untuk esok petang dan procedure tu akan dijalan kan pada isnin pagi.... semuga terus hilanglah sinus dan busu terus sihat, Insya Allah.

Doctor Syamala yang rawat busu masa admitted 2 minggu lepas and after last week's follow-up terus  referkan busu to see the ent specialist....harap2 lepas ni hilanglah sinus dan segala yang berkaitan dengannya dan busu terus diberi kesihatan yang baik olehNya. Aamiin.

Friday, December 5, 2014

Jus buah markisa asam boi

 terpandang tayangan amal dari CMG ari tu, barulah teringat kawan ade bagi buah markisa ni... walaupun dah berhari2 tersorok dalam fridge, namun masih elok dengan isi nya yang soooo juicy.... dan asam limau kasturi dan asam boi pun ade stok... kak rose cnp lah resepi cmg tu... mekasih ya mat. sedap.  mekasih jugak pada Ibu Pah yang bagi buah ni...


BAHAN-BAHANNYA :-)
13 biji buah markisar @ passion fruit yang masak
1 liter air mineral @ air masak
3 biji limau kasturi, perah jusnya
6 biji asam boi jenis putih
Ais kiub secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cuci buah markisa dan toskan. Belah 2 setiap sebiji dan korek keluar isinya menggunakan sudu. Asingkan dalam  camca besar isi buah markisa tadi untuk hiasan. Selebihnya anda masukkan ke dalam penapis dan pastikan tadah bawahnya dengan bekas. Tekan isi buah markisa tadi dengan belakang senduk hingga jusnya semua keluar. Buang bijinya.
  2. Tuang jus buah markisa dalam jug. Tambah air mineral atau air masak, kacau rata dan masukkan jus limau kasturi dan asam boi. Kacau lagi dan masukkan ais kiub secukupnya. Biar sejuk. Tambah isi buah markisa yang diasingkan tadi sebagai hiasan. Hidangkan segera.
 
dan kak rose gandingkan dengan menu lunch semalam yang simple dimple ni.....