Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, September 16, 2012

Idaman suri punya pun bolehlah!

Gadjet ajaib kegilaan puan2 dapur zaman sekarang.... orang lain ada kak rose pun nak jugak! tp x de la nak bli yang mahal2 tu. psssttt!!! sebenarnya budget x dak... jadi cap idaman suri pun bolehlah kan... ari tu ada tengok kat free trade zone kat pengkalan kubor tp dah lah saiz sangat kecik rega pun dekat 200... ha, dapat yg ni, boleh panggang sekor ayam!. cuma x tau bila nak resmikan!

tima kasih pada kawan yang sanggup terbang dari langkawi bawak koli ni. nnti kalo kak rose dah resmikan akan kak rose tepek kat sini pulak!

Kari daging berkerisek

Salam Hari Malaysia pada semua. cuti2 ni baru ada masa nak masak selepas memanjang sibuk dengan persiapan jamuan aidilfitri semalam..... Alhamdillilah semuanya berjalan lancar dan menu soto kasih sayang yg kak rose sediakan disukai oleh tetamu yang datang hingga langsung x berbaki!

lepas berkemas2 segala menda n bekas yg digunakan semalam, so adalah masa nak masak2... resepi kari ni kak rose amik dari sini, mekasih ya dan izinkan kak rose sharekan kat sini lak..



Bahan-bahan:

300g daging lembu/kerbau-dipotong kecil
2 sudu besar rempah kari daging
½ cawan santan pekat (kak rose lebihkan sbb nak berkuah)
1 sudu kerisek
4-5 ulas bawang merah-mayang
3 ulas bawang putih-mayang
1 inci halia-ketuk
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
Kira-kira 2 cawan air
Air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Ubi kentang-dibelah 4

Cara-cara:
  1. Perap daging dengan rempah kari daging selama lebih kurang 10 minit.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia. Campakkan rempah 4 sekawan(k.k.manis, buah pelaga, b.cengkih dan b.lawang).
  3. Tumis sehingga naik bau. Masukkan daging. Kacau gaul hingga rata. Biarkan seketika.
  4. Masukkan air secukupnya(untuk mengempukkan daging) dan air asam jawa. Masak sehingga daging empuk sepenuhnya.
  5. Masukkan santan, kerisek, garam dan gula. Kacau rata. Masukkan kentang.
  6. Apabila kentang telah empuk, bolehlah tutup api.

Friday, September 14, 2012

Raya lagi.....

Salam dan selamat malam semua.... tuan rumah maya ni asik bz, x dak masa nak mengupdate blog tp yang selebihnya malas pun ya jugak. selagi bulan raya x abes, selagi tu lah nak jugak buat makan2 kan. sejak semalam stat buat preparation untuk jamuan tu. nasib baik keras tangan ni masih ingat camner nak anyam daun ketupat tu... dapat lah buat gotong royong menganyam. dan hari ni pulak nak kena siapkan yang lain2 pulak untuk jamuan esok. seharian dok kat dapo, ade je yang x siapnya....

assistant yang asik nak berfb jer!

masa ni kena kerah kopek kerang... sambil nyanyi2 at last abes jugak keja mengopek tu kan!...

Wednesday, September 12, 2012

WW - king of fruits

let the gambars story mory....





Monday, September 10, 2012

Bila sendirian, menu malas2 je!

bekpes as usual, toast n coffee w/o gula ....cuma ada tambah kiwi fruit

Asalamualaikum dan selamat malam semua. bermula lah tinggal sendirian bila cuti semester anak dah habis.... menyambung pengajian untuk 2nd year di UTem Melaka. pasti ramai ibu2 yang menghantar anak memasing balik ke U semalam kan. dan bila tinggal seorang dirumah disiang hari, kemalasan untuk memasak pun dengan segeranya mendatang! tp makan tu nak je pulak tu.... so sediakan yg senang dan boleh cepat di ngap! 3 minggu lepas raya sudah gain 2.5kg.... camner nak shed that extra fat tu? adoyai!!!!! nak mulakan brisk walk pun sangatlah malasnya!

lunch yang malas..... asalkan kenyang!

teatime... pengat pisang tanduk ngan sagu mata ikan

dinner pulak dengan pulut n rendang ayam leftover.

nak shed 2.5kg tp yang pasti hari ni saja dah add another kg..... camner tu?


Xtvt hujung minggu

maccoron n fresh cherry

Salam hari isnin yg mudah2an ceria sepanjang hari.... dah dua hari rumah maya ni x terjenguk dek kebzian tuan tanah.... maklumlah jemputan open house yang belum habis... yalah raya sebulan kan, jemputan kenduri yang perlu dihadiri jugak.... pagi ni baru nak mengupdate rumah ni dapat panggilan pulak dari kawan setaman perumahan ni yg sepatutnya mengadakan open housenya petang ni telah kena rompak malam tadi. kak rose pun g la sekejap bertanyakan kabar... dia sekeluarga tiada dirumah masa tu dan bila balik jer tengok pintu dah terbuka dan barang bersepah2 dalam rumah....habis barang kemas, lappy n phone semua kena kebas... tp nasib baik mmg pencuri tu bodoh betul, siling emas berharga 50k yg disimpan sekali dengan barang kemas tu dia x amik... maklumlah rupa pun macam duit 50 sen jer, mungkin padanya mmg x de harga la kan... dan pagi ni polis akan datang buat siasatan sekali lagi!

majlis pertunangan anak kawan pada hari sabtu.... bakal menantu dan bakal mak mentua selepas menyarungkan cincin pertunangan. tahniah buat zam n nozan yg bakal menerima menantu dalam masa setahun lagi.

buah tangan dari bakal pengantin....

dan isi dalam cup yang cantik tu...

semalam pulak .... kak rose g sini, family day tempat keja hubby, tp sayang anak bujang mama x dapat join sbb kena daftar balik di U pagi tu... so dia bertolak ke Melaka dan mama n ayah ke family day ni. punya lah jem sbb banyak jalan yg ditutup sempena larian adidas.

rombongan cik kiah bergambar dibawah pergola....

cuaca tengahari yang panas.... x ramai yang nak berendam masa ni....

jambatan gantung n flying fox area

snap gambar ni masa naik escalator nak balik dah...

on the way out... gajah beso depan hotel... macam real size je gamaknya gajah ni!

Friday, September 7, 2012

Tepung goreng pisang rangup

juadah minum petang semalam.... dah tunggal gambar saja pun nak buat entry kat sini... sebenarnya nak kongsikan tepung goreng pisang rangup yang kak rose try ni... bila google je tepung goreng pisang, resepi ni lah yang mula2 appear....dan bila baca review pada ramai yang dah pernah mencuba mmg puas hati sangat dan memang rangup. x rugilah kalau mencubanya dan hasilnya mmg puas hati. resepi kak rose cnp dari sini.... mekasih ya share resepi. kak rose buat separuh je dari adunan ni untuk sebiji pisang tanduk yang besar.

Tepung goreng pisang rangup
Sumber: Disini

Bahan-bahan:-
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 5 sudu besar santan pekat (santan kotak)
  • 1/2 sudu besar baking powder
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 biji telur
  • Air secukupnya
  • 2 sudu besar majerin yang telah dicairkan
  • Garam secukup rasa
Cara-caranya:-
  1. Masukkan semua bahan-bahan diatas kecuali majerin dan air.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga pekat
  3. Masukkan majerin cair dan kacau rata
Jika anda ingin melihat langkah secara bergambar dan detail berkenaan fungsi mengapa setiap bahan dimasukkan, sila ke link diatas. Penulis blog ini berkongsi langkah demi langkah dan idea yang menarik untuk mempelbagaikan kegunaan tepung goreng pisang ini.