Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, September 16, 2015

WW: Lunch semalam

 ikut pesan doktor, makan buah sebelum amik main meal, betik, pisang n kiwi


the main meal-----> mee hoon goreng bodo-bodo....

Tuesday, September 15, 2015

Pulut dan rendang daging


rendang dan pulut yang kak rose buat beberapa hari lepas... selalu jer entry tertunggak... kadang2 tu memang tak de mood nak mengupdate dapur masak2 ni... amik gambar pun asal ade jer buat kenangan apa yang kita masak.... pas tu nak jugak tepek kat sini... stok pulut yang banyak, tak tau nak masak apa... terlintas pulak nak makan dengan rendang... so merajinkan diri membuat rendang from stratch.... jenuh jugak baru dapat makan, tapi puas la hati boleh makan berulang2 sampai bam bam!

 resepi rendang kak rose copy dari kak Hanieliza, tapi kak rose tak tambah cili api tu... malahan kurangkan kepedasan tu.... al maklumlah, perut dah season.... tak tahan pedas!

Bahan-Bahan:

1 kg daging [potong nipis kecil]
5 helai daun kunyit [mayang halus]
2 batang serai [ketuk]
2 ulas bawang putih [ketuk[
1/2 cawan minyak
2 cawan santan pekat
2 s/besar kerisik (yang ni kak rose suka bubuh lebih)
1 s/besar gula merah
garam


Bahan-Bahan dimesinkan
15 tangkai cili kering + ciliapi mengikut kepedasan sendiri
3 biji bawang besar
10 biji bawang merah
4 biji bawang putih dikisar
1 inci halia halus
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
5 batang serai


Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan serai dan bawang putih yg diketukkan.
2. Masukkan bahan mesin dan biarkan sehingga wangi dan naik minyak.
3. Masukkan daging dan kacau rata. Biarkan daging masak sebati ngan rempah mesin sebentar.
4. Masukkan santan, garam dan biarkan mendidih dan agak pekat
5. Masukkan kerisik dan hirisan daun kunyit.
6. Biarkan sehingga naik minyak.
7. Boleh dihidangkan dengan nasi atau pulut atau roti saja..

Monday, September 14, 2015

Ayam masak sos tiram n cendawan

 Asalamualaikum dan salam isnin yang berjerebu.... Penang sangat berkabus tengahari ni, pagi tadi rasanya kurang sikit dan sempatlah kak rose berbrisk walk selama sejam untuk kuorkan peluh.... tapi menjelang tengahari semakin tebal pulak jerebu.... berkabus pandangan keliling rumah... apartment kat belakang rumah pun sayup2 berbalam kelihatan pada watku cenggini... Ya Allah, semuga kita semua dalam lindungan Nya sentiasa....

lauk yang kak rose masak masa hari jumaat  lepas....  kak rose merajinkan diri memasak sbb en. asben akan balik untuk lunch sebelum g semayang jumaat kat kawasan perumahan kat sini... tak suka pergi yang dekat dengan tempat keja sbb khutbahnya dalam bahasa tamil... tak paham woooo... so tiap hari jumaat balik untuk lunch...

resepi ni kak rose amik dari blog Sajian Dapur Bonda, mekasih ya... tapi dalam ni kak rose tambahkan dengan kacang holland yang masih berbaki.... sedap krup krap rangup. mintak izin nak kongsikan resepinya kat sini ya....



Sunday, September 13, 2015

Sebagai pengganti....

 Asalamualaikum dan salam hujung minggu buat semua kawan2.... semuga sentiasa dalam Rahmat Allah hendaknya... bila duk penang ni macam2 teringin yang biasa kita makan masa duk kat tempat lama kan... nasi beryani insaf, yang ni memang kak rose tak leh lupa terutama ayam gorengnya dan acar timun simpoi yang sangat sedap pada kak rose ler.... walaupun sekarang harga nasi beryani insaf tu memang buatkan kita terus insaf lepas makan tu....

dan sebagai pengganti bila terasa sangat nak makan..... nasi beryani restoran Kapitan ni.... ni pun selepas kawan2 yang suggestkan... but the verdict.... boleh la makan, tapi ... tapi not to my liking la... jauh sangat beza dengan nasi insaf tu....uhuwaaaa!!!!!... .... sebungkus ni, 1/3 jer boleh makan, selebihnya betapa dalam fridge. redha ja la bila dah duk kat penang ni kan. nak makan ikut citarasa tekak sendiri kenalah merajinkan diri untuk masak sendiri la kan! tidak la ada kerajinan ku!

Saturday, September 12, 2015

Kerepek kentang

 home made kerepek kentang untuk kudapan petang2.... dok rumah ni tak de keja selain nak mengunyah jer! stok french fries ade dua packet tapi nak jugak kerepek yang buat sendiri ni.... puas ati la dapat makan yang sendiri buat ni.... so ikut la citarasa anak tekak sendiri.... nak masin ke nak manis ker... sendiri punya pilihan la kan...

kupas kentang, potong guna slicer yang zig zag ni, taburkan sedikit garam... and zasss dalam minyak panas.... goreng hingga garing n crispy.... sedap dinikmati dengan cicah cili sos. tak sedar sepinggan beso ni sekejap jer dah abes....

Friday, September 11, 2015

Tinggal gambar jer!

 Asalamualaikum dan salam pagi jumaat yang ceria.... cuaca cerah yang semuga berpanjangan hingga ke petang.... Insya Allah. sebab kat tempat kak rose ni dah beberapa hari matahari macam malu2 nak menjengahkan diri.... mendung dan hujan  yang berpanjangan walaupun tak lebat, tapi yang bagusnya dapatlah mengurangkan keadaan yang berjerebu tu. pagi ni nampak cerah kawasan sekeliling.... Alhamdullilah dengan nikmat yang Allah sentiasa berikan... jom serikan hari Jumaat penghulu segala hari ni dengan bacaan surah Al-Khafi.

 kuey tiow kungfu yang kak rose buat dua hari lepas pun nak tepek kat sini.... tapi yang tinggal cuma gambar ni jer la ya, yang lain tu al maklum saja lah..... masakan ni memang pebret, kalau g kat kedai2 yang buat masakan thai memang ini lah yang akan kak rose pesan... suka sangat! tapi en asben pulak tak boleh nak telan, katanya... entah lah selera kita lain2 kan....

untuk resepinya leh tengok kat sini.... mekasih Sham yang kongsikannya.

Thursday, September 10, 2015

Kuih seri muka

 kuih seri muka yang berseri2... walaupun lapisan pulut tak berapa nak padat tapi tetap sedap dingap untuk minum petang ... tapi kak rose cuma buat separuh jer dari adunan ni...

Lapisan Bawah:

  • 1 1/2 cawan pulut
  • 1 1/2 cawan santan cair (saya letak 1 cwn je..bergantung pada jenis pulut)
  • sedikit garam
Cara Penyediaan
  1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
  2. Lapikkan plastik dalam loyang bulat 10 inci.
  3. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak...dlm 30 minit.
  4. Setelah masak, angkat dan tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
  5. **Sapu plastik dngn sedikit minyak, ratakan dan tekan2 pulut supaya mampat.
  6. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas..

Lapisan Atas

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 cawan gula
  • 4 1/2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 sudu kecil garam
  • Cara-cara
  • Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
  • Tuangkan perlahan-lahan atas pulut dalam loyang tadi.
  • Kukuskan lebih kurang 30 minit.
  • Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau plastik.