Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, September 21, 2012

Tart kentang

makan dengan cili sos....

tart kentang yang sedap ni buat untuk minum aka dinner petang semalam.... lama dah teringin nak buat dan cheese yg kak rose bli lama dah nasib baik jer belum expired! pernah buat dulu dan bila tau keenakkannya mmg akan ada lah ulang tayang kat seripayaku ni... x kesah la kan, asalkan kita buat n tepek gambar sendiri punya masakkan... masih ada lagi yg suker2 amik gambar masakan kita dan letak dalam blog dia as if dia yg buat... tp kan kalau dah gambar tu kita punya, sekali pandang kita pun dah tau. x serik2 ataupun mmg derang ni x pernah terbaca rungutan para bloggers masakan ni tentang hal curi2 gambar ni? entahlah!!! senang je nak trace, pergi ke images n lalukan mouse kat situ, dia akan tunjukkan gambar tu dari mana.

 x brapa close-up isi dalamnya

 nak cerita pasal tart kentang ni dah terpelencong ke rumbling pasal curi gambar lak..... resepi asalnya kak rose amik dari Ros SinaranMenu... mekasih ya sharekan resepi yang sedap ni dan izinkan kak rose nak kongsikan kat sini sekali lagi...

 tabur cheese banyak2.... hmmm nyum nyum!

Bahan-bahannya 
* 5 biji kentang dikupas basuh bersih dan diparut halus 
* 1 biji karot di kupas dibasuh dan diparut halus
* 1/2 biji bawang besar juga diparut 
* sedikit potongan daun bawang 
* 2 batang crab stick dipotong kecil (kak rose gantikan ngan ayam cincang) 
* 1/4 cawan susu 
* 3 biji telur 
* 1 packet mozzarella cheese
* garam dan serbuk lada putih ajishio secukup rasa

(kak rose tambah 1 batang celery, 1 sudu besar tepung gandum n 1 sudu keci tepung jagung bancuh ngan susu + telo tu.... memandai jer kan.... turn out nice, x melekat to the muffin pan wpun kak rose x sapu butter!)


 panas2 baru kuor dari oben

Cara memasak
1- Campurkan parutan kentang ,carrot dan bawang besar dalam satu bekas.Perah keluar airnya sebanyak yang boleh.
2- Susu dipukul bersama telur dan tuangkan kedalam campuran kentang tadi.kacau rata.Masukkan daun bawang isi kentang dan segenggam penuh cheese dan gaul sebati..
3- Sapukan butter atau minyak masak sekeliling muffin pan.Masukkan sesudu besar adunan kedalam acuan dan letakkan sedikit cheese diatasnya.
4- Bakar dgn kepanasan 190C selama lebih kurang 20 minit atau sampai cheese bertukar keperangan.Sejukkan seketika sebelum dikeluarkan .
5- Siap dihidang bersama sos pilihan atau makan begitu sahaja.

Thursday, September 20, 2012

Jus belimbing asam boi

ni hasil kerajinan kak rose yang memulakan brisk walk pagi ni selepas begitu lama bercuti bermalas2an.... kena paksa diri baru nak mulakan semula. harap2 lepas ni x la malas lagi nak bereksais ni.... maklumlah bulan posa dah bercuti dan bila bulan raya mmg sungguh2 menternak lemak.... dan tersangatlah berjaya, kalau peladang maunya boleh dapat hadiah peladang jaya penternak lemak! ada kawan2 yang sudah mulakan dengan ber atkins tp kak rose ni entah bila lagi nak stat, entah ler...



pokok belimbing buluh tepi padang tempat kak rose g briskwalk.... bayak putik dan juga yang dah gugur... sayang kan terbiar je belimbing buluh ni... so kak rose pun amik lah segugus, adala dalam 8 biji. balik rumah terus buat jus ni..... biarkan sebentar biar dia mesra dengan asam boi tu... x yah taruk gula dah.

dan kat taman tu dah dibina gelanggang futsal, so ramailah budak2 macam early teenages bermain kat situ pagi tadi.... wonder gak, x sekolah ke depa2 ni?

Lontong goreng

salam tengahari semuanya.... aik! manyak tepelanjat bila bukak manage blog dah ada new setting pulak dah.... eeee x suka la, masih nak jugak yang lama tu... camner nak balik kepada setting yg lama tu, dah x ingat dah! dah g tengok kat option tp x tau mana nak tick! ishhhh!!! pada adik2 diluar sana tolong lah g tau camner nak buat ni...

nak citer lontong goreng yg kak rose buat ni.... pada sapa2 yg ada lebih2 nasik impit bolehlah buat cenggini dan kak rose amik cnp resepinya dari sini... cuma kak rose tukokan daging n udang tu dengan sate ayam... mekasihya n mintak izin kak rose nak tepekan resepi tu kat sini pulak


Bahan2
Semangkuk lontong,ketupat atau nasi himpit yg telah dipotong dadu (kasar)
1 senduk cili kisar(pedas ikut suka)
1 biji bawang besar kisar
3 ulas bawang putih kisar
1inch halia dikisar
200 g daging/ayam cincang
200 g udang hidup - kupas kulit (kali ni as guna ayam goreng yg disiat2)
3 sb sos tiram
2 sb sos tomato
2 sb kicap manis
daun sop,daun bawang - hiris
1/2 cawan bawang goreng
2-4 biji telur
minyak masak utk menumis
garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
Satukan semua bahan yg dikisar.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.Masukkan daging cincang dan gaul rata, masukkan sos tiram,sos tomato dan kicap, masukkan garam secukup rasa dan gaul lagi.
Masukkan lontong dan gaul hingga sebati dan 1/2 bahagian daun sop,daun bawang dan 1/2 bahagian bawang goreng,gaul lagi.
Pecahkan telur ke atas lontong goreng dan gaul sebati dan masak hingga lontong bersalut dgn telur hingga kering,kacau sentiasa.
Ketika menghidang,tabur ayam goreng yg disiat2 td, daun sup,daun bawang dan bawang goreng.Sedap dimakan ketika panas atau ketika telah sejuk.





Wednesday, September 19, 2012

ww - 85 viewers

walaupun dah lama, terima kasih sangat2 pada semua....

Tuesday, September 18, 2012

Keledek goreng + sambal kicap leftover

kesiankan keledek yang dah lama bli tp x terbuat apa2... petang ni bile tengok dah bercambah tumbuh pokok pulak dah... boleh la berkebun nnti kan... dan yang masih elok boleh la buat goreng untuk minum petang ni, kebetulan sambal kicap leftover pun ada lagi. mmg ngam sudah! dan jadi satu kemestian pulak, bila nak makan gorengan mesti ada cicah sambal kicap ni... yg x jawa dalam rumah ni pun dah terikut sama macam kak rose, nak saja mencicah! sedap!

Gaya mesti mau ada!

gaya anak bujang mama nak balik semula ke melaka... minggu lepas dah g dengan kereta bawa segala barang keperluan dan kali ni bawak moto lak.... senang nak berulang ke kampus katanya.... cuti semseter yang panjang sanggup berhabis duit make over the bike... kalau ikut mamanya biar moto yang asal jer, tp budak2 ni nak jugak yg dia kehendak. so this the new look of the bike... dengan cover set, tayar, rim n entah2 apa2 nak sebut pun mama x tau semua ditukar baru! even the number plate pun nak yg baru jugak, nak sama macam moto besar ayah, katanya!

bersama dengan kawan U tp berlainan course, TE. siap soh mama amik gambo masa nak bertolak semalam. gaya mesti mau ada kan? segala kasut n sandal pun nak sama cam kaler moto! cuma pesan mama, be very carefull masa on the road and give me a call at every perhentian! tp bila dah sampai lupa pulak nak call mamanya!

puas berpusing keliling akhirnya dapat jugak sandal yg dikehendaki.... sama kaler dengan moto! doa mama n ayah, semuga anak mama berjaya mencapai apa yang dicitakan. Insyaallah.

Monday, September 17, 2012

Ni yg buat kak rose bz.....

soto ayam yang disediakan dengan kasih sayang... so itulah namanya!

Alhamdullilah, segalanya dipermudahkan.... tugas kak rose nak menyediakan menu untuk jamuan sambutan Aidilfitri tempat keja encik hubby. nak sediakan satu menu jer pun, tp sibuknya mengalahkan nak buat kenduri kawen. heh! ya lah semuanya kak rose buat sendirian, so buat lah sikit2 mana2 yang boleh disediakan awal2 seperti nak mencarik2 ayam dan pegedil tu...

36 litre kuah soto yang abes kering!

kuah soto yang kak rose sediakan sehari awal untuk dapatkan rasa yang mesra.... menggunakan resepi soto johor CMG yg femes tu... Mat, terima kasih yang x terhingga kerana kuah yang sangat sedap ni.... mendapat maklum balas yang sangat baik dari pengunjung... kak rose buat 6 kali ganda dari resepi tu.

300pcs pegedil daging yang kak rose siapkan awal2 dan simpan frozenkan.... cuma goreng dipagi hari jamuan tu... resepi dari sini.... cuma kak rose gandakan 5 kali resepi tu!

ayam carik2 ni pun kak rose sediakan awal2.... nak dapatkan 3 tapawe beso dan nak siat sorang2 memang mengambil masa yang lama.... nak memudahkan keja, kak rose bli yang isi saja dan goreng baru disiat2... dan frozenkan... Alhamdullilah cukup untuk semua!

sebahagian my homemade nasi impit yang belum dipotong... jimat sikit belanja kalau buat sendiri kan... isikan satu cup rice cooker tu pada size 5" x 6" hd plastic... rebuslah paling kurang pun 2 jam.... Insyaallah menjadi dengan elok.

sediak 6 bungkus mee hoon jugak, sebagai additional pada nasi impit tu... jugak, semuanya habes.

dan yang paling penting.... apa lah erti soto tanpa sambal kicap kan? eh, sampai ada yang mintak resepi sambal kicap ni taw... mekasih pada tulip@Myr tp kak rose omit minyak tu dan masih sedap kaw2 punya! jugak cili tu ikut lah kepedasan memasing2 ya.... mulanya kak rose ikut sukatan cili tu, tp ya Rabbi pedasnya, jadi pandai2 la ejas ya!

soto dengan segala pelakun tambahannya... bawang goreng, kacang goreng, ayam carik2, daun sup, tauge, pegedil, soon goreng dan sambal kicap...

dah ready untuk serve pada tetamu.... walaupun penat tapi sangat puas hati sbb apa yang kak rose sediakan disukai oleh pengunjung... mmg semua x berbaki except sambal kicap yg kaw tu. ada sapa nak tapau? maklumlah kak rose buat 2 kali ganda resepi tu... 2 botol besar kicap!

antara gerai yg sempat kak rose snap gambanya.... Ana dan Din yg bertungkus lumus menyediakan.... juga lontong dan manning gerai kuey teow n mee goreng jugak. tp sayang x teramik gambo lak!

laksa penang special yang menjadi satu kemestian setiap kali jamuan raya.... hasil tangan Emma n Pak Jali. eh, pak jali ada tolong ker?

diakhir jamuan, tukang masak dan jugak tukang serve kuey teow, soto n laksa berposing kepenatan. Syukur sangat2, semuanya dipermudahkan hingga keakhir jamuan dah berharap pada pengunjung berpuas hati dengan apa yang kami sediakan....mohon maaf jika ada yang terkurang.