Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, October 27, 2010

Lunch tadi....

semalam seharian dah bermalas2an... hari ni kenalah rajin2nan.... sebabnya? sebabnya ialah nak makan.....kalaulah sebut ... hai bangsi hikmat, hantarlah chickenchop tiga pinggan..... tetiba ada makanan depan mata kan x yah nak rajin2 bagai kan?..... hishhhh... takut la pulak. x pe kak rose buat sendiri je lah..... resepinya tentu suma orang dah pandai nak wat kan... ni pun resepi lama yang kak rose cedok sana sini.... oh ya kak rose nak share kan on how to crumb meat pisces tu... pada sapa yang nak try la...... dari kuali.com oleh Amy Beh... macam2 tips yang ada kat situ... klik je how to......

Here are a few good tips on how to get a good crumbing.

First, place flour on a deep plate, then lightly beat 1-2 eggs in a separate bowl or dish. Coat the meat in flour, then shake off excess flour and dip into the beaten egg. Remove the meat pieces to allow the excess egg to drain.

Coat the meat with breadcrumbs and cover with more breadcrumbs. Press the breadcrumbs onto the meat using your fingers and shake off any excess.

Arrange the crumbed meat in a single layer on a tray. Cover with cling film and refrigerate for 20-30 minutes. Remove and deep-fry in medium-hot oil. (kak rose biarkan kejap je n x simpan dalam fridge pun)

lunch kami 3 beranak..... chicken chop dengan coleslow, french fries with blackpepper sauce dan abangku itu mesti nak ada nasik gak! tekak melayu + jawa....tp hampeh g tesco pagi td, kubis yang kaler pepel tu haram x de... jadilah coleslow tu pucat jer..... apa pun abes dah.... eh ayam ada lagi, nak?

Tuesday, October 26, 2010

Nak makan kenalah rajin

betul tu..... jangan malas malas.... nak makan kenalah rajin kedapur... godek apa yang ada dan tekak yang nak makan tu kena terima seadanya..... popia pun boleh.... inti sayur2 je.... carrot, sengkuang bawang n daging cincang.... boleh alas perut yang lapo.

bila dah siap goreng jadi rajin lak nak makan! x sempat tunggu sejuk dah kena ngap. rajin la tu kan....

Malas!

yes... sangat malas ari ni..... is there any solution for this? tp makan x pernah malas lak... tu yang peliknye kan.... dan jawapan untuk malas2 tu..... meggi je untuk lunch.

Monday, October 25, 2010

Mangkuk sambal belacan?

salam dan selamat malam semua...... ye je kan tajuk kat atas tu... mangkuk sambal untuk siapa ni? ada sapa2 nak? sebenarnya kak rose nak adakan gader2 dengan kawan2 yang begitu lama dah terpisah.... walaupun duk area KL tp bila dah ada komitment memasing memang payah sekali nak jumpa kan.... sangat berterimakasih dengan adanya fb..... dapat menemukan kita semula..... eh eh.... dah tayang kat sini x suprise la kan. tp x risau derang suma x tau yang kak rose ada blog ni..... n bila pot pet dlm phone pun x de mention pasal blog nih.... so let it be a secret.... until bila nanti the secret will be no longer a secret... tp yang pasti lepas hari gader2 tu la kan....

ni yang kak rose g ke romantika tadi tu..... memang rambang mata dibuatnya..... sampai tak terpilih yang mana .... last2 pejam mata amik je yang ni.... (sambil pejam ke? tipulah) mangkuk kecik yang sangat comel... to my eyes la kan..... bak kata kawan "leh guna tuk isi sambal belacan"....tp kan kak rose x makan belacan. ya pun mangkuk ni kan tuk kawan2, suka derang la nak isi apa pun.....

and balik rumah, mula la mengerjakan camner nak wat dengan mangkuk ni..... masa beli tadi dah terpk nak isi cekelat ni and just wrap it..... ferero roche, hershey's nugget n kissess....tp bila dah wrap nampak x cantik lak..... and i think the kisses tu x sesuai bila nak pack sbb cepat je lembek. mungkin sbb cuaca sangat panas .... melted!.... nak kena bli yang lain kot.... tengoklah esok, choclair pun ok gak kan.....

and instead of wrapped terus tukar guna reben and ikat je..... sbb dah ada kotak yang transparent tu.... nampak lah isi dalam tu.... after all it's a gift untuk anak2 kan.... biarkan derang excited sikit nak makan cekelat tu.... (bagi mak2 budak sembang n gosip2 dengan tenang..... ) mangkuk je kasi mak2 untuk isi sambal belacan!

ada banyak lagi yang belum pack n ikat.... x leh nak buat sekarang sbb takut cekelat tu melted.... so kena prepare all the ribbon n bunga nnti tinggal nak ikatken je.... harap2 x la terpeleot masa nak buat ni sorang2..... tima kasih pada ibu yg teach me how to ikat munge n ribbon tu. susahnya kalau x berseni - keras tangan nih!

ni yang buat rambang mata bila masuk kat situ..... tersangat lah banyaknya pilihan..... cuma sediakan ongkosnya jer.....

munga2 plastik yang berbagai rupa dan warna.... bila masuk kawasan tu rasanya tenggellam dalam lautan artificial flower.... just too many.... x terpilih dibuatnya!

Kuih lapis cokelat

salam semua..... ha dah petang baru ada masa nak bersiaran kembali kat sini..... pagi tadi sebenarnya g ronda2 kat romantika kat plaza alam sentral... memang x puas jenjalan kat situ kalau masa yang ada sangat terhad.... tak pe lain kali leh g lagi..... dan sebelum pegi pagi tadi tu sempat buat kuih lapis ni untuk minum petang... ya lah sekarang ni petang2 mendung je kan .... dan tentunya perut pun asik nak minta diisi jer.... dulu pernah buat kuih lapis ni... leh tengok resepinya kat sini..... tapi lagi sekali kak rose tepek resepinya kat sini..... untuk rujukan masa kalau nak wat lagi lain kali.....

Bahan A: (Loyang bulat 5 inci)
2 cawan santan
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung kastad
1 sudu teh garam
Bahan B:

1 sudu teh pes coklat/emulco
1 sudu makan serbuk koko
1 sudu makan serbuk nescafe (*akak letak 1/2 sudu mkn je)
1/4 cawan air suam
# bancuh bersama bahan B di atas

Bahan C:

1/4 cawan air suam

Cara-cara
Panaskan kukusan.
Gaulkan semua bahan A hingga sebati. Tapiskan. (*akak blend jek semua then tapis).
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
Masukkan bancuhan bahan B dalam satu bahagian. Kacau rata.
Biarkan satu bahagian lagi dengan warna asal dan masukkan bahan C. Kacau rata.
Masukkan satu senduk (*akak sukat 1/3 cawan) adunan coklat ke dalam loyang. (*akak panaskan sebentar loyang selepas disapu sedikit minyak). Kukus selama 5 minit.
Lapiskan pula dengan adunan asal (plain) dan kukus lagi selama 5 minit.
Lapiskan berselang seli hingga habis. Untuk lapisan akhir akak kukus lama sedikit lebihkurang 10 minit. (*untuk kukusan akhir juga akak balut penutup kukusan dengan kitchen towel agar lapisan atas tidak terkena wap).
Biarkan kuih benar2 sejuk pada suhu bilik baru dipotong.

jemput minum semua..... separuh dari kuih ni dah bagi kat kawan yang datang singgah pot pet kejap tadi.... ajak minum sama x nak pulak sbb nak cepat katanya.... jadi kak rose tapaukan je la...

Saturday, October 23, 2010

Firecracker shrimp

memang mabeles..... sedap sangat. nasib baik buat banyak.... ikut nasihat ika bangkok tu takut kang x cukup rebut2 lak.... mula tu semalam nampak kat rumah nduk hana dan juga rumah ika.... sementelah bahan pun ada jadi kak rose buat lah untuk minum petang ni.... tapi macam biasa la kejadian nya tak serupa macam sifu2 tu punya.... bahan perapan abes tekuor dan mencacatkan kecantikan kain bedung udang tu..... hisshhhh... x puas ati la camni... hana n ika tolong bagi tau sikit petua nak goreng bagi cantik macam uols punya.... walaupun meresik krup krap tp kain balut nampak kotor je kan.... hana, ika dan k nur, kak rose nak kopi resepinya dan tepek kat sini.... macih dan mintak halal ya.....

Bahan-Bahan
  • 20 atau 25 ekor udang besar, dibuang kulit dan dibersihkan
  • 15 keping kulit popiah (jenis eggroll/springroll) dilipat dua atau potong segitiga
  • minyak untuk menggoreng
Bahan Untuk Perap
  • 1 sudu kecil bawang putih yang dicincang halus
  • 1/2 sudu kecil halia yang diparut
  • 1/2 sudu kecil minyak bijan (sesame oil) (kak rose x de ganti ngan olive oil)
  • 1 sudu kecil kicap
  • 1 sudu kecil sweet chili sauce
  • 1 sudu kecil tepung jagung
Bahan Untuk Gam
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1/4 cawan air, digaul rata bersama tepung jagung tadi (untuk dijadikan pelekat pada kulit popiah)
Cara-Cara
  • Dalam sebuah mangkuk gaul rata bahan pemerap sehingga 20 minit.
  • Setelah itu keringkan bahan yang diperap tadi bersama paper towel. Ambil 1 ekor udang tadi dan gulungkan bersama kulit popiah. Kemas dan lekatkan bersama bancuhan tepung jagung.
  • Goreng dalam minyak yang panas dalam angaran 3 minit atau sehingga kekuningan. Siap dicicah bersama sweet cili sauce.
belum goreng nampak elok je kain bedung tu kan.... suci bersih....

tu dia.... selepas naik dari berenang di koli.... badan penuh selaput.... bintik2 itam... x kesahlah kan... janji sedap hingga menjilat jari makan dengan sos cili dan mayonis.....

sila la kawan2 mencuba resepi udang mercun ni.... dijamin x melotop.... dan sedap sangat makan panas gitu.... selamat mencuba ya kawan2.


Kebakaran di dapur.....

alamak ai..... banana pancake kak rose dah jadi cenggini... buka satu, semua lak tu.... apakah salah dapur atau tukang masak propesional ni yg x pandai nak kontrol api? dah hitam kelam pun nak tayang jugak kat sini? apa kesah kan... xkan nak tepek yang cantik2 je (eh... ada ke yang cantik?) hangus tapi tetap sedap..... habis 2 keping kak rose wat sarapan pagi ni....

hitam2 sitampok manggis.... walaupun hitam tetak ku makan sampai abesss!