Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, May 8, 2010

Koleksi kad hari ibu

Selamat malam dan terima kasih pada kawan2 cyber yang sudi bagi kak rose kad hari ibu ni.... kak rose sangat2 hargainya dan akan gantung kat rumah kak rose ni sampai bila2.... suke sangat2..... muga hari ibu yang bakal menjelang esok memberi seribu kerahmatan buat kita semua......

a beautiful rose bud dari AlongRoz.... tq soooo much for the lovely card.....

mawar merah yang cantik dari taman CMG.... terimakasih bebanyak ya cik mat... ada kumbang gatai (cik mat yg kata) terselit dicelah2 kelopak bunga tu.... tengah intai tuannyer kot.....soooo sweet

pink rose dari ros@jintanmanis yang jauh nun di Jepun. Link x leh bukak, so tak dapat la nak nengok gambar terbaru mak yong tu.....sob sob..... kad ni kak rose amik dari rumah AlongRoz..... arigato gozaimashita nee....

lovely white n pink chrysanthemum bouquet dari ummi, terima kasih ya...kak rose gantung kat living hall....biar cantik dan harumnya berterusan seperti kasihnya ibu yang tak pernah surut.....

Love sign red strawberry card dari izahdaut.... thank you soooo much.... muga manisnya strawberry tu akan jadi semanis kasihnya ibu disepanjang hayat....

Selamat hari ibu


SELAMAT HARI IBU buat semua ibu.... biar apa pun panggilan... ibu, emak, umi, mama, mummy, bonda dia tetap seorang ibu dihati kita semua....dan selamat hari ibu juga buat emak tersayang Hjh Mariaton bthe Hj Omar dan juga buat my mother inlaw Nik Embong ... semuga semuanya diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan juga dilimpahkan rezeki dan Rahmatnya..... setiap hari adalah hari ibu buat kak rose.....dan kini mejadi seorang ibu my self baru kita tahu bagaimana pengorbanan yang dilalui sebagai seorang yang bernama ibu....


Emak tersayang Hjh Mariaton bte Hj Omar

Mek sayang.... Hjh Nik Embong bt Nik Lah

dan sempena hari ibu ni kak rose mengucapkan Selamat Hari Ibu buat semua ibu2 diluar sana dan terimalah kuntuman bunga lily (white lilium candidum) yang kak rose amik dari cik google...nak bagi yang fresh nanti kan tak tahan lama jadi kak rose kirimkan yang ni je lah ya.... Luv u all....


Friday, May 7, 2010

Dinner hari ni

ni lah dinner kami hari ni.... merajinkan diri buat mashed potato siap ngan gravy nyer, pas tu buat juga garlic braed dan sosej makan dengan sos cili jer....
untuk gravy kak rose amik resepi dari the star....

Ingredients
  • 1 1/2 tbsp butter
  • 1 tbsp flour
  • 50g celery, chopped
  • 50g big onion, chopped
  • 1 bay leaf *
  • 1/2 tsp thyme *
  • 1/2 tsp basil *
  • 1/8 tsp black pepper
  • 1/8 tsp pepper
  • 1/8 tsp black soya sauce for colour
  • 1 1/2 cups water
  • * kak rose gantikan dengan daun sup jer

  • Method
    Heat butter till it melts, add in the flour and stir well over low heat.
    (kak rose goreng bawang n celery tu pas tu bled n tapiskan)
    Add in the water gradually and bring to a boil. Mix in the rest of the ingredients and simmer until gravy is thick.

    Use gravy as a topping for your mashed potatoes.

    Note: To mash potatoes, simply boil the potatoes until they are done. Skin them and mash with a fork while they are still hot. Add some butter (or mayonnaise), milk, salt and pepper as you mash, to the consistency that you like. For best results, use potatoes that are suitable for
    mashing like the imported Russet potato. In general, fluffy potatoes are better for mashing than waxy ones.

  • Garlic bread spread (ni resepi amik kat blog Lela Majnun tu.tq ya n kak rose kopi resepinya)

    6 ulas bawang putih diracik halus (susah2 tumbuk jeaa laa dgn lesung)
    1/4 buku mentega / butter
    1/2 keping keju
    2 tangkai daun sup utk tambahkan daun2 ijau tu.. Lela guna daun sup.. sbb daun parsley yg kering tu dh expired laa pulok...

    satu buku roti jgn buat2 lupa lak.. (kak rose french bread yang keras tuh)

    cara2nya...
    ..panaskan kuali .. masukkan mentega, keju.. kacau2.. lps tu masukkan bawang putih.. kacau2 lagi.. last bila dh cair mentega n keju tu masukkan daun sup.. tutup api n masukkan dlm bekas.. ghupa2nyaaa bila mentega tu cair sepenuhnya lg senang nk sapu kat roti taw..

    Gaji busu


    Alhamdullilah.... akhirnya dapat juga merasa pegang duit dari titik peluh sendiri.... nilah gaji busu yang pertama dan terakhir dari Pizza Hut. dapat peluang keja selama sebulan je sebagai part timer kat situ (keja 4 jam je sehari tapi duk sana dari petang hingga larut malam - pot pet ngan kawan2) dan terpaksa berenti sbb lusa dah nak g sambung belajar . awal2 tu tak nak bagi dia g keja sbb tak de lesen lagi.... susah nak bergerak jadi kena abiskan kursus amik lesen dulu baru boleh keja. hari sabtu ni kami sekeluarga akan menghantar busu ke Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah di Pendang, Kedah. Muga busu dapat capai apa yang diidamkan, mama dan ayah doa dari jauh...belajar rajin2 ya....

    Mini murtabak

    Salam dan selamat petang semua.... mari kita minum petang dengan mini murtabak ni.... buat kecik2 sebab guna kulit popia yang saiz kecik tu... dan goreng pun sambil2 buat keja lain tu yang jadi hangus .... tapi sedap sebab garing kulit popia tu sampai bunyi krak krak bila makan....cicah dengan homemade sos yang kawan ajar... resepi main agak2 je janji sedap kan.... dan inti resepi tuk murtabak dulu dah pernah tepek ..... boleh tengok sini ya

    jemput semua.... sambil minum teh o panas panas.... (uissshhhh asik makan jer.....)

    Thursday, May 6, 2010

    Award cantik dari AlongRoz

    Award Pro Memasak dari AlongRoz.... tima kasih bebanyak bagi kak rose hadiah ni.... walaupun sebenarnya kak rose ni x pandai memasak.... takat masak nasi n goreng sayur tu ok la.... jauh sangat dari pro tu....kalaulah apron yang cantik ni boleh buat masakan bertambah sedap akan kak rose pakai selalu... he he he....

    tapikan award ni datang dengan homework.... eeee lama dah takbuat keja ni....anyhow kak rose cuba la jugak.... kalau jawapan x menepati tu minta maap banyak2 la ya....

    1. 3 jenis lauk pauk yang suka dimasak
    > masakan yang sempoi2 je
    > udang goreng
    > mixed vegetables

    2. 3 jenis pencuci mulut yang paling best pernah buat
    > puding roti (hana nyer resepi = sedap)
    > jelly kelapa (lagi banyak isi lagi sedap)
    > bubur kacang (yang ada ca ca tu)

    3. 3 jenis biskut kegemaran time raya
    > tat nenas (beli je x pandai nak wat sendirik)
    > biskut cokelat badam
    > cornflakes madu

    4. Bagi Award ni pada 3 orang rakan anda yang juga rajin memasak
    > Azatie (azatiesayang)
    > Deeja (yang tengah pening2 tu... harap2 dah sihat la ya)
    > Ain (mykitchenNmyStory...yang lama menyepi tu)

    Along ok ke homework ni....

    Puding roti pelangi


    Salam semua..... hari ni kak rose terlebih rajin lak....masak cenggini rajin ke? yalah lepas masak tadi terus buat puding roti pelangi ni..... sebab terpandang kat rumah yatie puding kalerful yang cantik terus teringin nak buat.... tapi tak lah secantik macam yatie dan hana nyer... maklumlah kak rose ni kan keras tangan..... rupa buruk x pe kan asalkan sedap, betultak?. dah banyak kali buat guna resepi ni tapi buat marble je... kali ni wat yang kelerful macam yatie nyer... tima kasih pada anda berdua, kak rose nak cnp resepinyer ya....


    Bahan-bahan

    * 4 keping roti
    * 2 biji telur
    * 1/2 cawan susu pekat
    * 170ml susu cair
    * 8gm serbuk agar2 (1 sudu besar)
    * 1/2 cawan gula
    * 2 sb butter/marjerin dicairkan
    * 3 1/2 cawan air (guna cwn biasa 230ml)
    * pewarna merah, hijau dan kuning (terpulang nak letak warna apa2)

    Cara membuatnya:
    1. Didihkan 3 cwn air, serbuk agar2 dan gula kedalam periuk.
    2. Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan kedalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
    3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih..matikan api.
    4. Bahagikan kepada 3 bhgn, satu bahagian warna kuning, satu bahagian warna hijau dan satu bahagian lagi warna merah.
    5. Kacau cepat2 dan sebati,pastikan setiap adunan sekata.
    6. Tuang kedalam loyang secara berselang seli...sesenduk demi sesenduk, sesenduk warna kuning, sesenduk warna hijau dan sesenduk warna merah, ulang sehingga habis..(ketika melapis hendaklah dgn cepat sbb puding nie, mudah sejuk dan membeku...
    7. Bila siap, bolehlah disimpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam dan enak dimakan ketika sejuk.

    jemput semua.... makan puding kalerful nih...