Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, October 17, 2020

Kuih dangai

 Selamat berhujung minggu buat semua dan stay safe, stay at home kiterrr!

Kuih dangai versi muffin pan. jumpa cara buat kuih dangai guna muffin pan ni kat blog Linapg yang femes tu... teringin nak mencuba buat lah jugak dengan cara yang mudah ni. kak rose ada pernah buat kuih dangai ni guna acuan yang asal, tapi saja nak guna cara yang mudah ni.. tapi terlalu nipis lak masa isi dalam muffin pan tu...nipis dan garing pulak jadinya, tapi rasa tetap sedap lah. mekasih Lina kongsikan cara mudah ni ya..nak guna sandwich maker pun boleh jugak.

Bahan-Bahan (sukatan cawan biasa)

2 cawan kelapa parut (guna kelapa parut putih)

1 cawan tepung pulut

1/2 cawan gula

Sedikit garam

Cara-Cara

  1. Satukan semua bahan dan gaul rata.Adunan nampak berderai seperti serbuk roti.
  2. Sapukan sedikit minyak pada loyang/muffin tray/bekas yang sesuai.
  3. Masukkan adunan tadi ke dalam muffin tray.Bakar suhu 150'c selama 15-20min hingga mencapai kegaringan yang digemari.
  4. Cara kedua, sapukan sandwich toaster dengan sedikit minyak.Kemudian masukkan adunan ke dalam.Bakar hingga masak.Guna sandwich maker lebih mudah.
  5. Sedia dihidang bersama teh O, makan panas-panas memang sedap.Selamat mencuba.

 

4 comments:

LiNa_Pg said...

Assalamualaikum kak rose
Guna sandwich toaster lagi senang dan cepat siap. Masuk je adunan tunggu lampu padam jer. Siap dah. Rasa pun hampir sama dgn yang beli kat pasar malam...Tq kak sudi cuba versi simple ni

Kak Rose said...

Waalaikumsalam Lina, nanti boleh cuba guna sandwich maker tu pulak..mmg suka sangat dengan kuih2 lama cam ni. sedappp!

Warisan Petani said...

Kuih tradisional yang semakin dilupakan

Syaz Rahim said...

sedapnya nampak, lama tak jumpa kuih ni