Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, June 4, 2020

Kuey teow goreng udang


 lately suka pulak makan mee dan jugak kuey teow.. mudah disediakan dan mengenyangkan pulak tu, makanya tukang makan rajin order dan tukang masak pun dengan rajinnya menyediakan nya.. asalkan segala nya dah dibelikan... jom lah kita buat goreng kuey teow ni..resepi dari blog Azie Kitchen, mekasih ya. tapi kak rose buat sebungkus jer, so pepandai lah nak adjust bahan tu ya..

Bahan-bahan:
3 bungkus kuey teow 
7 ulas bawang putih - tumbuk kasar.
1 sudu besar cili kering kisar
Udang secukupnya
1 mangkuk taugeh
1 ikat daun kucai
Garam

Bahan sos:
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap mee
2-3 sudu besar kicap manis


Cara cara:
 
Kuey teow dicuci dan asingkan satu persatu lapis supaya ianya senang dikacau rata. 
Panaskan minyak kemudian tumis bawang putih sehingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar. 
Tumis dengan api perlahan sehingga cili benar benar masakTuang sedikit air dan biarkan sehingga masak dan terbit minyak bagi memastikan cili benar benar garing. Masukkan udang dan kacau rata. Kemudian masukkan semua bahan-bahan sos dan kicap. Kacau rata dan sesuaikan rasa
Kemudian masukkan kuey teow dan gaul rata. Ketepikan sedikit kuey teow, tuang telur dan biarkan sehingga sedikit mengeras, baru dikacau supaya telur berketul kasar. Kacau kuey teow dengan telur. 

Akhir sekali, masukkan daun kucai dan taugeh. Kacau rata. Boleh tambah kicap jika mahu warna yang lebih gelap
Kacau sehingga sebati semua. Kalau tak gelap boleh masukkan lagi kicap manis. semasa menghidang, tabur sedikit cili merah, bawang goreng dan daun sup.

3 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Bab asingkan satu satu kueyteow Tu kerja Nabil Dan Najeeha kak rose..

Baru ni buat char kueyteow..

Dah tak rajin ambil gambar mcm kakrose.. bila Angin M smpi..

Kak Rose said...

untung ada assistant tu Yatie.. klu kak rose masa basuh tu sambil leraikan..

sayang pulak dapo maya ni kalau terbiar, walaupun hidup segan mati tak mahu!

KopiCola said...

😋🥰 Mantap lah bikin perut tambah lapar... ☺