Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, May 25, 2017

Melayan tekak....

 Sebelum menjelang bulan puasa ni, macam2 teringin nak makan.... macam lah bila bulan puasa nanti tak dapat nak makan ni semua kan??? jahat betul tekak ni. apa pun kita layankan jer la... bukan susah mana pun nak membuatnya, asalkan semua bahan ada kat dapo, jadi lah chicken chop ni seadanya... ni pun dah cukup sedap buat kami sekeluarga. tak perlu nak keluar rumah dan spent duit n masa kat luar... jimat kan!

 bahan2 untuk salut ayam... memula salut dengan tepung ubi, pas tu celup dalam telor dan akhir sekali salutkan dengan breadcrums tu... kalau nak tebal salutan tu boleh ulang sekali lagi pada ayam tu. tapi kak rose buat sekali jer...

 ha.... dah siap bersalut pun.... biarkan sekejap, ready untuk digoreng dah..

black pepper sauce boleh disediakan awal2... dah siap goreng ayam tinggal nak mengadap jer ni... kak rose tak rajin nak buat coleslaw, jadinya cukuplah dengan salad bodo2 dan fries untuk digandingkan dengan chicken chop ni.... Alhamdulillah dengan rezekiNya.

4 comments:

Phong Hong said...

Wah, Kak Rose! Macam kat restoran punya.

Kak Rose said...

PH, restoran dapur kak rose je... hihi

HANDAYANI said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Ibu Risna wati said...
This comment has been removed by a blog administrator.